IPOH 2 Nov. - Tindakan polis memecah masuk sebuah rumah di Lebuh Rapat
Baru, Taman Soon Choon di sini Rabu lalu dengan membawa keluar seorang
gadis berusia 24 tahun dilakukan mengikut saluran undang-undang di bawah
Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Anuar Osman berkata,
tindakan itu diambil susulan panggilan telefon yang dibuat oleh See Yen
Lin, 24, yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah
selama sebulan.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Rapat
bergegas ke rumah Yen Lin dan terpaksa memecah masuk selepas ibu gadis
terbabit enggan membuka pintu."Polis menerima panggilan melalui talian
kecemasan 999 daripada seorang gadis yang mendakwa dia dikurung oleh
keluarganya di dalam rumah selepas mengaku memeluk agama Islam.
"Sejurus kita sampai di rumah itu, polis meminta secara baik dan
berbincang supaya pintu dibuka, namun tidak diendahkan oleh ibu Yen Lin
sehingga kita terpaksa memecah masuk rumah tersebut dan membawa gadis
itu keluar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bapa gadis tersebut, See Chok Chai, 53, pada
sidang akhbar di rumahnya hari ini yang kesal dengan tindakan polis
memecah masuk rumahnya tanpa menunjukkan waran geledah.Dakwa lelaki itu,
tindakan polis tersebut keterlaluan dan mencabul haknya sebagai bapa
yang mempunyai hak mutlak ke atas anak perempuannya.
Anuar berkata, laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat oleh
gadis terbabit di Balai Polis Kampung Rapat pada hari
kejadian.Menurutnya, gadis itu kini diserahkan kepada Jabatan Agama
Islam Perak (JAIPk) untuk pengawasan.
"Gadis ini berusia 24 tahun dan bukannya bawah umur. Oleh itu, adalah
salah sekiranya mengurung dia walaupun yang mengurung itu adalah ahli
keluarganya sendiri."Apa yang kita lakukan adalah mengikut lunas
undang-undang malah gadis itu sendiri yang meminta dia dikeluarkan dari
rumah keluarganya tanpa wujud sebarang unsur paksaan," ujarnya.
Blog LG; DAP akan hantar berbondong-bondong gerombolan peguam untuk bantu ayah gadis ini saman polis kerana pecah masuk rumah mereka...?? Pimpinan PAS dan pimpinan melayu PKR akan diam walaupun tujuan polis selamatkan seorang muslim yang dikurung kerana memeluk agama islam....??
No comments:
Post a Comment