Saturday, November 3, 2012

Setitik Air Mata Rosmah Bercucuran Kerana FITNAH Pembangkang, Selautan API Tempat Juak Juak Pemfitnah Ini Harus Renangi….!!


Nampaknya juak juak murahan penjilat tegar fahaman ideologi Pakatan HARAM Pembangkang tidak pernah reda mahu mencari dimana salah dimana silap Datin Seri Rosmah Mansor…

Pantang tercetus satu insiden yang boleh dikaitkan dengan Rosmah, maka berbondong-bondonglah gerombolan juak juak murahan ini menjaja cerita fitnah tanpa ada rasa takut keatas dosa dosa yang mereka lakukan.

Bagi mereka, sebut sahaja cerita Rosmah ibarat lauk untuk mereka ratah, lahap dan santap tanpa mengira pagi, petang, siang ataupun malam. Ada saja cereka cerita dongengan, ada saja pemerhati tidak bertauliah mencari dimana mahu dijadikan tempat sasaran untuk menyerang…

Pemfitnah pemfitnah yang sentiasa mengekori jejak langkah dan gerak geri Rosmah seola-olah mahu menangkap pencuri, setiap pergerakan akan dirakam, setiap tutur kata akan diperhalusi.

Padahal mereka lupa, dikalangan pimpinan Pakatan Haram Pembangkang yang mereka julang, yang mereka jilat itu sebenarnya adalah tempat mereka melihat lebih banyak kelakuan sumbang.., lebih banyak tutur kata yang menyesatkan dan boleh menjahanamkan ummah…!!

Terlalu ghairahnya juak juak pemfitnah penganut fahaman Pakatan Haram ini mahu mencari salah dan silap Rosmah akhirnya memakan diri sendiri…., buktinya DISINI

1 comment: