Friday, September 7, 2012

Dato Nalla Pesan..., Kalau Mau Tunjuk Punggong..., Tunjuk Dekat Anwar...!

Senator Dato'S. Nallakaruppan hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan biadap peserta Himpunan Janji Demokrasi yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Khamis lalu.

Nallakaruppan membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut beliau, tindakan itu (memijak gambar) sangat biadap, tidak bertamadun serta terpesong dari prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

"Kita tidak boleh 'lepaskan' individu yang pijak gambar Perdana Menteri. Hari ini mereka pijak gambar Perdana Menteri, akan datang mereka nak pijak gambar siapa? Gambar Agong pun mereka nak pijak...?

"Kita tak boleh terima orang ini (biadap) dalam negara. Negara kita, negara yang aman, jangan cuba rosakkannya," tegasnya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Dang Wangi hari ini.

Berhubung isu tayang punggung kepada gambar Perdana Menteri, beliau turut mengecam tindakan tersebut.

"Jika nak tunjuk belakang (punggung) tunjuk dekat Anwar," katanya.

Seramai 50 orang ahli daripada empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berkumpul di hadapan balai polis bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap tindakan yang di lakukan oleh Nallakaruppan.

Antara pertubuhan yang terlibat ialah Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Kelab D1 dan Sosial, Persatuan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM) dan Pertubuhan Kebajikan Kuasa Keramat.

Beliau turut mengulas mengenai provokasi yang dilakukan oleh peserta Himpunan Janji Demokrasi yang ingin mengubah Jalur Gemilang kepada bendera lain.

"Jika Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berada di pihak Barisan Nasional, dia juga tidak akan setuju. Tetapi kini, dia cuba untuk menjadi batu api.

"Sudah 55 tahun kita merdeka, kita tidak mahu ubah bendera," katanya

Sumber - KL Pos

No comments:

Post a Comment