Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini memang telah dijangkakan.
Kenyataan Timbalan Presiden PAS, MohamadSabu dua hari
yang lalu yang mengesahkan bahawa PAS bersetuju kalimah Allah
digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses
membuat keputusan dikalangan ketiga-tiga komponen parti gabungan PakatanRakyat.
Lebih mendukacitakan keputusan yang
dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghorma tititah Ke Bawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis
Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam
dengan membawa Isu kalimah Allah itu.
Logiknya masalah ini terbeban kepada
PAS disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan
Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Aqidah. Sikap PAS yang
sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR.
Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini.
Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Dalam isu kalimah
Allah yang menyentuh persoalan pokok dalam Islam
iaitu Aqidah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan dirinya. PAS
terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama,
Dato Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Dato DrHaron Din, Ketua Penerangan, Dato Tuan
Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang
telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul duatahun yang lalu.
Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.
Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.
Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam
PAS.Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah halatuju PAS. Atas pengaruh mereka PAS
telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama.
Apa yang ada lagi kepada parti inibila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberipenghormatan yang selayaknya.
Apa yang ada lagi kepada parti inibila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberipenghormatan yang selayaknya.
Saya berharap sejuta ahli PAS
dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuahparti
yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang
tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Anwar Ibrahim
menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.
YB DATO DR HASAN
MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL
8 Januari 2013
No comments:
Post a Comment