Sunday, April 21, 2013

Pengundi India Shah Alam Akan Pastikan Zul Noordin Menang....!

Bukan lagi rahsia penganut agama Hindu yang berjumlah sekitar 15 ribu orang di Shah Alam tidak dapat menerima Zul Nordin berikutan tersebarnya video ceramah Zul Nordin yang menghina tuhan mereka. Video tersebut adalah video lama semasa Zul di dalam Pas.

Saya memahami perasaan penganut Hindu sekiranya mereka tidak mahu mengundi Zul Nordin, biarpun beberapa hari lalu calon BN ini telah  memohon maaf kepada seluruh penganut agama Hindu atas kenaifan beliau sepuluh tahun lalu.

Samaada permohonan maaf tersebut diterima oleh penganut Hindu adalah satu persoalan lain. Hanya setiap individu yang beragama Hindu sahaja boleh membuat keputusan sendiri. Namun saya percaya ada penganut Hindu akan menghargai permohonan maaf  Zul tersebut dan memberi sokongan kepada beliau.


Tindakan Zul memohon maaf secara terbuka merupakan satu tindakan sangat besar ertinya. Tidak ramai pemimpin politik sanggup duduk merakamkan kenyataannya memohon maaf dan disiarkan di seluruh negara.

Zul tidak perlu menebalkan muka, merendahkan ego dirinya untuk memohon maaf hanya sekadar mahu menjadi calon. Tidak perlu kerana beliau telah pun menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Sudah tentu ada yang sinikal berkata mengapa baru sekarang, ketika hampir pilihan raya, mahu pohon maaf? Percayalah Zul tetap akan memohon maaf jika video itu disebarkan terlebih awal. Namun video tersebut hanya disebarkan dan dijadikan kontroversi beberapa hari lalu. Maka beberapa hari lalulah Zul mengemukakan permohonan maafnya.

Zul hari ini bukan lagi zul 10 tahun lalu. Beliau telah berhijrah daripada satu ideologi yang berasaskan kebencian, adu domba, fitnah kepada masyarakat yang lebih terbuka dan rasional. Nilai dan terimalah Zul Nordin hari ini bukannya Zul Nordin ketika berada di dalam Pakatan beberapa tahun lalu.

Jika penganut Hindu boleh memberi sokongan kepada Zul 5 tahun lalu ketika beliau telah pun melontarkan ucapan menghina agama Hindu itu, tidak ada sebab mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama hari ini.  Ini kerana Zul Nordin hari merupakan individu yang jauh lebih baik dari 2008.

Saya percaya majoriti orang India sekarang menyokong Barisan Nasional dan program transformasi yang dibuat oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Jangan kerana marahkan Zul Nordin maka seluruh calon BN tidak diundi. Zul Nordin hanyalah  calon mesra BN yang Najib rasa boleh membantu mengukuhkan BN dalam beberapa keadaan.

Justeru, jika benar penganut agama Hindu tidak boleh mengundi Zul Nordin, rosakkanlah sahaja undi di Parlimen. Berikanlah undi untuk calon BN di DUN Batu Tiga dan Kota Anggerik. Jangan sesekali beri undi kepada Pas, Pkr dan DAP kerana selama ini tidak ada satu pun janji terhadap orang India mereka penuhi.

Baca seterusnya, klik sini

No comments:

Post a Comment