Semua pihak sudah sedia maklum perihal sikap pengecut dan
berselindung di sebalik insan lain dikalangan pemimpin Parti Keadilan
Rakyat.
Daripada Ketua Umumnya sehinggalah di kalangan ‘Anak-anak Ikan’ Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya di peringkat bawahan, hampir
kesemuanya hanya pandai melontarkan fitnah dan membuat kekecohan dan
kemudian menyorok di sebalik nama kononnya menuntut keadilan.
Macam-macam kes yang melibatkan situasi begini telah berlaku dan
terbaru adalah isu yang mengaitkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan yang
kini telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak atau lebih tepat
pemimpin PKR. Bermulanya kekecohan mengenai Deepak, macam-macam
kontroversi, spekulasi dan kenyataan timbul sehinggakan rakyat tidak
tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.
Apa yang lebih teruk, dek kerana sudah terbiasa dengan sindrom fitnah
memfitnah antara satu sama lain maka dalam segala isu ada sahaja idea
pihak pembangkang untuk mengaitkan penglibatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam
kontroversi yang tercetus.
Sampaikan perlancaran buku yang berjudul ‘Black Rose’ yang entah
siapa penerbitnya juga telah dijadikan medium politik PKR untuk
meneruskan agenda fitnah terhadap Najib dan Rosmah.
Difahamkan buku berkenaan yang dilancarkan beberapa hari lalu
kononnya menceritakan perihal Najib dan Rosmah mengenai kontroversi
pembunuhan Altantuya. Bukankah isu berkaitan kes Altantuya itu sudah
basi, tetapi hairan, mengapa ia ditimbulkan semula oleh puak-puak jahil
PKR ini.
Mungkin kerana terdesak dengan Pilihanraya Umum yang semakin hampir,
maka segala isu-isu lama mereka korek-korek semula dan cuba memutar
belitkan supaya rakyat terus terkeliru. Bercakap mengenai perlancaran
buku ‘Black Rose’, dua hari lepas MalaysiaKini telah melaporkan berita
yang menyatakan Deepak melancarkan buku dalam bentuk ceritera.
“The Black Rose – satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan
permaidani, Deepak Jaikishan, yang mengisahkan persengketaan beliau
dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya
muncul di ruang siber. Siri pertama – Black Rose 1.0 – telah diedarkan
kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan
pengarangnya dinyatakan sebagai ‘Spirit of Altantuya’.
Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama,
tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.”
Berita mengenai kononnya Deepak yang menerbitkan buku itu kini telah
tersebar dengan luasnya setelah puak-puak PKR melaksanakan perang saraf
iaitu untuk memastikan perkara itu mendapat perhatian umum.
Perihal kekecohan berkaitan penyebaran ‘Black Rose’ yang kononnya menceritakan tentang Najib dan Rosmah selain mengaitkan......, baca seterusnya DI SINI
mak cik janda,kau x abis2 nak bela wanita puaka tu??????kau pastikan kau cukup duit untuk dapat yg 'cocok'dgn kau!!!!
ReplyDeleteAdmin hanya sampaikan apa yg juak2 ko,ko dan keluarga ko ditipu..tu la ko,hati dah tertutup dgn dosa selama ko idop org tua..taubat la selagi sempat..
Delete