“Saya benar-benar cedera. Doktor arahkan saya pakai, bukan saya minta,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kira-kira empat ribu penyokongnya di sini, malam kelmarin mengenai pendakap leher dipakainya.
Duduk di sebelah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang berkerusi roda, Ketua Pembangkang itu berkata, beliau hairan apabila Perdana Menteri tergamak menuduhnya menipu atau berlakon sedangkan beliau benar-benar cedera berikutan insiden di stesen KL Sentral, Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.
“Doktor yang arah saya pakai selepas dapati leher saya cedera teruk,” katanya ketika berceramah pada majlis dianggap himpunan Bersih 3.0 oleh penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Tapak Ekspo di sini.
”Najib mahu semua orang fikir saya sengaja buat pembedahan (tulang belakang) di Munich supaya saya boleh kembali dan tunjuk kepada semua orang,” katanya.
Mengenai Bersih, Anwar berkata, pembangkang sedia mengadakan satu lagi perhimpunan jika kerajaan gagal memberi jaminan pilihan raya di negara ini diadakan secara telus serta bebas sebagaimana dalam tuntutan lapan perkara oleh gabungan 62 NGO itu.
"Kita tidak akan berdiam diri dan akan terus melakukan pelbagai usaha termasuk perhimpunan yang menyerupai Bersih jika masih tiada perubahan dari segi proses pilihan raya,” katanya.
Menurut Anwar, isu mengenai tuntutan itu sudah dibentangkan di Dewan Rakyat, “memorandum pun sudah dibuat, perhimpunan juga sudah dibuat. Ini hak rakyat, oleh itu, kita tidak akan berhenti selagi tiada perubahan yang dibuat.”
Terdahulu, Anwar yang tiba agak lewat kelihatan seperti masih sakit, disambut dengan laungan takbir oleh penyokong PR.
Barang kali bertujuan mengambil hati ahli Pas dipercayai paling ramai hadir mendengar ceramahnya malam itu, beliau turut mengecam tindakan polis yang didakwa bertindak kasar sewaktu menahan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mat Sabu pula berkata, ahli Pas akan sentiasa ingat kenyataan Abdul Hadi yang mahu mereka terus melakukan perhimpunan menuntut keadilan dalam pilihan raya – sinar

No comments:
Post a Comment