Friday, July 22, 2011

Takut Nak Mengadap Muka Kit Siang…, Teoh Beng Hock Pun Terjun Bangunan…?

Kit Siang tahu, laporan RCI tentang kematian Teoh Beng Hock, sukar untuk ditentang. Walaupun Karpal Singh menyatakan dia akan membuat 'penyelidikan' sebaris demi sebaris sebelum memutuskan untuk membuat sebarang keputusan bagi menyanggah laporan berkenaan, namun hakikatnya ia sukar dilakukan.

Dan akhirnya Kit Siang mengakui bahawa Teoh Beng Hock bunuh diri. Bagaimanapun, bagi orang yang mengenali corak berpolitik Kit Siang, pastinya sangat tahu bahawa Kit Siang tidak akan mudah untuk membuat pengakuan melainkan disertai dengan helah-helah tertentu.

Kata Kit Siang, paksa sampai Teoh Beng Hock bunuh diri, samalah seperti Teoh Beng Hock membunuh diri tanpa sebarang alasan. Oleh kerana itu, SPRM perlu bertanggungjawab sebab memaksa Teoh Beng Hock mengambil keputusan untuk bunuh diri.

Ibu Teoh Beng Hock pula pada masa yang sama, tidak dapat menerima hakikat bahawa anak lelakinya telah membunuh diri. Dan seperti biasa, bagi setiap perkara yang ditentang, tentulah alasan yang tersendiri.

Walau apa pun yang diperkatakan, dan walau apa pun alasannya, yang penting, Kit Siang dah mengaku, Teoh Beng Hock bunuh diri. Dan Teoh Beng Hock bunuh diri kerana penyelewengan serta rasuah yang dilakukan oleh pembesar-pembesar DAP Selangor! Full Stop..!!!

Taken from Blogger fren,
The Flying Kick

1 comment:

  1. Semua orang tahu Toh Beng Hock bunuh diri. Orang DAP pun tahu tapi buat-buat tak tahu. Bagi keluarga Teoh mereka tidak boleh terima kerana pada pandangan masyarakatnya bunuh diri adalah 'suweh'. Tak hairanlah mereka mencari orang lain untuk dipersalahkan. Mati dibunuh atau sakit adalah lebih baik dari bunuh diri.

    ReplyDelete