Wednesday, July 6, 2011

Mat Sabu Naik Hangin Sebab Ambiga Tak Bawak Dia Mengadap DYMM YDP Agong..?

Isshh.., isshh.., isshhh...! Kesiannyer tengok Mat Sabu kena tinggal. Semalam Datuk Ambiga pergi mengadap menyembah kebawah DYMM YDP Agong tak bawak timbalannya....

Tak ade hormat langsung si Amibga kat timbalan dia? Itu pun Pas masih nak jadi budak2 suruhan Ambiga lagi..??

Perkara pertama yang perlu kita sedar ialah majlis perkenan mengadap oleh Tuanku YDP Agong bukan bermakna kaum ini sudah jadi sah. Kaum yang melabel diri mereka "Bersih-2" (tapi punya niat kotor ini) sebenarnya masih berstatus tidak sah @ haram kerana pihak Pendaftar Pertubuhan telah mengisytiharkan mereka haram menurut undang-undang. Jadi level mereka sama dengan komunis, sama dengan Kumpulan Ayah-Pin. Oleh itu sebarang aktiviti yang dibuat atas nama itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan.

Kedua, setelah mengadap Tuanku YDP Agong, kaum ini masih berkeras mahu mengadakan perhimpunan. Ambiga Sreenavasan sebagai peguam patut tahu bahawa sebarang perhimpunan ditempat awam mesti mendapat permit polis berdasarkan peruntukkan Perlembagaan dan Akta Polis. Pihak polis, dan hanya pihak polis sahaja yang berhak memberi permit atau menolaknya jika didapati ianya memudaratkan keselamatan negara dan ketenteraman awam.


Tuntutan mereka mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka bukan sahaja perbuatan biaDAP dan angkuh, malah tidak menghormati titah Tuanku YDP Agong. Yang menjadi keprihatinan Tuanku ialah keselamatan dan keharmonian rakyat dan negara. Adakah Ambega boleh memastikan itu?


Mungkin perhimpunan didalam tempat tertutup dan terkepung saperti di stadium boleh dikawal, tetapi bagaimana dengan sebelum dan selepas,diluar kawasan stadium. Kita dapat melihat dalam himpunan aman dan pesta saperti bolasepak pun boleh berlaku rusuhan dan kekacauan. Bagaimana dengan pergerakan selepas perhimpunan, adakah Ambega boleh kawal?

Apatah lagi jika dibuat di Stadium Merdeka yang terletak didalam bandar, begitu hampir dengan tempat awam saperti Bus Stand Klang, China Town Petaling Street, Jalan Hang Kasturi, Puduraya, dan hanya beberap minit berjalan kaki ke Jalan Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, tempat dimana orang ramai akan turun dihujung minggu bersama keluarga dan lain-lain.

Adakah Ambega boleh pastikan kaum himpunan ini tidak bertindak diluar batasan setelah mendengar ceramah maki hamun dan caci-maki didalam stadium? Pengalaman lampau membuktikan tidak. Sebab itu teman desak pihak polis supaya tidak memberikan kebenaran perhimpunan dibuat di Stadium Merdeka.

Sebaliknya kalau nak buat juga, buatlah di Stadium Shah Alam. Menteri Besar sudah pun memberikan tawaran menggunakan Stadium Shah Alam. Itupun negeri pemerintahan pembangkang. Ianya jauh dari tempat orang ramai, dan tidak menganggu kegiatan dan aktiviti rakyat biasa....

Read more..., please click here.

1 comment:

  1. Tak dak lesen, No demo.
    Rakyat majority kata No demo, No stadium. No nothing. Ada reti ka¿

    ReplyDelete