Saturday, September 8, 2012

Teresa Kok & Elizabeth Wong TAK Mampu Saingi Kejayaan Rosmah Di Shanghai China

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kunjungannya ke Shanghai, China tidak melepaskan peluang untuk menyambut kemeriahan Syawal selain meraikan Hari Kemerdekaan bersama warga Malaysia di negara terbabit.

Dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya yang dianjurkan sendiri oleh Rosmah, kira-kira 350 rakyat Malaysia termasuk di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum menghadiri majlis berkenaan.

Ketika berucap di majlis itu, Rosmah berkata, tradisi ‘Rumah Terbuka’ yang kini menjadi trend di Malaysia semestinya boleh juga diaplikasikan di luar negara di mana kesemua rakyat pelbagai kaum dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan sesuatu perayaan.

“Seperti yang anda sedia maklum, perayaan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia akan mempertemukan serta mengumpulkan kita semua tanpa mengira latar belakang, bangsa, agama dan budaya.

“Ia adalah masa untuk kita mengenepikan segala perbezaan kita sebaliknya mengambil kira tentang persamaan kita iaitu sebagai rakyat Malaysia.

“Rumah terbuka sememangnya satu budaya yang menjadi kebanggaan kita kerana tidak ada tempat yang lebih istimewa yang mengaplikasikan tradisi rumah terbuka di negara-negara lain,” katanya.

Menurut Rosmah lagi, tradisi rumah terbuka ini membolehkan rakyat pelbagai kaum menilai selain memberi kenangan yang kuat akan bagaimana warga Malaysia menjaga dan memelihara sesuatu hubungan dan ukhwah.

Beliau menambah, sambutan Hari Raya di Shanghai yang begitu meriah telah mampu menzahirkan silaturahim sesama rakyat Malaysia.

“Semoga semangat 1Malaysia, bersatu hati, cintakan agama dan negara serta amalan positif tidak lekang dari budaya kita semua walau di mana kita berada,” katanya.

Dalam majlis itu, Rosmah turut memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bagi menyemarakkan perasaan gembira menyambut Syawal di kalangan mereka.

Apa yang lebih menarik, kehadiran anaknya, Mohd Nor Ashman Najib yang seperti sedia maklum fasih berbahasa Mandarin mencuri perhatian tetamu yang hadir apabila beliau menyampaikan pesanan daripada ibunya dalam bahasa tersebut.

Sumber - Perak Today

No comments:

Post a Comment