Friday, July 29, 2011

Pakatan Dah Berangan...,! Lepas Praya ke 13 Nanti Rakyat Malaysia Dapat PM Pertama Dari Kelantan....

Pembangkang terus berhelah untuk memecahbelahkan kepercayaan di kalangan ahli UMNO.

Pendekatan Pakatan yang cuba “menjemput” Ku Li untuk menyertai mereka adalah strategi serampang dua mata. Ia bertitik tolak dari kemungkinan bahawa Anwar akan dipenjarakan atas kes liwatnya, yang sememang ramai percaya itulah tempat paling afdhal bagi Anwar.

Pertama, Pakatan cuba mencari seorang yang boleh menggantikan tempat Anwar yang boleh meneutralisasikan PAS, atau dalam kata lain, dapat mengekalkan status PAS sebagai “pecacai” Pakatan.

Sekaligus, ia membuka rahsia betapa “rapuhnya” ikatan ukhwah sesama mereka, sehinggakan salah satu pemimpin dari tiga parti utamanya tidak boleh dipercayai antara satu sama lain. Hadi Awang, andai dilantik sebagai ketua pembangkang akan menyebabkan ahli PAS rasa terhina, begitu juga dengan DAP yang tidak mungkin menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan mereka. PKR pula dilihat paling lemah dalam soal lapis kepimpinan, yang selama ini bergantung harap kepada temberang politik Anwar untuk kelangsungan “survival” mereka.

Kedua, strategi ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan dalaman UMNO sendiri, terutamanya di Kelantan, yang dilihat begitu aktif menarik keahlian baru yang rata-ratanya terdiri dari ahli PAS. Pastinya pelawaan terhadap Ku Li memberikan persepsi “sumbang” kepada Ku Li yang merupakan tokoh penting dalam UMNO di peringkat pusat, dan di Kelantan.

Antara faktor penting pelawaan ini oleh kerana beberapa “pendirian” Ku Li sendiri yang dilihat sehaluan dengan pendirian pembangkang. Dan bukanlah rahsia tentang cita-cita politik Ku Li yang mahukan “lebih”, kerana sejarah sendiri menunjukkan betapa Ku Li tetap meletakkan dirinya sebagai salah seorang yang bercita-cita besar di setiap kali Perhimpunan Agong UMNO.

Seandainya Ku Li menerima pelawaan ini, maka orang Melayu akan semakin berpecah belah dari segi politiknya, dan keadaan ini pastinya memberikan keuntungan kepada DAP yang bijak memainkan peranan dalam erti kata “pecah dan perintah”. Strategi halus dengan mengumpan jawatan, namun mereka masih mendominasi Pakatan dengan wakil rakyat mereka sendiri, dan beberapa proksi mereka di dalam PKR. Inilah cara DAP yang melihat kelemahan orang Melayu, di mana strategi ini telah berjaya di Pulau Pinang. Hanya kerana 2 – 3 ratus ringgit, habis tanah digadaikan kepada DAP!

Segalanya sekarang terpulang kepada Ku Li. Andai benar sayangnya kepada agama Islam dan bangsa Melayu, beliau tahu apa yang harus dilakukan.

Andai cita-citanya pula diutamakan, maka bersiap sedialah untuk Islam dan Melayu
hilang sinarnya di bumi bertuah ini!

Taken from Selangordaily...

1 comment: