Sunday, February 19, 2012

Sanggup Buat Ape Saje...!!


Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa The Wall Street Journal.

"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat),” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz semalam, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian Parti Keadilan Rakyat.

“Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.

"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment