Friday, April 26, 2013

Paekah Akui Pengundi Pengundi DUN Pelabuhan Klang Paling Bertuah Dalam Dunia....

Bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Mohd. Nazmi Rosli menyifatkan pengundi di Pelabuhan Klang bertuah kerana berpeluang mencipta sejarah menjatuhkan karier seorang Menteri Besar.

Ini kerana, kata beliau, jika Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mendapat mandat pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang maka beliau tidak dapat menjawat jawatan itu semula.

"Saya yakin penduduk Pelabuhan Klang akan mengambil peluang keemasan ini kerana Abdul Khalid bukan sahaja gagal menjalankan tugasnya sebagai menteri besar, malah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pengecut kerana lari ke kawasan lain.

"Keputusan beliau lari ke Pelabuhan Klang satu kesilapan besar dan jangan ingat pengaruh sebagai menteri besar dapat membantu beliau menang undi rakyat," katanya



Pada PRU-12 empat tahun lalu, Abdul Khalid menang di Ijok.

Beliau ditemui selepas berucap di hadapan lebuh 200 penduduk di Pangsapuri Palma, Bandar Botanik di sini malam tadi.

Mohd Nazmi juga yakin Datuk Nasarruddin M. Zin adalah calon pilihan rakyat yang akan membantu mengembalikan kerusi DUN Pelabuhan Klang ke pangkuan Barisan Nasional. - klik UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment