Monday, July 25, 2011

Bar Council Nak Bising Ape Lagi..? Teoh Beng Hock Bunuh Diri.., Kes Sosilawati Pulak Kenapa Diam..??

Perhatikan bagaimana reaksi yang ditunjukkan oleh Majlis Peguam terhadap kematian Teoh Beng Hock yang dirumuskan sebagai membunuh diri. Perhatikan juga bagaimana Majlis Peguam bertindak bagi pihak DAP untuk menyalahkan SPRM dan Kerajaan Malaysia atas tindakan Teoh Beng Hock membunuh diri.

Dan akhir sekali perhatikan juga bagaimana LAYANAN YANG DIBERIKAN oleh Majlis Peguam kepada kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiyah bersama tiga orang rakannya yang lain oleh bekas ahli Majlis Peguam sendiri!!!

Dari awal kewujudan kes pembunuhan kejam melibatkan perbuatan ahli Majlis Peguam itu, sehinggalah sekarang, Majlis Peguam kurang memberikan respons. Barangkali salah satu sebab mengapa Majlis Peguam kurang memberikan respons adalah kerana yang tertuduh sekarang adalah bekas ahli mereka sendiri manakala yang dibunuh dengan kejam sehingga mayat mereka dilupuskan tanpa sebarang kesan, bukannya ahli DAP.

Kalau hendak dikatakan Majlis Peguam bertindak rasional kerana enggan mencampuri urusan perundangan yang sedang berlangsung bagi kes tersebut, Majlis Peguam telah berulang-ulang kali mencampuri kes perundangan yang melibatkan Teoh Beng Hock dan yang paling ketara adalah kes Anwar Ibrahim.

Majlis Peguam sibuk membicarakan tentang ketelusan dan keadilan, tetapi Majlis Peguam sendiri tidak pernah mengamalkan ketelusan serta keadilan dalam kes-kes yang melibatkan ahli-ahli mereka. Paling lebih pun, Majlis Peguam hanya mampu mengutarakan jumlah ahli yang telah dibuang dan dipecat daripada menjadi ahli kerana terlibat dalam kesalahan undang-undang.

Sangat berlawanan dengan perjuangan Majlis Peguam menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang telah membunuh diri, berbanding Sosilawati Lawiyah yang dibunuh oleh seorang bekas peguam yang pada ketika melakukan jenayah kejamnya, masih lagi merupakan salah seorang ahli Majlis Peguam.

Kalau pemidang digantung di bangunan Majlis Peguam, mengapa tiada pula tuntutan atau perbuatan yang serupa yang boleh dikaitkan dengan keadilan terhadap Sosilawati dan ketiga-tiga orang kawannya yang dibunuh serta mayat mereka dilupuskan oleh suspek?

Hanya kerana yang menjadi mangsa bukan ahli DAP? [taken from blogger fren,
The Flying Kick]

No comments:

Post a Comment