Kasihan sungguh apabila melihatkan perbezaan dua alam yang
terbentang depan mata petang semalam….
Isteri Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang juga merupakan
Presiden PKR, Dr Wan Azizah nampaknya tidak pernah lekang dari menjalankan
peranan membaca skrip untuk menutup kesilapan ahli keluarganya sendiri.
Sudah hampir 15 tahun tugas Wan Azizah hanyalah membaca
skrip yang disediakan oleh suaminya untuk menipu rakyat, menagih simpati
rakyat…, mengemis sokongan rakyat…!!
Kita tidak lupa bagaimana Wan Azizah mula mula berbohong
menyatakan Anwar akan diberikan suntikan mengandungi virus Aids sewaktu
suaminya ditahan pada malam 20 September 1998…
Sewaktu meletop kisah Anwar liwat Saiful, wanita bernama Wan
Azizah dicekup kantoi apabila wartawan bertanyakan dimanakah suamninya pada
waktu yang disebut oleh Saiful telah diliwat..? Wan Azizah terketar ketar
gelabah tidak dapat memberikan jawapan sehingga memaksa Nurul Izzah mencelah
menipu “He was with us…” [Anwar ada bersama mereka].
Manakala apabila bergegar persada politik tanahair setelah
tersebar video seks Anwar menutoh enak seorang China Doll, sekali lagi Wan
Azizah terpaksa melakonkan watak seorang penipu…, untuk menjawab soalan
diamanakah Jam Tangan OMEGA….!!
Kesemua ini dilakukan semata mata mahu melindungi segala
kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarganya sendiri. Itulah padahnya apabila
sebuah parti politik yang dikuasai oleh sebuah keluarga yang memegang jawatan
penting.
Kelmarin Wan Azizah mengemis lagi…!! Lihat dibawah ini,
bagaimana terdesaknya wanita ini cuba sedaya upaya meraih simpati diatas
kesalahan anak sulungya yang semakin bengong dalam membuat kenyataan.
Inilah balasan Allah swt terhadap segala dosa dosa Anwar,
dan Wan Azizah yang selama ini bersubahat melindungi dosa suaminya. Satu per
satu dan semakin banyak kesalahan mereka terhidang didepan mata kita sekarang….
Apabila terlalu sibuk untuk melakukan kerja politik, maka
hilanglah tumpuan untuk melakukan kerja sebagai pemimpin… Buat diri Wan Azizah
dan Anwar, masalah anak mereka kini menjadi prioriti utama.
Oleh itu masalah rakyat terpaksa dilupakan, tidak perlu
diberikan tumpuan dan perhatian….
Cuba kita lihat bagaimana prihatin seorang wanita yang
bergelar isteri Perdana Menteri ini…..
Mendekati rakyat, memahami masalah dan kepayahan rakyat
menjadi fokus utama Datin Seri Rosmah Mansor.
Mangsa mangsa banjir di negeri Selangor jajahan PKR telah
mendapat perhatian dan bantuan dari Rosmah semalam. Kalau hendak diharapkan
bantuan dari PKR yang sibuk mahu menyelesaikan masalah Nurul Izzah…., maka
jawapnya mangsa mangsa banjir ini akan terbiar tanpa sebarang bantuan kerajaan
negeri Pakatan Pembangkang itu.
Anda saksikan sendiri segala rakaman dibawah ini…
Lebih banyak foto foto menarik di SINI
No comments:
Post a Comment