Tuesday, January 31, 2012

Konfius Laa..! Anuar Umno Reform Nie Sebenarnya Planted Agent Pkr Dalam Umno ATAUPUN Planted Umno Dalam Pkr..??


LG dah konpiuss laaaa...!

Brader berjambang nie sebenarnya sebelah mana..? Ada yang kata dia nie planted agent Pkr duduk menyelinap dalam Umno korek rahsia strategi + info bagi kat Chegu Bard...


Ade plak kata memang Umno planted Anuar Umno Reform nie pegi berkawan baik dengan Chegu Bard & Nora Reformis pergi korek info pasal Pkr lepas tu bagi kat Umno...

Yang mana satu nie..??

Cerita selanjutnya...., klik
sini

Amboi.... Anak Dara Tua Nie Kata Kerajaan Pkr Selangor Jaga Air Macam Jaga Anak Dara...!!

Lawak giler la si Setpol MB Selangor nie…, dia kata kerajaan Selangor jaga air macam jaga anak dara. Tapi, dia tu belom kawen lagi masih anak dara andartu… Macam maner dia tahu nak jaga anak dara?

12 BILION hasil carian kerajaan terdahulu UMNO/BN, sesuka hati si Faekah nak mengaku itu hasil usaha they all kerajaan Pakatan..., tak malu sungguh!

Faekah melalut lagi kata kat Selangor tak akan ade krisis bekalan air sebab nanti bila hujan hari2, cukup nak menampung penggunaan air oleh rakyat Selangor, bengong..!!

Lawak jugak bila dengar Faekah kata Boss dia MB kedekut….

Jom kita tengok full version, klik
sini

Monday, January 30, 2012

Ek ELLehh...!! Kalau Wall Street Journal Buat Silap, Dakwalah.....

Kenyataan Anwar Ibrahim dalam wawancara dengan The Wall Street Journal jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata, adalah jelas kenyataan tersebut bertujuan mendapatkan sokongan antarabangsa, khususnya masyarakat dan penyokong-penyokong negara Yahudi itu dalam usaha menghadapi pilihan raya.

Sebelum itu, beliau mengingatkan kembali tindakan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac lalu yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep rejim zionis di Israel. Tindakan ini telah menyebabkan kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

"Dengan kenyataan yang dibuat oleh beliau di The Wall Street Journal itu adalah jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian Anwar Ibrahim mengenai isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri.

"Kenyataan beliau yang menyokong penuh semua tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara itu adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin mendakwa The Wall Street Journal melakukan kesilapan," katanya.

Sementara itu, Anifah menegaskan, kerajaan tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

"Malahan kita telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.

"Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan," katanya.

Apa..!! Penulis Lirik Lagu Awan Nano Juara Lagu Sebenarnya Kawan Baik Rafizi & Chegu Bard....?


Baca cerita sepenuhnya..., klik SINI

Sunday, January 29, 2012

Owh..!! Rupa2nyer Dr Hasan Ali Ade Simpan RAHSIA Anwar Ibrahim....

Nampaknya, Dato Dr Hasan Ali akan menjadi mangsa serangan ‘bersiri’ PAS (dengan arahan Jeneral Anwar Ibrahim). Tukang tembak yang sudah dikenal pasti: Dr Rani, Khalid Samad dan sesekali akan diikuti oleh Azmin Ali.

Azmin dikatakan akan MEMBOGELKAN Hasan Ali sebogel-bogelnya..., termasuk beberapa permohonan yang dikatakan berkepentingan peribadi Hassan Ali kepada MB sebelum ini.

Simpati dengan Hasan Ali, nampaknya dia seorang kena berlawan dengan dua parti sekaligus. Masak....!

Ada yang kata, Anwar jadi cemas kerana ada ‘benda’ yang Hassan Ali tahu..., tetapi tidak pernah didedahkan kepada umum. Kalau didedahkan…maka maruah Anwar akan terburai sekali lagi....

Apa dia agaknya rahsia Anwar yang ada dalam poket D Hasan Ali gamaknya...? Kita kena tunggu lah nampaknya.

Baca sepenuhnya..., klik sini

Pas Tak Bagi Ahli Ahlinya Hadir Program Akidah...

Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.

Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?

"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.

Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.

Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.

Saturday, January 28, 2012

Projek Zuraidah Gagal...!!

Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau dan anggota keluarganya menggunakan duit pinjaman RM250 juta untuk berbelanja mewah dari menggunakan wang tersebut untuk projek lembu fidlot.

Beliau nyata kesal dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan terhadap keluarganya sehingga diberitakan wang dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, kondominium dan paling mengaibkan katanya membeli baju dalam berharga RM16,000.

Wan Shahinur dilihat agak terkejut dengan kehadiran wartawan di Kelab Sultan Sulaiman petang tadi sepatutnya hanya mengadakan perjumpaan dan memberi taklimat kepada dengan sebuah badan NGO yang dikenali sebagai Gabungan NGO-NGO Malaysia.

"Perjanjian pinjaman ini telah ditandatangani. Kegagalan untuk membayar pinjaman hanya akan menyebabkan pihak kami diisytiharkan bankrap malah boleh dipenjarakan. Kami tidak akan lari dari tanggungjawab membayar setiap sen dari pinjaman ini.

Tidak timbul langsung soal penyalahgunaan wang pinjaman," kata Wan Shahinur, yang juga adalah anak kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Pihak NFCorp agak kecewa apabila aset dibekukan. Kami perlu memikirkan cara terbaik untuk menguruskan syarikat. Pihak kami perlu membelanjakan RM400,000 sebulan untuk pemakanan lembu fidlot dan pembayaran adalah dalam bentuk tunai kepada para pembekal.

Masa pihak pengurusan turut terganggu kerana 8 hingga ke 9 jam kami perlu memberi kenyataan di balai polis."

Beliau juga memberi penjelasan keputusan syarikat membeli dua unit kondominium di One Merenung adalah satu keputusan terbaik kerana telah memberi pulangan dalam bentuk sewa dan mempunyai nilai yang tinggi untuk dijual.

"Pembelian kondominium ini jelas tercatit dalam perjanjian MOA (Memorandum of Agreement) yang membolehkan syarikat untuk melabur.

Hartanah ini adalah pelaburan terbaik bagi membolehkan kami membayar kembali pinjaman walaupun projek ini telah ditangguhkan. Pinjaman perlu dibayar" kata beliau.

"Kami berniaga dan bukannya ahli politik," tegas Wan Shahinur yang turut menjelaskan projek ini juga bertujuan untuk mewujudkan rangkaian perniagaan bagi kaum bumiputera.

Dalam pada itu beliau memohon maaf kerana kelewatan untuk mengadakan sesi taklimat yang sepatutnya dijadualkan bermula jam 3.30 petang dan hanya bermula kira-kira dua jam selepas itu.

KL Pos

Jawatankuasa Disiplin UMNO Akan Mengambil Tindakan Disiplin...!

Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin lebih awal ke atas mana-mana pemimpin dan ahli yang cuba mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah proaktif itu bertujuan membendung anasir tidak sihat yang sering kali menjadi duri dalam daging kepada parti sebelum ini.

Katanya, jawatankuasa itu akan diketuai Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi pada masa sama beliau menegaskan mekanisme tindakan disiplin itu berdasarkan proses perbicaraan yang adil.

“Ini kali pertama langkah itu dilaksanakan. Kita tidak mahu berlaku sesuatu selepas pilihan raya baru kita bertindak ambil tindakan sedangkan pada masa itu parti sudah menerima kesan (sabotaj).

“Dalam parti yang besar seperti UMNO memang ada tindakan yang bertentangan dengan etika dan kepentingan parti. Sebab itu kita perlu bertindak lebih awal,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini malam ini.

Ditanya sama ada jawatankuasa itu sudah menerima aduan berhubung tindakan mensabotaj parti, Najib berkata, sehingga kini belum ada laporan mengenainya diterima.

Mengenai tindakan terhadap Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilihat banyak mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan kepentingan parti, katanya, ia akan dirujuk ke jawatankuasa berkenaan.

“Kalau ada apa-apa pun, ini mekanisme yang ada pada kita. Sesiapa yang ini (langgar etika parti), Jawatankuasa Disiplin punyai kuasa untuk bertindak,” ujarnya. Utusan Online

Friday, January 27, 2012

Video Seks Anwar Ibrahim Di Thailand Lebih Happening..! Lebih Ganas....!!

Pada September tahun lalu satu klip video 'pemanas badan' yang sejenak tunjuk seorang lelaki memakai robe dalam bilik hotel tersebar di internet.Namun hingga sekarang kliip penuh aksi berkenaan masih belum muncul.

Al-kisahnya video itu yang didakwa satu lagi aksi melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikatakan dirakam di Bangkok Thailand.

Agendadaily selepas itu menyiarkan pengakuan seorang blogger tempatan yang mengaku sudah menonton video penuh aksi di Thailand itu.Dakwanya ia melibatkan dua orang wanita dengan seorang lelaki.

Trio Datuk T yang mendedahkan viudeo seks pertama di sebuah apartmen di Kuala Lumpur ' tak berbunyi ' apa-apa selepas penyebaran klip sejenak itu.

Namun isu video Thailand itu pasti hangat balik ekoran kenyataan salah seorang anggota trio Datuk T yakni Datuk Shuib Lazim pada Utusan Malaysia Jumaat bahawa beliau sudah menonton video Thailand itu.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay ( Datuk Sharzly Eskay Abdullah) . Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Apa yang menarik Shuib mengunakan istilah ' lebih dahsyat ' mengenai video Thailand itu.

Dalam kenyataannya Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Apa yang jelas tertera pada klip sejenak video Thailand ialah tarikhnya 13 Januari 2011.

Shuib juga mencabar Anwar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks (pertama) yang didakwa membabitkanya seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Katanya sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

Penjelasan Jabatan Audit Negara Mampu Bersihkan NFCorp...!!


Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail menyifatkan penjelasan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara semalam mampu membersihkan nama syarikat itu yang menjadi mangsa fitnah pembangkang.

Sambil melahirkan rasa syukur dan berterima kasih mengenai penjelasan itu, Mohamad Salleh beranggapan kenyataan jabatan tersebut juga dapat membebaskan NFCorp daripada kekejaman pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kata Mohamad Salleh, beliau tidak dapat mengelak daripada berasa hairan mengapa jabatan berkenaan mengambil masa yang lama untuk membuat penjelasan tersebut kepada umum sedangkan isu berkenaan sudah berlarutan agak lama.

''Daripada penjelasan yang dibuat oleh jabatan itu, adalah jelas Laporan Ketua Audit Negara 2010 membuat teguran terhadap kerajaan atau projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan dan bukannya NFCorp," katanya.


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penjelasan yang dibuat Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang semalam bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dibuat jabatan itu adalah pencapaian NFC sejak ditubuhkan pada 2006 dan bukannya NFCorp sebagai sebuah syarikat.

Ambrin dalam kenyataan itu juga berkata, laporan jabatan tersebut tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, 'in a mess' atau penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, projek NFC telah dijadikan isu oleh pembangkang yang menggambarkan seolah-olah ia diuruskan dengan melibatkan penyelewengan termasuk mengaitkannya dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mohamad Salleh menambah, media sepatutnya dari awal tidak terpengaruh dengan permainan pembangkang yang memutar belit fakta dalam isu NFC itu kerana jelas ia adalah satu fitnah.

''Malangnya saya melihat media terikut-ikut dengan permainan pembangkang ini sedangkan kita tahu bahawa mereka berniat untuk menghancurkan negara," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, penjelasan Jabatan Audit Negara itu akan menjadi pemangkin kepada syarikat berkenaan untuk membersihkan imej, seterusnya menguatkan persepsi awam terhadap perniagaan yang dijalankan mereka.

Thursday, January 26, 2012

AUKU Relevan Bagi Orang "Tidak Tahu Jaga Diri..."


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.

"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.

"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini, Khamis.

Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.

"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.

Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering terlibat dengan demonstrasi membantah Auku adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.

"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya.

Mat Bangla Kena Cekup Beromen Dengan Isteri Orang...!!

Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan.

Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.

Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam.

Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.

“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.

Damage Done..! Nama Shahrizat Dah Rosak Barulah Ketua Audit Negara Nak Bersuara...??


Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Gemas, Negeri Sembilan.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam kenyataan hari ini berkata, “Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.”

Katanya, pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut beliau, pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

“Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek,” katanya.

Ambrin menambah, pengauditan bagi projek NFC dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak dan sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

Tambah beliau, analisis audit mendapati objektif projek NFC masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010.

“Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada Mac 2010, sasaran pengeluaran NFC iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Program Pembangunan Usahawan (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN itu adalah pencapaian projek NFC sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

Menurutnya, NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd.

Ambrin berkata, projek itu diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar kepadanya.

Katanya, ini termasuk peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasiannya.

“Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh kementerian itu untuk menyediakan tapak seluas 2,000 hektar bagi projek ini. Kawasan ini kemudian dikurangkan menjadi 800 hektar sahaja,” katanya.

Beliau seterusnya memberitahu, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir tahun 2010, sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk penyediaan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

Ambrin berkata, pinjaman mudah berjumlah RM250 juta juga telah diluluskan kepada NFCorp menerusi satu perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada Disember 2007 dan setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.

Wednesday, January 25, 2012

Benarkah DBKL Izinkan China Doll Berniaga Di KL..?

Panas betul cerita nie...! Klik sini

Rupa2nyer Seorang Gay Australia Diupah Untuk Fitnah Datin Seri Rosmah Mansor...

OK, inilah sebenarnya mamat ANDREW HORNERY ni. Dia ni betul lah adalah kolumnis, tetapi bukan menulis tentang hard news spt isu politik, current affairs atau lain, tetapi keje dia kat suratkhabar adalah MENULIS KOLUM GOSSIP.

HA HA HA HA HA, so dakwaan dia terhadap DS Rosmah itu adalah sebahagian daripada tulisan gossip mamat ni. Dah nama pun gossip, maknanya memanglah susah nak percaya tulisan mamat ni. Reporter gossip je mamat ni. Mamat ini dikenali sebagai GOSSIP QUEEN AUSTRALIA.

Si Andrew Hornery ni, pulak kerap kali disenaraikan sebagai " Australia's Worst Journalist".

Apa yang jadi lebih kelakar adalah, pembangkang dan portal berita mereka gunakan reporter mamat Andrew ini yang latarbelakangnya amat meragukan untuk menjalankan agenda politik mereka. Sungguh terdesak pembangkang sekarang ini, "any Tom Dick and Harry" also can-lah.

Tapi rilek bro, apa yang menarik lagi tentang Andrew Hornery ini atau Andrew "Horny" adalah dia ini dikenali dikalangan dunia gossip Sydney dan kewartawanan Australia sebagai "OPENLY GAY TRANSSEXUAL".

Andrew ini memang kerap menulis tentang apa yang berlaku di dalam dunia Gay dan Lesbian. Itu adalah makanan harian dia. Kalau dah Gay, memanglah dia je yang lebih tahu tentang komuniti Gay jugak. Kalau betul mamat ni Gay, maka pembangkang akan berhadapan dengan masalah yang amat besar.

Pembangkang kena explain kenapa seorang Gay digunakan untuk membantu strategi politik pembangkang yang "Gay Friendly. " Pembangkang juga kena beritahu sama ada Anwar kenal tak dengan mamat Andrew Hornery ni. Kedua-dua lebih kurang sama je haluannya, mungkin kenal kot?

sumber :
Johor Politico

Haa...Haaa..!! Video Klip Lim Guan Eng Kantoi..... Gong Xi Gong Xi


Datuk Seri Najib Yakin BN Rampas Kelantan PRU 13

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) berpeluang untuk merampas Kelantan daripada Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, Najib, yang juga Presiden UMNO melahirkan keyakinan tersebut semasa perjumpaan dengan pemimpin BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini hari ini, sebelum mengakhiri lawatan setengah hari ke negeri ini.

Katanya, Perdana Menteri menyatakan walaupun pertandingan antara BN dan Pas amat sengit, Kelantan merupakan winnable state bagi BN pada pilihan raya umum itu.

"Apabila keyakinan itu keluar daripada mulut Perdana Menteri sendiri, ia menjadi suntikan semangat kepada kita untuk bekerja kuat," katanya kepada Bernama.

Bagi mencapai kemenangan tersebut, Awang Adek berkata, Perdana Menteri mahu anggota dan pemimpin semua parti komponen BN bekerja kuat, termasuk menggerakkan lebih banyak program mendekati rakyat.

"Perdana Menteri mengingatkan kita supaya berjumpa dengan seberapa banyak kumpulan masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, nelayan, petani, guru, bloggers dan golongan profesional, bagi mengenal pasti masalah mereka dan cuba bantu menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri juga mahukan UMNO dan parti komponen BN yang lain, mendampingi "pengundi atas pagar" yang terdiri daripada mereka yang berpendirian bebas. - BERNAMA

"Dalam perjumpaan itu, Perdana Menteri akui Wanita UMNO adalah penggerak utama kita sebab Wanita ini dia banyak masuk ke akar umbi bertemu rakyat melalui Skuad Sayang.

"Jadi Perdana Menteri kata dia nak bantu Wanita kerana dia tahu Wanita kerja kuat dan dengan adanya van Skuad Sayang, ia akan memberi kesan yang lebih kepada Wanita untuk mendampingi pengundi," katanya. - BERNAMA

Tuesday, January 24, 2012

Kolumnis Sydney Morning Herald Pertahan Dakwaan Rosmah Belanja RM325,000

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.



Baca berita penuh....;

The big spending habits of another member of Prime Minister Najib Abdul Razak’s family caught the attention of the Australian media again today - this time in Sydney.

In the 'Private Sydney' section of the Australian daily Sydney Morning Herald, columnist Andrew Hornery called Rosmah the “first lady of shopping”, allegedly for spending A$100,000 (RM325,000) at a Sydney boutique.

Quoting Sydney designer Carl Kapp, the columnist reported that Kapp’s “biggest customer” had spent the astounding amount during a “private holiday” there “a little more than a fortnight ago”.

According to the column, Rosmah and Najib had during the holiday stayed at the A$20,000 (RM65,100) a night penthouse (photo below) at the newly-minted five-star Darling Hotel.

Headlined ‘Super Kerr Now a Model Citizen’, the column also reported that Rosmah had requested “valet parking for her limo” and was flying Kapp out to Malaysia for fittings of the clothes she ordered.

“(Kapp said) he was being flown to Malaysia next month with a collection of ‘toiles’ for (Rosmah) Mansor to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants and tops.

“All made from the finest silk and in a variety of exotic colours and prints, Kapp said his new muse had ‘a very good eye for colour and she likes a lot of prints’,” the prominent daily’s lifestyle column reported.

PM’s Wife ‘Absolutely Gracious’

Rosmah had recently been under fire for allegedly purchasing a diamond ring worth RM24 million, which she has vehemently denied, and for owning several Hermes handbags worth thousands of ringgit.

“In recent months, (Rosmah) Mansor... has been forced to deny reports she had bought a US$24 million diamond and a US$200,000 (RM621,000)-plus crocodile skin, bejewelled Hermes handbag," said Hornery in his SMH column.

“Kapp, who has a keen eye for such bags, having worked for Hermes, said he did not see any such handbag when he met her."

The designer also added that Rosmah is nothing like her critics accuse her of being but was “absolutely gracious and easy to deal with”.

It noted that the alleged shopping spree of the PM’s wife was first reported on fashion blog Flockwriter, in a Jan 17 posting.

Kapp (below) was quoted as saying that he had also met Najib, who was “relaxing, snuggling up and looking very happy together” with his wife.

“There, surrounded by samples, fabric swatches, sketches and Rosmah’s many attendants, who appeared to be gearing up for a New Year’s Eve party, Kapp was introduced to a casually-attired Malaysian Prime Minister Najib Razak,” it read.

Malaysiakini has contacted the PM’s office for a response.

Last October, Najib’s daughter, who was not named, was reported by the Western Australian of having spent lavishly at David Jones in Perth during the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM).

The daily later issued a correction to the report, which cited anonymous sources, after Najib said that his daughter was not in Perth at the time.

Rosmah Sangkal Dakwaan Berbelanja Mewah

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Monday, January 23, 2012

Tak Habis Habis Nak Fitnah Datin Seri Rosmah Mansor.....

Macam-macam perangai betul orang pembangkang dan portal berita belaannya. Puncanya tak puas hati 2 perkara - kes Anwar dipohon untuk rayuan ke peringkat lebih tinggi dan Karpal Singh diarah membela diri oleh Mahkamah Rayuan kerana menghina Sultan Perak pada 2009 (walaupun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi).

Justeru, nama Datin Sri Rosmah sekali lagi dijadikan bahan oleh MalaysiaKini (portal berita belaan pembangkang) kononnya berbelanja mewah di Australia baru-baru ini. Akalnya, untuk mencuit Datuk Seri Najib, kononnya Najib macam suami lain yang akan melatah bila maruah isterinya dipersendakan.

Ini bukan kali pertama membabitkan modus operandi sama – paper Australia, Rosmah shopping sakan. Ia pernah berlaku dulu semasa mesyuarat Ketua-Ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) berlangsung Australia dimana Datin Sri dituduh berbelanja sekian ratus ribu ringgit bersama anak perempuannya oleh sebuah akhbar Australia.

Akhirnya terbukti pun perkara itu tidak benar bila akhbar itu sendiri meminta maaf kepada Najib dan isteri.

Tapi ada ke sekelumit permohonan maaf oleh puak-puak ini kepada Najib dan isteri? Haram takde, tapi dalam masa yang sama mereka juga orang yang menjaja kesana sini sebagai lebih islamik dari orang lain.

Percayalah, penulis tahu Najib bukan orang begitu. Jangan tanya macam mana penulis tahu tapi percayalah penulis tiada ada sebab untuk berbohong mengenai perwatakan Najib dan isteri. Mereka adalah orang baik-baik yang tidak mudah melatah dengan tohmahan sedemikian.

Malah kalau tak keterlaluan penulis katakan Rosmah sendiri sudah lali dengan segala tohmahan yang dilemparkannya. Najib pula ada tahap kesabaran yang terlalu tinggi sehinggakan peliwat macam Anwar yang punya kulit biawak pun tidak terlawan dengan kesabaran Najib.

Pernah satu ketika Anwar hilang sabar bila diaju soalan bertalu-talu dalam soal skandal video seksnya dengan pelacur China. Najib? Bila yang kita ada lihat beliau hilang sabar bila isterinya difitnah pembangkang?

Macam-macam perkara buruk Anwar pernah labelkan pada Datuk Sri Najib dan Datin Sri Rosmah. Dari pengkhalwat, penzina dan pembunuh, apa sahaja yang Anwar tak pernah label kepada kedua orang yang baik-baik ini.

Pada balaci, Anwar mungkin kelihatan baik kerana pelihara isteri dan anaknya bertudung tapi kalau harap bertudung saja sedangkan mulut lancar mengata dan menipu orang buat apa? Contoh jam Omega. Sehingga kini masih tidak ditunjukkan walaupun dakwanya ada dalam simpanan di rumah dan sidang akhbar yang mengatakan jam tersebut ada dalam simpanan pun diadakan di rumah itu sendiri!!

Rosmah mungkin dapat dosa tak bertudung tapi Anwar, isteri dan anaknya dapat dosa berbohong dan memfitnah orang, itu lagi haru.

Baca seterusnya..., klik sini

Panaass...! Farah Ashikin TIDAK Menafikan Gambar Ini Adalah Dirinya....

“Memang benar itu gambar saya. Tapi bukan sebab gambar tu saya bercerai dengan Hattan. Saya tahu ramai yang percaya dan sudah tiba masanya untuk saya menjelaskan perkara yang sebenar.

“Itu gambar peribadi saya yang diambil lebih kurang lima tahun lalu. Kenapa setelah saya kahwin ada orang nak sebarkan gambar tu?

“Saya ada maruah dan keluarga. Bila tersebar gambar berkenaan memang saya malu dan reputasi saya jatuh. Orang tak tahu apa yang terjadi. Orang dengar dan orang percaya bulat-bulat.

“Lagi satu saya bukan artis! Saya hanya orang biasa dan tak sepatutnya mereka siarkan gambar berkenaan. Itu cukup mengaibkan saya,” kata Farah, ibu tunggal kepada dua orang anak.

Menurut Farah, walaupun dia redha dengan apa yang berlaku namun dia tetap sedih dengan perceraian itu.

“Saya sangat sedih dengan perceraian kami tetapi saya optimis dengan perjalanan hidup. Saya nak orang tahu yang saya tak menyesal berkahwin dengan Hattan.

“Biarpun banyak dugaan yang datang saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Cuma saya kesal bila ada yang menjaja cerita kami bercerai talak tiga di awal perkahwinan dulu.

"Gambar yang tersebar itu bukan punca kami bercerai. Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenai itu.

" Apa yang ingin saya beritahu antara kami berdua memang tak ada persefahaman dan jalan yang terbaik adalah berpisah,” tegas Farah Ashikin, bekas isteri Hattan dalam satu pertemuan dengan Pancaindera di butik Amir Luqman di Plaza Damas, Kuala Lumpur Khamis lalu.

Farah dan penyanyi Hattan telah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Rumahtangga yang dibina oleh pasangan ini pada 11 November tahun lalu cuma bertahan dua bulan selepas pelbagai spekulasi tersebar mengenai perceraian mereka seminggu setelah mereka bernikah.

Baca sepenuhnya..., klik SINI


Sunday, January 22, 2012

Chegu Bard Bawak Hindraf Ceramah Waktu Maghrib Di Kampung Melayu.... Dah Jadi Kecoh, Umno Jugak Yang Salah..?

Kalau inilah caranya PKR cuba mendapatkan kuasa untuk menjajah Putrajaya, nampak gayanya tidak lama lagi akan tercetuslah Perang Saudara di Malaysia!!!

Buat kacau di kawasan bermajoriti Melayu, bising dengan ceramah pada ketika orang Melayu-Islam sedang bersolat pada waktu maghrib, kemudian, bila ada orang Melayu yang marah, katakan sahaja bahawa UMNO adalah pencetus rusuhan dan kekacauan!!!

Baca seterusnya..., klik sini

Ramai Dah Puas Hati Dengan Penjelasan NFC....


Wakil daripada 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berpuas hati dengan penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh perbadanan itu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mewakili NGO tersebut berkata, keputusan ini dicapai selepas mendengar penjelasan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dalam pertemuan selama dua jam setengah bermula pada pukul 9.30 pagi di Hotel Putra di sini hari ini.

”Sebelum ini kami turut keliru dengan isu NFC, tetapi selepas mendengar taklimat dan penjelasan daripada pengerusi eksekutif NFC sendiri, kami berpuas hati dan menerima penjelasan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat tersebut.

Antara NGO yang hadir ialah Majlis Usahawan Malaysia, Persatuan Anak Kelantan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Perundingan Malaysia dan Persatuan Pemikir Profesional Malaysia.

Ibrahim berkata, mereka juga akan menerima segala keputusan yang dibuat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes itu.

Isu NFC, yang terlibat dalam projek ”Lembah Daging” di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import, menjadi isu apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lepas menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Berikutan dengan laporan Audit itu, pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana tersebut, terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang.

Saturday, January 21, 2012

Amboi Eksyennya Si Zuraidah Nie...!!

Tidak gentar dengan saman fitnah RM100 juta oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil, PKR ikrar untuk mendedahkan lebih banyak skandal berkaitan dengan kontroversi projek Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ketua Wanita PKR, Wanita Zuraida Kamaruddin berkata saman fitnah tersebut tidak akan menghalangnya dan pengarah strategi parti itu, Mohd Rafizi Ramli daripada mendedahkan lebih banyak skandal mengenai projek tersebut.

Beliau "mengalu-alukan" Shahrizat untuk membawa kes tersebut ke mahkamah kerana ia akan memberi ruang yang lebih besar kepada rakyat untuk menghakimi skandal tersebut.

"Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan tampil dan bekerjasama dengan kami untuk membawa lebih banyak bukti dan menjadi saksi dalam kes tersebut," katanya.

Selepas berita (saman) tersebut tersebar, tambahnya, ramai yang menawarkan diri untuk memberi lebih banyak maklumat yang merupakan maklumat baru pada pihaknya.

Ah Jib Gor Bagi ANG PAU RM2.5 Juta Kepada SMJK Chong Hwa... Berbaloi Ker Nak Dapat Undi Cina Untuk BN...??

Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chong Hwa Jalan Gombak di sini bagi pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah meluluskan model pembangunan projek bagi menggantikan bangunan sekolah yang sudah lama.

“Peruntukan yang diberikan itu merupakan sebahagian daripada sumbangan kerajaan melalui Belanjawan 2012 untuk sekolah jenis kebangsaan Cina.

“Sebagai Ah Jib Gor (abang), saya nak beri angpau kepada sekolah ini sebagai sumbangan ikhlas kepada rakyat,” katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam Program Turun Padang ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalannya, Datuk M. Saravanan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Pengerusi BN Wangsa Maju, Datuk Mohd. Shafei Abdullah.

Najib turut mengumumkan sambutan baik masyarakat Cina terhadap akaun laman sosial Facebook bahasa Cinanya iaitu ‘Ah Jib Gor’ yang bermaksud Abang Najib mempunyai 12,000 pengikut selepas tiga hari dibuka.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, sokongan berterusan daripada rakyat penting untuk memastikan program transformasi yang dirancang kerajaan dilaksana dalam usaha negara mengejar status negara maju.

Friday, January 20, 2012

Terima Kasih Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail...!!

Peguam Negara pada jam 4.15 petang tadi memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan mengenai kes Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Rayuan tersebut difailkan sebentar tadi disaat akhir tempoh 10 hari yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Anwar dalam reaksi awal selepas keputusan mahkamah diumumkan pada 9-01-2011 yang lepas mengakui masih belum boleh menarik nafas lega walaupun dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut. Katanya, masih terlalu awal untuk berkata sesuatu kerana pihak pendakwa masih berpeluang mengemukakan rayuan.

“Sekarang ini masih terlalu awal untuk menyatakan apa-apa kerana peluang untuk pendakwa meneruskan (kes) masih ada."

Nampaknya apa yang Anwar gusarkan sebelum ini menjadi kenyataan! Pusingan kedua bakal bermula, Hak Saiful sebagai rakyat Malaysia tidak harus diabaikan. Mudah-mudahan Saiful akan mendapat pengadilan yang sewajarnya nanti di Mahkamah Rayuan.

InsyaAllah....

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi Memang Bijak...!!

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau bersetuju dengan cadangan seorang bekas pemimpin tertinggi PAS supaya kedua-dua parti berdialog demi kebaikan negara.

Beliau berkata Umno mungkin bersetuju menyertai dialog itu sekiranya perbincangan berkenaan lebih menjurus kepada membentuk perpaduan umat Islam di negara ini.

"Sebagai salah seorang pemimpin Umno saya bersependapat dengan Nasharudin (bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa) kerana ia akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Khamis.

Nasharudin, ketika menjawab soalan peserta Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global di sini kelmarin berkata isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, ia merupakan cadangan yang baik demi perpaduan ummah dan kepentingan menegakkan perjuangan syiar Islam di negara ini.

Katanya, kepentingan ummah dan Islam mestilah mengatasi kepentingan politik parti kumpulan tertentu kerana ia akhirnya merugikan orang Melayu dan umat Islam sendiri.

Beliau berkata, selama ini ada pemimpin parti pembangkang termasuk PAS lebih mementingkan soal parti daripada kepentingan sebenar umat Islam di samping menuduh Umno tidak melaksanakan tuntutan Islam.

Menurutnya, sekarang sudah sampai masanya pemimpin berusaha menyatukan pemikiran, hati dan tindakan umat Islam di negara ini bagi mencapai matlamat mengangkat martabat agama berkenaan.

"Umno sedia berdialog dengan PAS berkaitan isu Islam di negara ini jika parti itu benar-benar ikhlas tanpa mengenakan syarat tertentu dan memikirkan keuntungan politik sesetengah pemimpin mereka," tegasnya.

Ahmad Zahid berkata sebagai umat Islam yang cintakan perpaduan, keamanan dan kesejahteraan, umat Islam mestilah mengamalkan sikap, pemikiran dan tindakan yang sederhana sekiranya mahu dihormati penduduk dunia yang lain.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan yang dianggap baik itu perlu mendapat persetujuan Majlis Tertinggi Umno sebelum keputusan dibuat sama ada Umno bersetuju atau sebaliknya dialog itu diadakan....

Aku Pelik Laa..! Bila Bercakap Tan Sri Khalid Gagap.., Tapi Bila Karaoke Tak Pulak Gagap...


Thursday, January 19, 2012

Kesian Sangat Kat Saiful..., Tempoh Buat Rayuan Dah Nak Tamat ..!!


KENYATAAN MEDIA

1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.

2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.

4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.

5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.


AZLAN MOHD LAZIM
18 Januari 2012

Datuk Seri Utama Rais Yatim Seronok Makan Durian..., Strategi Anwar Pula Memakan Diri..!!

Tindakan Anwar Ibrahim mempergunakan media asing sebagai platform untuk memburukkan Malaysia di luar negara dilihat memakan dirinya sendiri.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keadaan tersebut disebabkan ketelusan yang didukung media berkenaan dalam menilai kesahihan kenyataan Ketua Pembangkang itu kini.

“Tindakan Anwar menjaja Malaysia sebagai negara tidak baik menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak mengenang jasa setelah diamanahkan sebagai seorang pemimpin suatu waktu dulu dan pernah menerima habuan daripada negara.

“Oleh itu jika tohmahan terhadap negara diteruskan, dengan sendirinya telah memalapkan imej Anwar, sekali gus reputasinya akan turun serta lama-kelamaan ramai pihak tidak akan mempercayainya.

“Penilaian imej Anwar ini adalah seperti juga dikatakan oleh majalah The Economist dan beberapa pihak yang begitu telus dan lantang pandangan mereka terhadap pemimpin seperti itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pesta Durian Bersama Media Asing di Kompleks Kraf di sini hari ini.

Antara yang hadir Ketua Biro The Globe and Mail di Beijing, Mark Mackinnin, media-media asing dan ketua-ketua pengarah jabatan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun Ketua Pembangkang itu baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Seperkara lagi, kata beliau, sepatutnya Anwar berterima kasih kepada sistem kehakiman negara atas pembebasan beliau berhubung kes liwatnya tempoh hari.

Namun sehingga kini beliau gagal menyatakannya dengan jelas. Ini menunjukkan Anwar tidak percayakan sistem tersebut.

“Kita harapkan masyarakat boleh menilai dan menzahirkan dalam bentuk yang konkrit terhadap reputasi serta pimpinan seperti ini.

“Kerja-kerja baik yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam situasi kini kian lama kian baik dan ini seharusnya diterima oleh masyarakat khasnya berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai bentuk bantuan selepas ini,” kata beliau.

Siapa Rbf Online..? Wardina Safiyyah Buktikan Husam Musa Tersilap Orang....!!

Pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah menjemput penulis blog ruangbicarafaisal.blogspot.com iaitu Tun Faisal Ismail Aziz menemuinya jika ingin mengetahui sama ada kejadian samun yang berlaku terhadapnya baru-baru ini adakah lakonan atau pun kisah benar.

Wardina berkata, dia tidak mempunyai sebarang keperluan untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno itu seperti yang diminta.

"Jika dia mahu jawapan kepada semua persoalan yang bermain di dalam mindanya sila datang berjumpa saya. Tidak ada sebab mengapa saya perlu membalas dengan menulis kenyataan saya untuk dia meletakkan jawapan saya itu di dalam blognya.

"Biarlah orang ramai sendiri yang membuat penilaian terhadap semua perkara yang ditimbulkan kerana saya sudah penat untuk bercakap mengenai hal tersebut," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Sebelum ini kita dah pun dengar berita mengenai Blogger Rbf yang disaman oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Klik sini

Wednesday, January 18, 2012

Kuasa Ketiga Politik: Dr Hasan Ali, Dr Harun Din, Ustaz Nasa....

Pendekatan Nik Aziz Nik Mat yang kononnya hanya menekankan Islam semata-mata, sebagai pokok perjuangan PAS kini semakin goyang. Goyangan itu berlaku akibat gegaran bawah tanah yang semakin kuat....!

Jika diukur dari segi ukuran Richter ia lebih kurang berada pada skala 7.0. Perlu diingat skala magnitud itu semakin naik. Belum dipasti lagi bilakah ia akan mencetuskan gelombang tsunami atau letupan gunung berapi.

PAS kini pada dasarnya sudah terbahagi dua. Sejak pemilihan pada muktamarnya Jun tahun lalu, pepecahan parti itu semakin melebar. Faktor Dr. Hasan Ali jelas memainkan peranan yang signifikan.

Nik Aziz sebaliknya mempunyai perjuangan yang sudah tidak jelas. Ketaksubannya kepada Anwar Ibrahim dan DAP menyebabkan perpecahan itu semakin membesar....

Nik Aziz selaku Mursyidul Am parti, setaraf Ayatullah dalam sistem pemerintahan Iran, semakin banyak membuat kesilapan.

Pendekatan Islamnya kini sudah dipecahkan oleh beliau sendiri apabila bersekongkol dengan cauvinis DAP dan kultus Anwarisme, PKR.

Nik Aziz sejak berdekad enggan menerima UMNO kerana didakwanya berpendirian assabiyah, atau kebangsaan.

Penganalisis politik melihat Nik Aziz kini sudah menjadi sebagai satu liabiliti. Nik Aziz yang mempunyai kebencian yang amat mendalam terhadap UMNO, sejak sekian lama hanya menyuntikkan agenda peribadinya ke dalam PAS....

Di dalam hati Hadi Awang, selaku Presiden PAS, beliau tidak begitu minat dengan cara Nik Aziz itu. Walaupun Hadi dikenali sebagai seorang yang keras ketika berpidato, tapi beliau sebenarnya amat rasional dan lembut.

Beliau tidak selesa bekerjasama dengan DAP dan juga Anwar Ibrahim... Apa yang berlaku selama ini hanyalah silap mata, wayang kulit dan sandiwara semata-mata.

Persoalannya apakah tindakan Hadi yang memecat Dr Hasan adalah disengajakan..? Hadi juga dikatakan salah seorang pendokong kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS..? Beliau tahu Dr Hasan berupaya menggerakkan semula gelombang itu.

Saya difahamkan, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dulu, Hadi dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah di Seri Perdana untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Tetapi cadangan itu kemudiannya diketepikan atas bantahan Nik Aziz dan sekutu-sekutunya.

DAP sebaliknya, yang sedang menjalankan perancangannya secara halus dan berstrategik, sebenarnya amat mencurigai Hadi. Mungkin mereka tahu apa yang berada di dalam hati Hadi.

DAP sebalikya mahu menjaga Nik Aziz agar orang tua itu terus dengan sikapnya itu. Disebabkan itu, mungkin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew dihantar menemui Nik Aziz secara peribadi di kediaman orang tua itu di Kota Bharu, sebaik-baik sahaja Pakatan Pembangkang menang besar dalam PRU-12 dulu?

Kuan Yew juga dalam masa yang sama pergi menemui MB Perak (semasa negeri itu di bawah pegangan DAP), dan juga melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Apakah Singapura, secara rasmi mengiktiraf ketiga-tiga negeri itu, hasil lawatan-lawatan tersebut...?Tapi itulah juga caranya negara-negara kuasa besar melakukan eksesais diplomasinya jika sesuatu rejim baru yang disukainya naik atau mengambil alih sesebuah kerajaan.

Sebagai orang tua yang lurus, kita tidak pasti sama ada Nik Aziz faham semua itu. Namun, orang-orang Pas melihatnya dengan penuh berhati-hati. Bukan semua di dalam parti itu, yang berada di atas saf kepemimpinannya bersetuju dengan cara Nik Aziz itu.

Dr Harun Din, Timbalan Nik Aziz, selaku Timbalan Mursyidul Am mempunyai pemikiran yang tersendiri. Bekas Timbalan Presiden PAS dua penggal, Nasharudin Mat Isa (aka Ustaz Nasa) juga mempunyai perasaannya yang tersendiri. Tidak terkecuali Hadi dan mungkin juga, Azizan Razak sendiri?

Perasaan dan pemikiran mereka juga semakin terserlah sebaik-baik sahaja selesai pemilihan parti 1-5 Jun tahun lepas apabila melihat kumpulan Anwarinas, mengambil alih kepemimpinan dan mengetepikan kumpulan ulama, yang selama ini menjadi tulang belakang Pas. Pemuda juga, yang dipimpin oleh segolongan ulama berpendidikan Timur Tengah, diketuai oleh Nasrudin Hassan juga turut terasa hati.

Kumpulan Anwarinas ini ialah kumpulan yang dikatakan mempunyai pengaruh luaran yang cukup signifikan dengan Anwar Ibrahim. Husam Musa, orang kanan Nik Aziz yang juga anak emasnya dan bercita-cita menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan juga mempunyai perasaan yang cukup mendalam terhadap Anwar.

Selain Husam, Kamaruddin Jaafar (KJ), bekas Setiausaha Agung Pas dikenali sebagai orang yang terlalu rapat dengan Anwar. Beliau juga dikenali sebagai pemikir Anwar melalui Institut Kajian Dasar (IKD), serta menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas.

Ya benar, KJ ialah mata dan telinga kepada Anwar. Diperkatakan bahawa setiap perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat tertutup Pas, pasti akan diketahui oleh Anwar dalam tempoh yang singkat. Secara tidak langsung, Anwar menguasai Pas. Inilah sebenarnya antara parasit yang dimaksudkan oleh Hasan.

Hasan, yang juga salah seorang yang strategis dan pernah terbabit dalam Biro Tata Negara (BTN) amat mengetahui mengenai perkara-perkara ini. Oleh itulah, Hasan perlu dimatikan.

Dalam pemilihan lalu, beliau tiada pilihan selain menarik diri. Ekoran itu jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor juga digugurkan, secara paksa. Kemuncaknya jawatan Exconya yang menjaga hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu juga digugurkan.

Semasa memegang jawatan itu hubungan Hasan amat akrab dengan DYMM Al-Sultan Selangor. Ini amat-amat tidak disukai oleh DAP. Pada hari Hasan – satu-satunya dalam barisan Exco Selangor yang dianugerahi dengan pingat Datuk bulan lepas, DAP cukup marah.

Selangor yang dikuasai oleh DAP mahu Hasan disingkirkan segera. Jika KJ menjadi mata dan telinga Anwar dari dalam Pas, DAP beranggapan Hasan pula sebagai duri dalam daging kepada DAP dalam Kerajaan Selangor.

Pergerakan Hasan semasa dalam Exco diperhatikan. Tingkah lakunya diawasi. Malah beliau tidak diundang dalam perbincangan yang melibatkan hal-hal strategik yang bertentangan dengan hak orang Melayu dan Islam.

Namun sebagai seorang Exco, beliau amat dihormati oleh pegawai-pegawai atasan kerajaan Selangor. Banyak maklumat yang berada di bawah pengetahuan beliau. Banyak rahsia songsang kerajaan Selangor pimpinan DAP disalurkan terus ke dalam tangan Hasan.

Kini beliau berada di luar kerajaan Selangor. Beliau mahu menghancurkan parasit yang berada dalam Pas. Beliau mahu membebaskan Selangor daripada penguasaan dan cengkaman DAP.

Beliau kini akan bergerak atas nama Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Tiga perkataan ini akan menjadi Kuasa Ketiga bagi beliau.

Dr. Harun Din yang selama ini dikenali sebagai seorang pemimpin Pas sederhana yang percaya kepada soal perpaduan Melayu akan bersama-sama dengan gelombang ini. Selagi beliau masih di dalam Pas, beliau akan cuba mengubah pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz itu.

Ustaz Nasa, kini AJK Pas Pusat dilantik dan Ahli Majlis Syura juga akan turut memainkan peranan penting dalam Kuasa Ketiga ini. Ahli-ahli Parlimen Bebas lain seperti Zulkifli Noordin akan turut serta.

Selepas Kuasa BN, Kuasa Pembangkang, Kuasa Ketiga ini akan bergerak bersama-sama NGO-NGO Melayu Islam yang lain atas misi penyatuan ummah. Mereka percaya tanpa penyatuan ini, DAP akan menguasai negara ini.

Hasan tidak akan membenarkan DAP menguasai negara ini. Beliau sudah tahu siapa itu DAP. Beliau yang berada dalam Exco Kerajaan Negeri Selangor selama lebih tiga tahun amat arif terhadap taktik licik yang dimainkan oleh DAP. Beliau tidak mahu orang Melayu terperangkap.

Orang Melayu di atas pagar akan menjadi sasaran utama gelombang ini bagi memastikan kuasa itu tercapai. UMNO dan Pas sebenarnya diharapkan akan menjadi broker kuasa utama di negara ini semula atas nama tiga cabang tersebut.

Saya difahamkan satu perancangan sedang diatur untuk melancarkan gelombang ini tidak lama lagi, mungkin Februari ini. Kuasa Ketiga ini akan membawa gelombang yang tidak boleh dilakukan oleh Pas, yang terlalu menjaga hati DAP dan Anwar atau UMNO yang kini berdiri atas pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaannya dengan bangsa-bangsa lain.

Gelombang ini akan mendapat sokongan padu daripada golongan ulama dan para akademik. Marilah kita tunggu wave, kebangkitan gelombang ini. Hasan ternyata semakin bertenaga dan garang. Beliau sedar apa yang berlaku dalam Pakatan Pembangkang kini tidak memihak kepada Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kita pun sebenarnya nampak perkara itu. Hasan akan menjadi vehicle untuk bergerak ke arah itu. Dan memperbetulkannya.

Kesimpulannya, corak politik Malaysia akan lebih menarik lagi. Kedatangan Kuasa Ketiga ini tepat pada masanya sebelum PRU-13 yang kini berada di hujung jalan....

[Oleh: Datuk Zaini Hassan]

Siapa Upah Azwan Ali Untuk Hina & Serang Peribadi Ummi Hafilda..?