Wednesday, November 7, 2012

Rupa-rupanya Anwar Akui Rosmah Lebih Bijak Dari Wan Azizah….!


Mungkin ramai yang tidak sedar apa yang berada dalam benak fikiran Anwar apabila membicarakan hal isteri Perdana Menteri kita, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mungkin kita menjangkakan didalam sanubari Ketua Umum PKR ini tertanam sifat benci yang amat meluap-luap seperti lahar gunung berapi. Tetapi semua itu tidak benar sama sekali…

Iya, memang Rosmah sering menjadi sasaran utama banyak cereka fantasi Pembangkang membawa fitnah dan adu dumba, tujuannya hanyalah mahu merosakkan nama baik isteri Perdana Menteri sekaligus akan menjadi beban kepada Datuk Sri Najib.

Bertahun lamanya mereka mencuba dengan bermacam-macam kisah TIDAK Benar yang dijaja secara meluas sehinggalah kepentas pentas ceramah anjuran juak juak murahan Pakatan Pembangkang. Bermula dengan kisah wanita Mongolia Altantuya, cincin bernila US Dollar 24 Juta, Bajet untuk Permata dan bermacam macam lagi cerita bohong mereka kompangkan tanpa rasa takut pada dosa yang dilakukan…!

Benarlah bidalan lama yang pernah berseloka, ada ketikanya kalau kita terlalu kerap menyebut nama seseorang itu…, sering difitnah mungkin perasaan yang membara bukanlah perasaan benci kesumat…, tetapi perasaan sayang…

Minggu lalu terbukti sudah…. Wan Azizah melakukan sesuatu yang selama ini sudah menjadi kebiasaan buat Rosmah Mansor.  Rupa-rupanya Anwar mahu isterinya menjadi seperti Rosmah…!! JOM kita saksikan sendiri, bukti-buktinya ada DISINI

No comments:

Post a Comment