Friday, February 10, 2012
Hilmi Malek Pakwe Elizabeth Wong Berawajah Baru.....
Hilmi Hazimin Malek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan penyebaran gambar separuh bogel Elizabeth Wong sejak tiga tahun lalu dikesan mengubah penampilannya sepanjang berada di Indonesia.
Hilmi (gambar), 37, menyimpan jambang dan janggut serta tidak mempunyai misai ketika ditahan pihak Imigresen Indonesia di Pulau Batam.
Sumber berkata, Hilmi ketika berada republik tersebut juga mengubah cara pemakaian supaya kelihatan lebih matang.
Menurutnya, ketika disiasat Hilmi mengaku dia adalah Hilmi Hazimin dan bukan Azmin Helmi seperti dalam dokumen palsu.
"Hilmi turut mengaku dia orang yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana pengedaran gambar bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam laporan sebuah portal dari negara jiran itu Sabtu lalu, rakyat Malaysia tersebut yang dikenali sebagai 'Azmin Helmi', 37, ditahan oleh pegawai Imigresen Indonesia di Batam sehari sebelum itu kerana memiliki dokumen palsu.
Lelaki tersebut yang dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dilahirkan pada 27 Mac 1975 dikatakan mempunyai kad pengenalan Indonesia dan kad keluarga palsu dan dikeluarkan di Batam selain kad kelahiran palsu daripada Karimun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment