Wednesday, July 20, 2011

Mahfuz Omar Tengah Slow Talk Nak Tak Over Jadi Mb Kedah…?


Pas khususnya kerajaan negeri Kedah di bawah Menteri Besar, Datuk Azizan Razak kini berada dalam “sindrom penafian” apabila satu demi satu kepincangan pentabiran mereka makin kian terdedah.

Selain kegagalan membentangkan bukti serta fakta berkenaan melunaskan janji-janji yang terkandung dalam manifesto parti itu pada pilihanraya umum lalu, pentadbiran “flip flop” kerajaan pimpinan Pas juga semakin menjadi bualan umum.

Terbaru tindakan kerajaan Pas Kedah berdolak dalih dalam isu larangan operasi pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Samaada soal karaoke, soal judi atau segala-galanya, jika satu masa dulu mereka hentam kerajaan BN kononnya kita mengalakkan maksiat dan sebagainya, hari ini cakap-cakap sebegitu sudah tidak timbul lagi.

“Cuma mereka tidak mahu mengakui dalam masyarakat majmuk ini, apa yang BN buat adalah perkara yang betul. Contohnya apabila mereka nak melaksakan apa yang mereka laungkan dahulu sebelum mereka memerintah, berhubung pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan, hari ini berbalik kepada kebiasaannya juga, tiada penutupan sepanjang Ramadhan ini,”, demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Haji Tajul Urus Haji Mat Zain.

Ini tegasnya membuktikan pembangkang khususnya Pas hanya bersandiwara dan perjuangan Islam yang dilaungkan selama ini hanya retorik kosong.

“Bila sudah terjerat mereka mereka mula berdolak dalih. Banyak keputusan yang mereka buat flip flop… kejap boleh kejap tak boleh. Mereka sekarang berada dalam sindrom penafian”, katanya kepada UMNO-Online.

Kerajaan Pas kata beliau lagi sebenarnya cuba menonjolkan pentadbiran Islam tetapi apabila didesak dan ditekan rakan pakatan mereka terutama DAP, Pas terpaksa buat pusingan U kononya pentabiran mereka bersifat tolaransi.

“Apa yang harus direnungi oleh rakyat terutama di negeri ini sebenarnya ialah Pas selama ini telah membuat pembohongan yang nyata khususnya soal negara Islam tapi sekarang tiada negara Islam.

“Pas awal-awal lagi bercakap soal hudud, tetapi hari ini Pas sudah tidak berani lagi bercakap soal hudud,” ujarnya lagi.

Tambahnya, apa yang dibuat oleh Pas hari ini sebenarnya menuruti apa yang telah dilakukan BN sebelum ini cuma mereka sekarang malu untuk mengakui.

”Jadi ternyata dasar pentadbiran BN selama ini yang paling sesuai dan adil untuk seluruh rakyat yang mempunyai masyarakat majmuk. Pas tidak perlu lagi bersandiwara dan putar belit,” katanya. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment