Full story..., click HERE
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
WAJIB Baca..! Tun Dr M "Saya Datang Sebab Saya Tak Mahu Putrajaya Jatuh Kepada Orang Yang Tak Sepatutnya..."
Saya diberitahu Husam datang ke sini untuk bertanding. Semalam Nik Aziz
datang ke sini. Saya sedih mereka yang dianggap ulama kerap berbohong....!
Husam ini dihantar ke sini kerana percaya saya akan bertanding di
Putrajaya. Semua orang tahu saya sudah bersara. Saya tidak mahu
bertanding. Seluruh dunia tahu saya tidak berniat untuk bertanding.
Ini alasan untuk Husam bertanding di sini. Ini satu lagi penipuan
yang datang daripada mulut orang bergelar ulama, mulut berbohong.
Kononnya PAS itu Islam, Islam itu PAS...
Maka tempat tak ada PAS tidak
adalah Islam. Apakah 1.6 bilion orang Islam sudah tidak Islam...? Sudah
jadi kafir...?
Niat Nik Aziz kafirkan semua orang Islam supaya dia seorang Islam.
Ini sikap bongkak. Apa hak dia nak kafirkan orang UMNO..? Tanpa usul
periksa dia dengan mudah menuduh orang UMNO kafir.
Saya dilahir sebagai Islam membesar sebagai Islam. Saya sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji dan umrah.
Kalau dia nak tanya saya sembah selain Allah, kalau saya kata ya, maka saya kafirlah. Dia tak tanya pun....!
Ini
satu kezaliman. Islam melarang kira melakukan zalim....
Al-Quran menyuruh
kita menghakimi dengan adil. Adilkan kaki pembohong ini, kononya
senbahyang orang UMNO tak dapat pahala...? Dia pergi sembahyang pun di
masjid dibuat UMNO.
Putrajaya kononnya meniru orang asing sebab ada perkataan Presint.
Dia ada Manifesto. Manifesto tu cakap Melayu ke...? Dia tak tiru orang
asing....?
Sebab tu jalan-jalan di Kelantan tidak ada tar. Kita yang bubuh
tar. Dia tak pernah tengok kot orang bubuh tar atas jalan.
Kita dirikan Putrajaya kerana Kuala Lumpur begitu sesak untuk pegawai kerajaan menjalankan pentadbiran negara.
Kita awal-awal sedar. Nik Aziz tak kata apa... PAS tak kata apa...
Kita
sedar kesesakan akan datang. Itu persedian memindahkan pegawai-pegawai
di kawasan yang baik.
Kalau tak ada Putarjaya KL tak boleh bergerak.
Kereta banyak sebab orang banyak duit. Pegawai kerajaan gaji
dinaikan berkali-kali. Masa saya dulu tak naik gaji. Itulah nikmat
diterima.
Kita bangga orang mengunakan kereta dan banyak. Walaupun kononnya harga kereta mahal.
Pembangkang nak turun kereta sehingga RM20 ribu. Ada kereta di Malaysia
harga begitu, dah ada...! Kereta edar ada. Pi la beli....
Nak kereta besar
harga RM25,000. Bila harga murah banyak kereta atas jalan sehingga
kereta tidak bergerak. Inilah orang yang tak buat kira-kira.
Pada tahun 1981 lagi kita tahu bahawa kesesakan akan berlaku di KL. Justeru kita bina Putrajaya.
Mereka
kata membazir duit kerajaan. Nik Aziz kata nak lelong Putrajaya... Saya
dah beli loceng supaya dia duduk depan masjid agar dia lelong masjid.
Sekarang tak mahu lelong. Sekarang nak mai nak dirikan kerajaan.
Putrajaya bukan untuk Nik Aziz, Hadi dan sudah tentu bukan untuk Anwar.
Anwar sudah tidak ada modal....!
Baru ni buat ucapan minta saya mati. Inilah kempen PKR....
Itu bukan kuasa
dia, kuasa tuhan. Niat buruk. Dia bolen niat, yang tentukan bukan Anwar .
Dia boleh pergi ke Mahkamah minta saya mati cepat.
Putrajaya bukan pembaziran ia kemudahan untuk negara yang kian maju.
Kenapa Malaysia kian maju...? Kerana PAS? Tengok Kelantan serambi Mekah.
Malu kita, air dia tak boleh minum.
Inikah Serambi Mekah....? Janganlah
menjatuhkan maruah Mekah....
Banyak orang Arab Islam datang ke Malaysia
sebab dengar Malaysia sudah maju. Negara contoh bagi negara Islam di
dunia. Apakah mereka pergi ke Kelantan...?
Mereka datang ke KL, Putrajaya.
Kagum bagaimana negara yang diperintah orang Islam dapat membangunkan.
Orang Kelantan nak dapat pekerjaan sampai mati kebuluran. Sebab itu mereka berhijrah ke negeri lain yang diperintah BN.
Kenapa tidak di Kelantan...? Tak ada peluang kerja sebab kerajaan PAS tidak tahu mewujudkan pelung kerja.
Pemerintahaan di Kelantan yang mundur salah kumpulan yang kononnya tuan
guru, tetapi banyak berbohong, fatwa bohong... Saya ingat dia dah
nyanyuk...!
Saya ni umur 87. Dia 82 nak berdiri tak boleh, tapi nak bertanding sampai bila-bila. Suruh kita tukar, tukarlah diri kau dulu....!
Saya dengar kononnya calon PAS,Husam nak berdebat dengan saya. Siapa
dia Husam...?
Umur saya dengan dia, dia masih lagi budak-budak berdebatlah
dengan kawan-kawan kau yang sama umur....
Jangan cabar-cabar, nak jawab
saya pun tak boleh....!
Kita telah bangunkan Putrajaya bagi pemerintahan negara. Ramai yang
mahu meniru, membina bandar-bandar pentadbiran. Bukan kita tiru orang.
Orang tiru kita.
Dulu Singapura takda F1 dia tiru kita. Semua kita buat
orang tiru...!
Kelantan nak tiru kita tapi tak mampu.... Besar niat nak jadi kerajaan
Federal. Perintahlah Kelantan baik-baik barulah ada angan-angan nak
perintah.
Bagi 5 tahun di Kedah tak ada apa-apa di Kedah. Cakap sahaja
tapi tak buat apa-apa. Berkelahi sesama mereka.
Yang mula buat Pakatan ialah Anwar dia mahu jadi PM. Penipu besar....! Hadi pun nak jadi PM.
Anwar kaki tipu. Dia tipu saya....
Saya nampak dia
warak boleh jadi imam. Khutbah dalam mesjid. Kita ingat betullah dia
baik. Masuk UMNO boleh bawa unsur Islam. Saya pun bodoh sikit. Saya
nampak permukaan sahaja.
Nampak jangut sikit.... Kaki penipu besar.....!!
Dia sepatutnya masuk PAS. Cakap
macam PAS.... Kawan dengan Fadhil. 1982 saya dapat maklumat Anwar nak masuk
UMNO, saya teruja jugak, bagus.
Saya terima, 10 tahun kemudian baru saya
sedar kalau dia masuk PAS tak boleh jadi PM. Yang biasa jadi PM ialah
UMNO. Kalau masuk PAS tak adalah peluang.
Masa Anwar jadi TPM, dia tunggu bila saya nak letak jawatan dia tunggu....
Saya sakit bedah jantung dan sihat. Dia dok tunggu bila saya nak pi....
Dia
cucuk orang-orang dia kata saya ada kroni. Selain nak jadi PM, dia ada
niat lain yang kita tak boleh benarkan. Orang macam ni tak boleh jadi
PM.
Bilik PM tu besar. Ada pegawai-pegawai masuk. Pegawai muda, saya
takut apa akan jadi pada pegawai dia. Driver dia pun tak selamat....!
Ada
pegawai-pegawai yang comel. Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada. Kalau
dia jadi PM habis rosak....!
Sebab tu saya tanya kawan dalam UMNO dan mereka
kata buang sahaja Anwar.
Inilah Anwar yang mahu saya mati. Cari la jalan lain. Ada cara lain. Ini
niat tak baik.... Inilah orang yang bercita-cita nak jadi PM.
Nak jadi PM tak perlu berhempas pulas pun boleh jadi PM. Tunku pun tak tahu. Tiba-tiba jadi Preisden UMNO dan jadi PM.
Saya pun tak ada harapan nak jadi PM. Fikirkanlah, saya dulu jual goreng
pisang. Tak mungkin jadi PM tapi akhirnya jadi....
Ini dia hentam semua
orang, sebab nak jadi PM. Orang seperti ini tidak layak jadi PM.
Masa dia jadi TPM rosak semua. Ini satu-satunya orang yang gila-gila nak jadi PM.
Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak
sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali....!
Apakah
sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya..? Orang buat elok-elok
baru bak balaih.
Kita tak boleh percaya orang macam ini. Balik betulkan Kelantan. Kalau
dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di
Putrajaya.
Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan
yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kual ninyak kelapa dah pandai barulah
jadi PM.
Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan itu tempat kamu.
Betulkan dulu tempat kamu....!
Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat
pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelantan, selepas itu baru boleh
minta kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat.
Saya tahu rata-rata penduduk Putarajaya mahu kekalkan tempat ini ditadbir oleh kerajaan yang bersih, cekap dan amanah....
Sunday, April 28, 2013
Bertembung Sewaktu Berkempen.... Khalid Gereja TAK Nak Bersalaman Dengan Zul Noordin...! Sebaarkan Foto Ini.
TENGOK...!
Nah! Saksikanlah sendiri..... Betapa busoknya hati kowduu Khalid Gereja mengalahkan seorang Yahudi. Dia enggan hulurkan tangan menyambut salam dari Zul Noordin.
Aksi ini dirakam sewaktu kedua dua calon yang bertanding kerusi Parlimen Shah Alam bertembung sewaktu pergi bertemu pengundi di tapak pasar malam Padang Jawa dalam DUN Batu 3.
Khalid Gereja memang menanamkan rasa dendam kesumat terhadap Zul Noordin yang membongkar onar Khalid menyokong sepenuhnya tindakan melacurkan kalimah Allah. Seantero Malaya sudah tahu bahawasanya Khalid Gereja dalang kepada kerja kerja membenarkan bukan islam menggunakan kalimah suci Allah...
Kepada jentera jentera UMNO Shah Alam tunggu apa lagi, sebaaaarkanlah foto diatas itu kepada pengundi pengundi di Shah Alam....!
Saturday, April 27, 2013
Anak Muda Upahan Khalid Gereja Ini GAGAL Malukan Calon BN DUN Batu 3 Shah Alam.....
Tahniah diucapkan buat Dato Hj Ahmad Nawawi M Zin, calon BN untuk DUN Batu 3 Shah Alam....
Dalam satu majlis penerangan sedang diadakan sejajar dengan kempen PRU ke 13, Nawawi telah disoal oleh seorang anak muda yang mengakui dirinya penyokong tegar Pakatan Pembangkang.
Sangat menarik.., terkesan dengan cara penjelasan Nawawi, akhirnya anak muda ini akui BN bukanlah sejahat mana yang selama ini beliau sangkakan. Malah beliau akui dirinya telah tertipu.... Bacalah kisahnya di SINI
Gagap Dah Gabra Beb...! Main Tuduh UMNO Beli Bilik Gerakan PKR Tapi Tak Nak Kasi Bukti
SAKSIKANLAH video klip dibawah ini....
Sejak daripada hari penamaan calon lagi Khalid Gagap gagal mendapat sokongan daripada pengundi pengundi di DUN Pelabuhan Klang. Banyak program ceramah Khalid menyaksikan lebih banyak kerusi dari orang...
Friday, April 26, 2013
Paekah Akui Pengundi Pengundi DUN Pelabuhan Klang Paling Bertuah Dalam Dunia....
Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi
Rosli menyifatkan pengundi di Pelabuhan Klang bertuah kerana berpeluang
mencipta sejarah menjatuhkan karier seorang Menteri Besar.
Ini kerana, kata beliau, jika Menteri Besar Selangor sekarang, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mendapat mandat pengundi di Dewan
Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang maka beliau tidak dapat menjawat
jawatan itu semula.
"Saya yakin penduduk Pelabuhan Klang akan mengambil peluang keemasan
ini kerana Abdul Khalid bukan sahaja gagal menjalankan tugasnya sebagai
menteri besar, malah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang
pengecut kerana lari ke kawasan lain.
"Keputusan beliau lari ke Pelabuhan Klang satu kesilapan besar dan
jangan ingat pengaruh sebagai menteri besar dapat membantu beliau menang
undi rakyat," katanya
Pada PRU-12 empat tahun lalu, Abdul Khalid menang di Ijok.
Beliau ditemui selepas berucap di hadapan lebuh 200 penduduk di Pangsapuri Palma, Bandar Botanik di sini malam tadi.
Mohd Nazmi juga yakin Datuk Nasarruddin M. Zin adalah calon pilihan
rakyat yang akan membantu mengembalikan kerusi DUN Pelabuhan Klang ke
pangkuan Barisan Nasional. - klik UTUSAN ONLINE
Thursday, April 25, 2013
Haa haa haaaa Rafizi Dedahkan Foto Rosmah Kena Saman AES....?
Ni kereta saper plak nie...? Jawapannya..... Klik SINI
Wednesday, April 24, 2013
Bodohnya Husam Cari Maut Di Putrajaya....! Karier Politik Husam Akan Ditalkinkan Pada 5 Mei 2013
Beginilah nasib malang seorang politikus yang tidak bijak membuat perhitungan....
Dalam sifir politik sekiranya kita tersilap percaturan maka segala-galanya akan musnah sekelip mata. Begitulah kisahnya dengan seorang Naib Presiden PAS yang baghal dan bebal ini.
Bangang tahap gaban si Husam merempat mengemis di Parlimen Putrajaya dengan berjaja cerita kunuuuuuunnya Tengku Adnan tidak islamik sebagai wakil rakyat disana...
Sedangkan Ahli Parlimen ini susah membuktikan kejayaan beliau melaksanakan tanggungjawab sepanjang penggal 2008 sehinggalah dengan berakhirnya tempoh sebaik sahaja YAB Datuk Sri Najib membubarkan parlimen pada 3 April baru baru ini.
Sebanyak 56 surau sudah siap dibina dimana 7 daripada surau mengadakan solat Jumaat disamping 2 buah masjid di Putrajaya.
Apakah pengundi di Putrajaya akan berjaya dibohongi dan diperdayakan oleh Husam..? Malah difahamkan Naib Presiden PAS ini dengan selamba mendabik dada menyatakan warga Putrajaya yang berasal dari Kelantan akan menyokong dirinya...
Seandainya bilangan pengundi warga Kelantan di Putrajaya seramai 1,245 orang memilih untuk membuat silap dengan memberikan undi mereka kepada Husam sekalipun, namun ianya tidak akan menjejaskan sokongan buat Tengku Adnan.
Apakah pengundi Putrajaya mahu memperjudikan nasib mereka mengangkat seorang calon yang diwaktu yang sama bertanding sebagai calon DUN dinegeri Kelantan sebagai wakil rakyat P125 Parlimen Putrajaya...?
Rekod buruk Husam sebagai seorang Exco kerajaan negeri Kelantan yang gagal sudah pasti tidak mampu untuk memberikan khidmat buat warga Putrajaya. Apakah Husam fikir warga Putrajaya tidak tahu menilai yang mana satu intan yang satu kaca...? Husam fikir pengundi Putrajaya sama bodoh seperti ahlol ahlol tolol PAS...?
Tak sabar rasanya hendak menunggu muncul tanggal 5 Mei 2013. Tarikh keramat menyaksikan karier politik Husam akan berkubur di Putrajaya....!
Tidak Mustahil BN Berjaya Menang Di Kelantan
Semua maklum semenjak 5 tahun lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai kemenangan di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi merealisasikan hasrat memerintah kembali negeri ini.
Lima tahun sudah berlalu, sasaran yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun sepanjang tempoh itu sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar dicapai.
Malah di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan masih tertanya-tanya mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu meski pun masing-masing menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun itu.
Namun bagi pemerhati politik sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi realiti pada PRU 11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN telah berjaya beroleh kemenangan di 21 dari 45 DUN.
Ia tak mustahil bakal menjadi kenyataan dalam PRU-13 yang akan berlangsung 5 Mei 2013 nanti memandangkan trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004 yang memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.
Hakikat itu tidak disedari PAS sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan mood rakyat yang mana ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun 2009.
Selepas itu, asakan Gelombang Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada PRK Galas tahun 2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan pemimpin PAS Kelantan.
Mereka sedar UMNO sedang mara untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan.
Hari ini kedudukan PAS di Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai isu seperti kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta kegagalan PAS mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan ramai penyokong hardcore PAS berjauh hati.
Itu belum lagi dikira impak buruk berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama dari kalangan tok guru pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan inilah yang menguatkan tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.
Di lihat pada senario ini, jelas sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah lagi berdasarkan trend sokongan umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9 parlimen di Kelantan adalah putih dan condong kepada BN.
Jika trend itu berkekalan, bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun lalu, seandainya ia direalisasikan dalam bentuk undi sokongan kepada BN maka itulah takdir buruk yang paling sukar untuk PAS akui dan akan dikenang sampai ke dalam liang lahad.
Tuesday, April 23, 2013
PKR Akui Hadapi Masalah.... Sambutan Ceramah Kempen PRU Pembangkang Semakin Merosot Akibat Video Seks STOPA
Imej serta kredibiliti Pas sebagai parti yang dikatakan
memperjuangkan Islam semakin rosak apabila isu video seks dikaitkan
dengan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali tiada tindakan.
Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata,
sehingga kini Lajnah Tatatertib dan Majlis Syura Ulama parti itu hanya
mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan video
tersebut telah tersebar khususnya di internet.
Beliau berkata, jika itu juga pendirian yang diambil oleh Pas, tidak
mustahil parti tersebut akan ditimpa malapetaka kerana mempermainkan
Islam.
''Antara tujuan Pas ditubuhkan berdasarkan Perlembagaan parti itu
adalah untuk menjaga kesucian Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunah.
Persoalannya mengapa kes ini tidak dirujuk berdasarkan al-Quran dan
as-Sunah.
''Apa yang al-Quran perintahkan? Perintahnya ada dalam ayat 6 surah
al-Hujurat iaitu jika datang satu berita hendaklah disiasat
kebenarannya. Masalahnya kes yang melibatkan Mustafa ini langsung tidak
disiasat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hasan Basri berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada Mustafa itu amat
berat dan sekiranya kes tersebut gagal ditangani kemungkinan juga Pas
akan menerima hukuman daripada rakyat.
Dalam pada itu beliau mengimbau satu sejarah dalam Pas iaitu pada
sekitar 1970-an seorang Ahli Parlimen Pas dari Perak, Hashim Gera telah
menari dengan seorang wanita di lobi Parlimen.
''Jawatankuasa disiplin kemudian mengambil keputusan memecatnya
kerana perbuatannya itu dilihat memalukan Pas dan tidak selari dengan
kehendak Islam.
''Namun, dalam kes yang dikaitkan dengan Mustafa ini lebih teruk
daripada itu. Hashim Gera hanya sekadar menari sahaja,'' katanya lagi.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, Lajnah Tatatertib serta Majlis
Syura Ulama sepatutnya telah memulakan siasatan tanpa perlu menantikan
Mustafa membuat laporan polis.
''Mereka perlu lebih proaktif. Mereka boleh memulakan siasatan untuk
menentukan sama ada Mustafa terlibat atau tidak. Ini soal maruah sebuah
parti Islam.
''Jawatan Setiausaha Agung merupakan satu jawatan yang amat penting
dan jawatan ini juga melambangkan sesebuah organisasi ,'' jelasnya.
Mustafa pula katanya, perlu membuat laporan polis sekiranya benar
telah difitnah atau membuat sumpah laknat bagi membersihkan namanya.
Monday, April 22, 2013
Kisah DUN Sg Aceh - Al-Kisah SETAN Dibelasah Unit Anal PAS Sewaktu Penamaan Calon
Apa sudah jadi dengan Pembangkang....?
Bergaduh bergasak sakan sesama sendiri...! Mereka bukan sahaja berebut kerusi untuk bertanding malah sudah dizahirkan melalui pergaduhan sehingga sanggup pukul memukul diantara mereka....
Nah...! Jelas sungguh bahawa apa yang diceritakan oleh barua paling kuat jilat Anwar, siapa lagi kalau bukan Chegu Bard. Anak muda yang menjadi ayam tambatan Pembangkang dalam hal menabur fitnah....
Kesian, terpaksa bergasak sesama dengan ahlol ahlol tolol PAS dalam merebut mahu bertanding di DUN Sungai Aceh dalam Parlimen Nibong Tebal.
Bacalah diatas itu luahan hati Chegu Bard menceritakan bagaimana cubaan untuk memukul dirinya dan anak serta isterinya pula ditolak oleh Pemuda PAS sewaktu penamaan calon....
Padan muka kau SYAITAN...!
Video Klip Ini Jika Tersebar Kepada SEMUA Pengundi DUN Pelabuhan Klang N46 Boleh gerenti Khalid Gagap Tonggeng... Nasar Boleh Menang
Video klip dibawah ini jika jentera BN di N46 DUN Pelabuhan Klang boleh cetak dan sebarkan kepada semua pengundi, maka bertanbah mudah Khalid Gagap akan tersungkur dan menjadi MB yang tewas pada PRU ke 13 ini.
Saksikan video klik di SINI
Saksikan video klik di SINI
Sunday, April 21, 2013
Pengundi India Shah Alam Akan Pastikan Zul Noordin Menang....!
Bukan lagi rahsia penganut agama Hindu yang berjumlah
sekitar 15 ribu orang di Shah Alam tidak dapat menerima Zul Nordin
berikutan tersebarnya video ceramah Zul Nordin yang menghina tuhan
mereka. Video tersebut adalah video lama semasa Zul di dalam Pas.
Saya memahami perasaan penganut Hindu sekiranya mereka tidak mahu
mengundi Zul Nordin, biarpun beberapa hari lalu calon BN ini telah
memohon maaf kepada seluruh penganut agama Hindu atas kenaifan beliau
sepuluh tahun lalu.
Samaada permohonan maaf tersebut diterima oleh penganut Hindu adalah
satu persoalan lain. Hanya setiap individu yang beragama Hindu sahaja
boleh membuat keputusan sendiri. Namun saya percaya ada penganut Hindu
akan menghargai permohonan maaf Zul tersebut dan memberi sokongan
kepada beliau.
Tindakan Zul memohon maaf secara terbuka merupakan
satu tindakan sangat besar ertinya. Tidak ramai pemimpin politik sanggup
duduk merakamkan kenyataannya memohon maaf dan disiarkan di seluruh
negara.
Zul tidak perlu menebalkan muka, merendahkan ego dirinya untuk
memohon maaf hanya sekadar mahu menjadi calon. Tidak perlu kerana beliau
telah pun menjadi wakil rakyat sebelum ini.
Sudah tentu ada yang sinikal berkata mengapa baru sekarang, ketika
hampir pilihan raya, mahu pohon maaf? Percayalah Zul tetap akan memohon
maaf jika video itu disebarkan terlebih awal. Namun video tersebut hanya
disebarkan dan dijadikan kontroversi beberapa hari lalu. Maka beberapa
hari lalulah Zul mengemukakan permohonan maafnya.
Zul hari ini bukan lagi zul 10 tahun lalu. Beliau telah berhijrah
daripada satu ideologi yang berasaskan kebencian, adu domba, fitnah
kepada masyarakat yang lebih terbuka dan rasional. Nilai dan terimalah
Zul Nordin hari ini bukannya Zul Nordin ketika berada di dalam Pakatan
beberapa tahun lalu.
Jika penganut Hindu boleh memberi sokongan kepada Zul 5 tahun lalu
ketika beliau telah pun melontarkan ucapan menghina agama Hindu itu,
tidak ada sebab mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama hari ini.
Ini kerana Zul Nordin hari merupakan individu yang jauh lebih baik
dari 2008.
Saya percaya majoriti orang India sekarang menyokong Barisan Nasional
dan program transformasi yang dibuat oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Razak.
Jangan kerana marahkan Zul Nordin maka seluruh calon BN tidak diundi.
Zul Nordin hanyalah calon mesra BN yang Najib rasa boleh membantu
mengukuhkan BN dalam beberapa keadaan.
Justeru, jika benar penganut agama Hindu tidak boleh mengundi Zul
Nordin, rosakkanlah sahaja undi di Parlimen. Berikanlah undi untuk calon
BN di DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik. Jangan sesekali beri undi kepada
Pas, Pkr dan DAP kerana selama ini tidak ada satu pun janji terhadap
orang India mereka penuhi.
Baca seterusnya, klik sini
Datuk Kamilia Ibrahim KHIANATI Parti....! Sanggup Jadi PENGKHIANAT Kerena Kecewa...
Saya selaku Ketua Wanita
Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita
UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Dato’ Kamilia
bertanding di atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak
tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan
oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18hb April 2013.
Dato’ Kamilia telah buat
keputusan ini dengan sendiri sekaligus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN
dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan
Timbalan Pengerusi BN.
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem Jentera Wanita Pilihanraya Umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa. (contingencies)
Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama di peringkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan kesetiaan kepada perjuangan Parti walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri dan sabar dalam perjuangan.
Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapapun yang membelot atau mengkhianati Parti kerana kepentingan diri sendiri.
Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Nor Rizan Subehi yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga mereka menunjukkkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama dikala kita menghadapi PRU-13 ini.SHAHRIZAT ABDUL JALIL
Khalid Gereja Dah Gila...! Mengamuk Sakan Apabila Penyokong Pakatan SENYAP Sewaktu Namanya Diumumkan
Pagi tadi di Dewan MBSA Seksyen 19 Shah Alam, Khalid Gereja buat gila...!
Sewaktu nama Zulkifli Nordin diumumkan sebagai wakil BN untuk kerusi Parlimen Shah Alam, sorakan dan tepukan gemuruh dari kumpulan penyokong penyokong BN, gegak gempita jadinya.
Malang sungguh nasib wakil Parti Ada Spender ini, apabila nama Khalid Gereja diumumkan, penyokong Pakatan Pembangkang senyap, langsung tidak memberikan sokongan dan sorakan....
Khalid Gereja mengamuk...! Dia salahkan pihak SPR dan MBSA kerana katanya kedudukan kumpulan penyokong Pakatan tidak membolehkan mereka dengar sebarang pengumuman. Wakil Parti Ada Spender ini mengugut mahu pergi sendiri memanggil penyokong Pembangkang untuk datang menghampiri lebih dekat ke kawasan Dewan MBSA.
Betapa bodohnya Khalid Gereja cuba mempersoalkan tugas pihak keselamatan yang sudah membuat ketetapan bahawa kedudukan penyokong harus berada jarak 50 meter dari pintu pagar utama dewan.
Tindakan Khalid tidak dipedulikan oleh dua calon calon PKR yang lain,iaitu Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail. Malah, wakil calon kepada Rodziah [berbaju melayu kelabu] pada foto dibawah ni menghalang Khalid Gereja daripada meneruskan perbuatan memalukan....
Alangkah bertambah malunya Khalid Gereja....!
Sewaktu nama kedua-dua calon PKR diumumkan, penyokong penyokong Pembangkang bersorak dan bertepuk tangan...
Secara kesimpulannya, apabila nama Zul Nordin, Ahmad Nawawi dan Ustaz Yusof Din bagi pihak BN diumumkan mendapat sokongan penyokong. Begitulah juga apabila nama calon calon PKR disebut, Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail turut sama mendapat sorakan serta tepukan penyokong.
Maka hakikatnya, penyokong Pembangkang TIDAK mahu menerima Khalid Gereja sebagai calon mereka
Secara kesimpulannya, apabila nama Zul Nordin, Ahmad Nawawi dan Ustaz Yusof Din bagi pihak BN diumumkan mendapat sokongan penyokong. Begitulah juga apabila nama calon calon PKR disebut, Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail turut sama mendapat sorakan serta tepukan penyokong.
Maka hakikatnya, penyokong Pembangkang TIDAK mahu menerima Khalid Gereja sebagai calon mereka
Friday, April 19, 2013
Thursday, April 18, 2013
Siapakah Dia Seorang Lagi Pimpinan PAS Kongsi Pakai Wanita Dalam Video Seks Stopa Spenderman...?
Perghhhh ini macam punya kes pun ada juga kaa..? Klik SINI
Mampukah Mukhriz Menang di Kubu Kuat PAS....?
Dato’ Mukhriz Mahathir adalah sebuah nama yang begitu sinonim dengan rakyat Kedah, terutama di pelusuk-pelusuk kampung.
Bagaimanapun, nama bapanya, nampaknya telah berlaku tidak adil kepadanya kerana walau sekuat manapun beliau bekerja, beliau tetap dituduh sebagai menumpang nama bapa.....
Walaupun beliau merangkak dan menapak dari bawah, beliau tetap dituduh naik lif terus ke atas.
Ini berlaku bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam apa jua yang dilakukannya, seperti berniaga.
Tidak adil juga jika kita berkata bahawa nama bapanya tidak memainkan peranan langsung, tetapi itulah lumrah dunia di mana ‘nama’ memain peranan penting untuk menarik minat dan kepercayaan orang ramai, terutamanya dalam bidang perniagaan.
Namun, itu tidak bermakna beliau menyalahgunakan pengaruh itu, kerana terbukti beliau seorang yang arif tentang selok-belok berniaga dan bukannya berjaya tanpa berusaha.
Beliau juga pernah jatuh, bangun dan berhadapan dengan risiko, gagal serta bangun kembali.
Oleh kerana pengalaman yang luas dan ‘berpeluang’ menghadapi sendiri apa yang dikatakan persaingan di alam perniagaan sehingga dikategorikan sebagai antara tokoh yang paling berjaya, maka Dato’ Mukhriz pastinya cukup memahami jerih perih rakyat biasa.
Benarlah kata orang bijaksana, iaitu “ahli politik yang paling berkesan ialah ahli politik yang telah pun berjaya dalam bidang lain”.
Walaupun Dato’ Mukhriz telah mengukir namanya sendiri dalam persada negara, namun beliau tidak pernah mengabaikan kawasannya. Bukan sekali dua beliau bermalam di kampung-kampung rumah pemimpin cawangan malah berkali-kali.
Beliau juga tidak kekok turun ke hutan dan meranduk selut untuk menghayati kehidupan orang kampung sekali gus memahami masalah mereka dan menyelesaikannya.
Ini melenyapkan terus tuduhan bahawa beliau membawa imej ‘elit’ dan tidak sesuai dengan ‘keperibadian’ negeri Kedah.
Apa yang menarik ialah, segala kerja kuatnya ini jarang sekali dilaporkan atau diketahui oleh sesiapa melainkan orang-orang kampung jua. Oleh yang demikian, walaupun terdapat cakap-cakap negatif mengenai beliau di peringkat kepimpinan bawahan di Kedah, rakyat Kedah sendiri secara amnya, menadah tangan bersyukur dengan pencalonan Dato’ Mukhriz di DUN dan bukan Parlimen.
Pendek kata, berita tersebut diterima rakyat Kedah sebagai doa yang telah dimakbulkan. Ia juga turut membuktikan bahawa Dato’ Seri Najib benar-benar mendengar suara rakyat walaupun terdapat usaha yang cukup giat dari beberapa pihak untuk menyekatnya.
Namun, satu perkara yang membuatkan rakyat Kedah agak ‘cuak’ ialah kawasan yang bakal ditandingi Dato’ Mukhriz dikatakan sebagai sebuah kubu PAS, iaitu DUN Ayer Hitam.
Pada tahun 2008, Dato’ Mukhriz telah memenangi kerusi Jerlun dengan majoriti 2,205 manakala DUN Ayer Hitam yang berada di dalam Parlimen Jerlun dimenangi oleh Abdul Ghani Ahmad dari PAS dengan majoriti tipis iaitu 506 undi. Dalam PRU 2004, DUN Ayer Hitam telah dimenangi oleh Othman Aziz dari BN dengan majoriti 860 undi. Jumlah pengundi DUN ini dalam PRU tersebut ialah 24,939.
Justeru, untuk menyatakan kawasan ini sebagai kubu kuat PAS mungkin masih boleh diperdebatkan. Pastinya ada sebab musabab tertentu yang menyebabkan rakyat di DUN Ayer Hitam menukar pilihan mereka dari BN pada 2004 kepada PAS pada 2008.
Berdasarkan fakta di atas, maka tidak mustahil rakyat DUN Ayer Hitam akan menukar kembali ke BN pada tahun 2013 ini, atas faktor Dato’ Mukhriz.
Secara umumnya, harapan rakyat Kedah terhadap Dato’ Mukhriz amatlah tinggi dan sekiranya rakyat di DUN Ayer Hitam tidak membuat pilihan yang tepat, maka mereka pasti dianggap sebagai menghancurkan hati keseluruhan rakyat negeri itu.
Kedah memerlukan suntikan semangat baru untuk keluar dari kepompong ‘selesa’ serta bangun memajukan diri selaras dengan pengiktirafan ibunegerinya, Alor Setar sebagai sebuah bandaraya lama dahulu.
Selama ini, ‘Bandaraya’ Alor Setar adalah bandar yang ‘mati’, tiada aktiviti. Semenjak diambil-alih oleh PAS pula, yang hidup hanyalah pusat-pusat karaoke sahaja, sementara peluang pekerjaan lain masih tiada.
Kedah dikatakan hanya selangkah sahaja ke hadapan dari Kelantan dari segi mentaliti dan sosial. Dari segi ekonomi juga, Kedah baru saja menjunam ke bawah akibat ketidakcekapan kerajaan PAS.
Dalam pada itu, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa cabaran untuk membangunkan Kedah dari segi ekonomi harus bermula dengan memajukan mentaliti rakyatnya terlebih dahulu.
Hari ini, pusat-pusat pelancongan yang berpotensi di Kedah masih tidak mampu menepati namanya sendiri sebagai ‘pusat pelancongan bertaraf antarabangsa’. Antaranya, Arus Deras Sedim, Pantai Merdeka, Kuala Kedah dan berbagai-bagai lagi.
Hotel-hotel dan resort yang ada di Kedah juga dikatakan masih belum mampu menyaingi taraf profesionalisme hotel-hotel di kawasan pelancongan negeri lain seperti Melaka, Kuantan dan sebagainya. Semua ini berkait rapat dengan ‘mentaliti’.
Satu-satunya kawasan yang tampak ‘bertenaga’ di Kedah ialah Langkawi.
Dari segi pelaburan pula, Kedah turut menjunam selepas diambil alih oleh PAS. Menteri Besar Kedah yang ada kini, langsung tidak pernah membuat pertemuan dengan para pelabur sedia ada mahupun terlibat dalam misi-misi pelaburan negeri.
Oleh itu, dengan ketokohan Dato’ Mukhriz sebagai usahawan berjaya, kita pasti ‘menjana ekonomi’ bukanlah cabaran besar baginya, tetapi ia mungkin menjadi sukar sedikit kerana perlu terlebih dahulu menangani cabaran ‘mentaliti’ orang-orang sekelilingnya dan rakyat Kedah sendiri.
Kedah amat memerlukan Dato’ Mukhriz untuk memulihkan kembali segala kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh PAS. Sesungguhnya, kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh parti itu selama sepenggal, bukanlah sedikit.
Dan jika PAS masih terus kekal memerintah di Kedah selepas PRU ini, maka Kedah pasti akan kembali ke 20 tahun ke belakang, sehingga memerlukan berpuluh tahun lagi untuk pulih sepertimana di bawah BN sebelum ini.
Hari ini, rakyat Kedah seolah-olah meletakkan semua harapan terhadap Dato’ Mukhriz ke atas bahu pengundi di DUN Ayer Hitam.
Harapan yang sama juga diletakkan ke atas bahu pemimpin-pemimpin BN, jentera parti, termasuk mereka yang tidak tersenarai sebagai calon, untuk membantu ‘meletakkan yang hak ditempatnya’ demi kebaikan semua.
Wednesday, April 17, 2013
Datuk Sri Najib Senyum Tengok Zul Noordin Pakai Baju BN
Zulkifli Noordin akan bertanding atas tiket BN berdepan dengan Khalid Gereja di Parlimen Shah Alam. Beliau akan bergandingan dengan Haji Mohd Yusof Bin Din merupakan Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia yang akan bertanding DUN Kota Anggerik dan Dato Haji Ahmad Nawawi bertanding kerusi DUN Batu 3.
P.092 SABAK BERNAM
- Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
- Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
- Abd Halim Udin
P.093 SG. BESAR
- Dato' Noriah Kasnon
* N.03 Sg Panjang
- Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
- Kek Seng Hooi
P.094 HULU SELANGOR
- P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
- Dato' Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu
- Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
- Mat Nadzari Ahmad Dahlan
P.095 TG. KARANG
- Dato' Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
- Dato' Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
- Sulaiman Abd Razak
P.096 KUALA SELANGOR
- Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
- Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
- K. Parthiban
* N.12 Jeram
- Dato' Amiruddin Setro
P.097 SELAYANG
- Dato' Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
- Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
- Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
- Dato' Seri Subahan Kamal
P.098 GOMBAK
- Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
- Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
- Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
- Abdul Rahim Kamarudin
P.099 AMPANG
- Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
- Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
- Dato' Baderisham Jolly
P.100 PANDAN
- Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
- Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
- Liew Pok Boon
P.101 HULU LANGAT
- Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
- Ismail Sani
* N.24 Semenyih
- Dato' Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
- Lee Ban Seng
P.102 SERDANG
- Dato' Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
- Dato' Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
- Dato' Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
- Raymond Chin Toong Kang
P.103 PUCHONG
- Dato' Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
- Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
- Dr. Kow Cheong Wei
P.104 KELANA JAYA
- Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
- Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
- Tengku Ridwan Tengku Mansor
P.105 PJS
- Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
- Dato' Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
- Juan Sei Chang
P.106 PJU
- Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
- Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
- Dato' Lim Choon Kim
P.107 SUBANG
- Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
- Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
- Dato' Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
- Halimaton Saadiah Borhan
P.108 SHAH ALAM
- Dato' Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
- Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
- Dato' Ahmad Nawawi Dato' M Zin
P.109 KAPAR
- Sakthivel
* N.42 Meru
- Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
- Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
- Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
- Faisal Yahya
P.110 KLANG
- Dato' Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
- Dato' Nasaruddin Dato' Md Zin
* N.47 Pandamaran
- Dato' Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
- Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz
P.111 KOTA RAJA
- S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
- T. Mohan
* N.50 Sri Muda
- Mohd Abd Raof Mokhtar
P.112 KUALA LANGAT
- Kapt(B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
- Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
- Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
- Hasiman Sidom
P.113 SEPANG
- Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
- Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
- Shahrum Dato' Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
- Ng Chok Sin
Subscribe to:
Posts (Atom)