Tuesday, February 28, 2012

Phewwiiitt...!! Saya Pergi Jumpa Ustaz Badrul Amin Atas Tujuan Mahu Melarikan Diri Daripada Suami....

Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.

Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin PKR berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!

“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu.

Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada Sinar Harian.

Menurut wanita itu, beliau nekad mengemukakan tuntutan cerai kerana kemelut rumah tangganya gagal diselesaikan di sebalik pelbagai usaha.

“Itulah jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan keselamatan dan masa depan saya serta anak terbela,” katanya.

Sebelum ini, Badrulamin juga menafikan dakwaan khalwat itu dan berkata beliau khuatir kes itu akan dijadikan permainan politik kotor oleh Umno.

No comments:

Post a Comment