Friday, January 11, 2013

RISAU...! Kenyataan Hadi Boleh Dekatkan Dirinya Kepada SYIRIK...!!

Kenyataan seorang ulama atau seorang ahli politik yang menggunakan agama untuk perjuangan partinya...? Belum selesai isu "pengkafiran" beliau ke atas ahli UMNO (yang dibangkitkan semula oleh Cikgu Non, seorang ahli Pas), Hadi menimbulkan satu lagi polemik agama yang serius di kalangan orang Islam.

Kenyataan Hadi ini adalah kenyataan politik.....!

Tiada sesiapa pun mempertikaikan jika ada orang bukan Islam mahu menyebut perkataan Allah. Yang menjadi isu sekarang ialah apakah boleh atau tidak boleh perkataan God diterjemahkan sebagai Allah bukannya Tuhan dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Janganlah kerana mahu meraih undi pengundi Kristian di negara ini Pas mahu berdolak-dalik dalam isu ini. Memang benar tiada nas yang nyata melarang penggunaan nama Allah dalam agama lain.

Namun ulama di negara ini baik Ulama dalam kerajaan, dalam universiti malahan dalam Pas telah sepakat bahawa penggunaan Allah dalam bahasa Melayu adalah khas untuk kegunaan orang Islam sahaja.

Apakah kesepakatan ini mahu dibakulsampahkan oleh Hadi Awang hanya kerana undi....?

Saya berharap agar sebagai seorang pemimpin Islam yang terpelajar, Hadi dapat mengambil masa bermuhasabah diri melihat isu ini....

Saya khuatir kenyataan-kenyataan beliau boleh menghimpiri diri beliau kepada keadaan syirik dengan menyamakan konsep Allah yang maha esa dengan konsep Trinity dan sebagainya.

Baca selanjutnya, klik SINI

No comments:

Post a Comment