Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton
setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka.....
Baik anak muda mahu
pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz
Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan
pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi
apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.
Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar
Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar
oleh Azhar.... Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat
“nasuha” akibat ceramah Azhar Idrus.....!
Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru
kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak “loyar buruk”
hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan “funfair”, hari ini
jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan.
Selain menarik
puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah
berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.
Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon
agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka
“loyar buruk” atau “lawak bodo”. Misalnya, apabila ditanya bolehkah
wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, “kalau belum mati tidak
boleh masuklah.” Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin
di dalam masjid.
Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid
jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun
bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang
melampau-lampau.
Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan
penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo,
bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak
ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan
dalam diri.
Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap
pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan
menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan
penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia
tetap dibiarkan berleluasa.
Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah
allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah
datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat
mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus
merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan
penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.
Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama
Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan
Islam. Jawapannya; Rating...!
Ini kerana orang Melayu Islam suka
mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk
jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan
Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.
Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus
maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak
beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut
dengan lawak-lawak bodoh.
Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat
lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu,
saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.
Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.
Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak) - mykmu.net
Ada lagi kisah Ustak MekDee Natang..., klik SINI
Masyaallah org buat benda baik di kutuk org buat maksiat di puji. Dimanakah keimanan kamu kalu kamu seorang islam? Kalau nak cari syurga syurgalah kita jumpa tapi penuh halangan, tapi kalau nak cari neraka, nerakalah yang kita jumpa dan ianya tersangat mudah.
ReplyDeletesungguh rendahnya pemikiran kamu.... apakah kamu menganggap umat islam terlalu jahil hingga tidak tahu menilai apa yg betul dan apa yg salah?? UAI menyampaikan ilmu dgn cara yg mudah dan senang difahami oleh semua lapisan... dia berusaha mengajak org mendengar majlis ilmu.... kalau kamu x mahu mendengar jangan dengar dan kamu diam. sedang kamu sendiri tidak menyampaikan ilmu yg baik pun selain memaki hamun....ini bukan soal politik tapi adalah soal cara ilmu disampaikan.... cukup baikkah kamu sendiri yg selalu menceritakan keaiban dan keburukan org??
ReplyDeleteKenyataan anda benar dr perspektif tu. So salahnya edit kt mana?ada yg dipotong tak habis. Sy x salahkan penulis dan pembaca. Pd sy... kita blh merujuk pada yg lebih pakar dn kita rasa benar. Ada 4 mazhab ada 4 kitab dulu dan skrg so kita boleh nilai. "Berguru bukan dgn buku" tu pepatah dulu. Skrg sesuai "berguru bkn dgn media" kenw gak refer dn soal jawap berdepan so segala persoalan insyaallah blh rungkai dgn baik lg. Wallahuallam...
ReplyDelete