Monday, July 4, 2011

Kalau Pemikiran Pembangkang..., Memanglah Tak Reti Bahasa...!


Seperti biasa, Pakatan Rakyat khususnya PAS mempunyai versi mereka yang tersendiri dalam setiap isu dan mereka tidak segan-segan untuk menunjukkan bagaimana tahap pemikiran mereka yang begitu rendah dalam menanggapi sesuatu isu.

Titah Tuanku Yang Dipertuan Agong sangat jelas iaitu baginda tidak mahu Demonstrasi BERSIH 2.0 diadakan kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Tetapi para pencacai dan pemimpin PAS segera mewuar-wuarkan bahawa Tuanku Yang Dipertuan Agong tidak menghalang Demonstrasi bahkan mahu kerajaan berunding dengan penganjur BERSIH 2.0, sekaligus mereka cuba mengatakan bahawa Tuanku Yang Dipertuan Agong berada di sebelah mereka.

Pada tahun 2007, BERSIH telah melakukan penipuan. Warna kuning digunakan kononnya untuk mempertahankan perlembagaan dan Institusi Raja-Raja Melayu, tetapi apa yang berlaku selepas itu ialah para pemimpin Pakatan Rakyat begitu bersungguh-sungguh cuba untuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu.

Begitu juga apabila KDYM Sultan Pahang menitahkan agar rakyat tidak terbabit dalam demonstrasi BERSIH 2.0, para pencacai segera menempelak baginda sultan kononnya baginda sultan tidak faham Perlembagaan Malaysia. Mereka sahaja yang lebih faham berbanding orang lain.

Ia samalah seperti mereka mengatakan polis tidak berhak menangkap dan menghalang perhimpunan seperti BERSIH 2.0. Kononnya perhimpunan seperti itu adalah berdasarkan dan dijamin oleh Perlembagaan. Yang mereka tidak nyatakan ialah, polis berhak menghalang dan mencegah sebarang perhimpunan yang menimbulkan kekacauan kepada majoriti rakyat.

Dan secara jelas sememangnya BERSIH 2.0 mengganggu ketenteraman awam apabila ia akan dilangsungkan di kawasan-kawasan perniagaan dan aktiviti ekonomi seperti di hadapan Masjid Jamek Kampung Bharu, di hadapan Sogo Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka!

Nampaknya para pemimpin Pakatan Rakyat sudah terdesak sangat sehingga mereka sanggup memutarbelitkan sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong!

Yang pastinya KDYMM Yang Dipertuan Agong sudah tentu tidak menyebelahi sesuatu yang akan menyebabkan kekacauan dan mengganggu ketenteraman rakyat Malaysia, seperti yang dititahkan baginda secara jelas dalam Titah Khas yang dikeluarkan untuk siaran media! [ taken from Blogger fren, The Flying Kickplease
click here]

No comments:

Post a Comment