Tuesday, April 23, 2013

PKR Akui Hadapi Masalah.... Sambutan Ceramah Kempen PRU Pembangkang Semakin Merosot Akibat Video Seks STOPA

Imej serta kredibiliti Pas sebagai parti yang dikatakan memperjuangkan Islam semakin rosak apabila isu video seks dikaitkan dengan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali tiada tindakan.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, sehingga kini Lajnah Tatatertib dan Majlis Syura Ulama parti itu hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang berlaku sedangkan video tersebut telah tersebar khususnya di internet.

Beliau berkata, jika itu juga pendirian yang diambil oleh Pas, tidak mustahil parti tersebut akan ditimpa malapetaka kerana mempermainkan Islam.

''Antara tujuan Pas ditubuhkan berdasarkan Perlembagaan parti itu adalah untuk menjaga kesucian Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunah. Persoalannya mengapa kes ini tidak dirujuk berdasarkan al-Quran dan as-Sunah.

''Apa yang al-Quran perintahkan? Perintahnya ada dalam ayat 6 surah al-Hujurat iaitu jika datang satu berita hendaklah disiasat kebenarannya. Masalahnya kes yang melibatkan Mustafa ini langsung tidak disiasat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hasan Basri berkata, tuduhan yang dilemparkan kepada Mustafa itu amat berat dan sekiranya kes tersebut gagal ditangani kemungkinan juga Pas akan menerima hukuman daripada rakyat.

Dalam pada itu beliau mengimbau satu sejarah dalam Pas iaitu pada sekitar 1970-an seorang Ahli Parlimen Pas dari Perak, Hashim Gera telah menari dengan seorang wanita di lobi Parlimen.

''Jawatankuasa disiplin kemudian mengambil keputusan memecatnya kerana perbuatannya itu dilihat memalukan Pas dan tidak selari dengan kehendak Islam.

''Namun, dalam kes yang dikaitkan dengan Mustafa ini lebih teruk daripada itu. Hashim Gera hanya sekadar menari sahaja,'' katanya lagi.


Menjawab satu soalan, beliau berkata, Lajnah Tatatertib serta Majlis Syura Ulama sepatutnya telah memulakan siasatan tanpa perlu menantikan Mustafa membuat laporan polis.

''Mereka perlu lebih proaktif. Mereka boleh memulakan siasatan untuk menentukan sama ada Mustafa terlibat atau tidak. Ini soal maruah sebuah parti Islam.

''Jawatan Setiausaha Agung merupakan satu jawatan yang amat penting dan jawatan ini juga melambangkan sesebuah organisasi ,'' jelasnya.

Mustafa pula katanya, perlu membuat laporan polis sekiranya benar telah difitnah atau membuat sumpah laknat bagi membersihkan namanya.

No comments:

Post a Comment