Tuesday, November 13, 2012

Isu Selangor : Ramai Ibu Tunggal Di Selangor Mengamuk Dan Bangkit Tuntut Janji Manifesto Kerajaan Tan Sri Khalid

Lepas satu, satu lagi bala datang menimpa Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor.....

Semakin hampir musim pilihanraya, semakin banyak pula desakan dari rakyat menuntut agar kerajaan Pakatan Selangor menunaikan segala janjinya yang terkandung dalam menifesto pilihanraya lepas.

Baru-baru ini, sekumpulan ibu tunggal dari daerah Gombak dan Petaling telah mengadakan perhimpunan secara aman menuntut kerajaan Pakatan Selangor menunaikan salah satu dari janji yang terkandung dalam menifesto Pakatan Pembangkang pada PRU12 yang lepas iaitu memberi elaun bulanan kepada ibu tunggal.


Mereka kecewa setelah hampir 4 tahun Pakatan Pembangkang diberi peluang mentadbir negeri Selangor tetapi janji pemberian elaun terhadap ibu tunggal masih lagi tidak ditunaikan hingga ke hari ini. Ada yang mempersoal akan kemampuan kerajaan negeri untuk menunaikan kesemua janji yang telah ditabur.

Selain itu, kumpulan ibu tunggal ini turut menyatakan, sekiranya dalam tempoh masa dua minggu tiada sebarang maklum balas dari kerajaan negeri berhubung dengan tuntutan ini, pihak persatuan ibu tunggal seluruh negeri Selangor akan bergabung dan akan mengadakan perhimpunan aman di bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Tindakan yang bakal diambil oleh golongan ibu tunggal ini kelak sekiranya Khalid Ibrahim terus memandang sepi golongan ini.....  Baca seterusnya klik SINI

No comments:

Post a Comment