Persoalan yang pertama sudah
terjawab…. Riuh rendah seantero Malaya sibuk meramalkan tarikh pembubaran
Parlimen, malah soksek dan topik ini berkompang sejak awal tahun lalu. Akhirnya
terjawap sudah.
Persoalan yang kedua, bilakah
tarikh PRU ke 13…? Esok insya allah seluruh dunia akan tahu jawapannya…..
Persoalan ketiga, nama nama
calon yang bertanding… Nah..! Satu satunya persoalan yang mengheret mata dan
tumpuan kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak. Siapakah taruhan Najib..?
Kita semua tidak menafikan
bahawa salah satu factor kekalahan dimana tersungkurnya ramai calon calon BN
pada tahun 2008 kerana protes jentera parti BN terhadap calon calon yang tidak
boleh mereka terima…
Sepanjang tempoh kepimpinan
Najib, ditafsirkan pada beberapa Pilihanraya kecil [PRK] yang menghasilkan
kemenangan sebagai contoh di Parlimen Hulu Selangor, DUN Bagan Pinang, DUN
Tenang, DUN Kerdau dan DUN Merlimau formula Najib meletakkan “Winnable
Candidate” sudah berhasil.
Oleh itu, ramai jentera
pekerja parti BN bersama pimpinan BN mengharapkan Najib akan teliti dan
memperhalusi calon calon untuk PRU 13 agar factor “Winnable Candidate” terus
digunapakai demi menjamin kemenangan BN.
Sedang kita menghampiri saat
dan ketikanya untuk Najib umumkan calon calon yang akan mewakili panji panji
lambang keramat BN, masih lagi ada bunyi bunyi sumbang gerombolan yang masuk
“mengadap” YAB PM untuk kerja lobby pada saat saat akhir… Istilah nakalnya “
nak potong tang konar la beb…”
Pak Lah sudah melakukan
kesilapan ini, natijahnya tertonggeng ramai pimpinan BN, majority calon BN yang
menang susut…, secara keseluruhannya berlakulah Tsunami Politik 2008.
Kalau dilukis atas kertas,
boleh digambarkan larian Najib sudah OK, maksudnya kelihatan baik dan
menjanjikan kemenangan. TETAPI kita tidak mahu YAB PM melakukan kesilapan pada
saat saat akhir ini.
Perlukah Najib tunduk pada
desakan dan gangguan beberapa Wanna Be Candidate yang mahu menjadi ‘tangan
ghaib’ dalam menentukan siapa calon yang layak…?
Kupasannya…., jom baca di
SINI
najib jadi ketua pembangkang!!!!
ReplyDelete