Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0 Buat Di Stadium...! itu Bukan Standard Anwar.., Buat Malu Ajer La..!


orang yang paling hampa bilamana bershit ditukar lokasinya adalah anwar.

selama ini anwar adalah pengkagum kepada cara demokrasi rusuhan dan jalanan.

pada tahun suharto tumbang, anwar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa rakyat itu wajar 'diberikan perhatian' serius oleh pihak pemerintah. anwar bercakap dan kiasnya itu ditujukan kepada dr mahathir yang ketika itu memegang tampuk pemerintahan di malaysia.

sejarah politik anwar hanya berlegar pada cara konfrontasi dan demonstrasi.

peristiwa baling adalah pembohongan fakta yang perlu diperbetulkan. rakyat dicanang pemikirannya oleh anwar bahawasanya peristiwa di baling berlaku akibat kebuluran petani (melayu) sedangkan pada hakikatnya tiada seorang petani pun yang meninggal dunia sepertimana yang didakwa.

ini konteks penipuan. anwar memanipulasi pembohongan di baling dengan tujuan untuk memberikan tekanan kepada kerajaan.

ide penipuan yang sama anwar gunapakai tatkala reformasi berlaku.

pemberitaan anwar disuntik darah HIV oleh dr mahathir dicanang sebagai cara menarik simpati. 1998 cerita ini dikeluarkan.jika benarlah ia berlaku sudah tentu anwar dah lama mati.

keadaan ini berterusan. anwar mengharapkan rusuhan sebagai cara menutup kelemahan.

tumbangnya hosni mubarak melalui kepungan medan tahrin memberi ilham kepada puaka bangsa ini untuk menutup cerita. cerita yang dia ada masalah jiwa dan raga.

masalah moral dan masalah liwat.

anwar wajib mengakui dia adalah beban kepada gabungan pakatan.

zaid ibrahim dan raja petra berkali-kali bercakap mengenai perkara ini. pakatan wajib keluar dari 'kepungan' anwarista. 2 orang ini menentang arus dalam pakatan. kata mereka, pakatan wajar mempunyai hala tuju dan bukannya fokus kepada agenda anwar yang terlalu centric.

pengalihan lokasi daripada jalanraya kepada stadium sebenarnya sudah tidak memberi erti lagi kepada anwar.

berapa kali ceramah pakatan yang menggunakan platform stadium yang difikir anwar mampu menggugat kerajaan sedia ada ? jawapannya tiada.

dah berpuluh kali acara stadium digunapakai, bermula dengan pembohongan 16 september di kg baru,protes minyak di kelana jaya,solat hajat di stadium kota baharu dan yang terbaru di stadium malawati yang digunakan platformnya untuk menjawap isu video seks.

semua upacara di atas tidak memberi kesan politik yang diinginkan oleh anwar.impak melimpahnya untuk merobah pemikiran rakyat langsung tidak berkesan.

anwar tahu, yang hadir pada semua temasya ceramah itu adalah berlegar kepada audience yang sama. ini bukan faktor yang boleh menyumbangkan kejatuhan kerajaan.

anwar mahu revolusi jalanan.
mat sabu juga mahu revolusi jalanan.

gaya mengumpul audience dalam stadium tidak membawa impak kuat kepada rakyat jelata.

anwar mahu pencetus baru. anwar mahu kumpulan sasaran baru. kumpulan sasaran sepertimana tumbangnya kerajaan tunisia dek kerana matinya seorang peniaga yang dirobohkan kedainya oleh penguatkuasa.

anwar mahu 9 julai berlaku sepertimana revolusi di tunisia.
bermula dengan tunisia domino effect nya menular ke mesir,libya,sudan dan bahrain.

revolusi sebegini yang diinginkan anwar untuk berlaku pada 9 julai.

namun nun jauh di sudut percaturan, anwar sebenarnya salah dalam mencatur bidak.

bershit yang mempelopori ide pembersihan sistem pilihanraya tidak memberi kesan mendalam kepada majoriti rakyat malaysia.

8 tuntutan bershit mudah dibahas dan dipatahkan oleh rakyat malaysia.

justifikasi perlunya kerajaan ini tumbang hanya bersandarkan kepada tuntutan bershit tidak kuat,tidak kukuh dan dilihat cukup lemah dalam presentasi politikal nya.

majoriti rakyat bertanya, jika pilihanraya di malaysia tidak adil mana mungkin pakatan bisa memenangi 5 buah negeri dan memenangi hampir 80 kerusi parlimen ?

awal-awal lagi klimaks revolusi 9 julai telah dihidu oleh rakyat.

tentangan luar bisa daripada segenap lapisan masyarakat malaysia mengenai bershit amatlah mengejutkan pakatan.

samada di stadium atau buat di longkang, bershit kali ini sudah gagal.

nik ajis terpaksa menghiburkan hatinya yang lara dengan mengeluarkan kenyataan 'buat di stadium pun' ia tetap memberi impak. sebelum cabut lari, nik ajis telah mengeluarkan kenyataan bahawa bershit (di jalanraya) merupakan signal bakal tumbangnya kerajaan sebelum pru ke 13.

nafsu serakah nik ajis tak ditunai tuhan.
nafsu serakah anwar dimatikan tuhan.

silap mereka satu.

mereka menyangka rakyat malaysia sebangang penyokong mereka [taken from Blog GAP, please click here]

No comments:

Post a Comment