Dua isu ini jelas menunjukkan bahawa PAS sebenarnya berada jauh di bawah garis tanda aras tahap perjuangan Islam sebenar....
Kedua-dua isu ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa ahli dan pemimpin PAS tidak ada lebih mana pun berbanding dengan ahli dan pemimpin UMNO di sisi tuhan. Ini membuktikan PAS tidaklah seislam mana perjuangannya.
Soalan dalam kubur yang ditanya kepada ahli dan pemimpin UMNO itu jugalah yang akan ditanya kepada ahli dan pemimpin PAS. Tiada mana-mana pihak yang mendapat privilege dari tuhan, kecuali mereka yang diredhai, beriman dan beramal soleh.
Isu Pertama, ketika Dr Hasan Ali cuba menegakkan prinsip perjuangan Islam dan cuba bersuara dalam soal murtad dan rumah urut, beliau ditendang keluar PAS. Hampir keseluruhan pemimpin PAS berdiri dibelakang pendirian kerajaan Selangor yang didominasi oleh DAP.
Kedua, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang dilihat tidak sehaluan dan sering ditempelak oleh pemimpin PAS. Beliau juga mungkin bakal menerima nasib yang sama dengan Hasan Ali, apabila beliau menunjukkan sikap mesra UMNO melebihi DAP.
Dari sudut individu, kedua-dua pemimpin PAS ini sedang menerima dugaan tuhan, sejauh manakah kekentalan prinsip perjuangan Islamnya....
Dari prinsip berjemaah, PAS juga sedang diperhalusi oleh Allah tentang sejauh manakah keikhlasan, kejujuran dan kebenaran di dalam perjuangannya. Individu pemimpin PAS yang sedang menempelak UstazNasha juga sedang dinilai kiblat perjuangan mereka yang sebenar di sisi tuhan, samada di atas maksud kerana Allah atau di atas maksud selain dari Allah.
Dugaan bukan datang dari luar atau dari UMNO mahupun musuh Islam, tapi dugaan mereka datang dari dalam PAS sendiri...!
PAS yang selama ini dikatakan memperjuangkan agenda Islam tiba-tiba menentang agenda perjuangan Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasha yang cuba melaksanakan agenda perjuangan yang dibawa oleh PAS selama ini.
Kenapa agenda dan pendekatan Islam yang mereka bawa tiba-tiba disanggah oleh kepimpinan PAS sendiri hingga segala prinsip Islam yang cuba diamalkan mendapat tentangan dari kepimpinan...?
Bila pula kalanya DAP bersetuju dengan agenda perjuangan PAS? Bila sesuatu yang dikatakan "hak" boleh bercampur dengan "kebathilan"...?
Jika PAS memperjuangkan yang hak, sudah pasti secara otomatik perjuangan mereka akan mendapat tentangan dari pihak yang bathil. Ini sunnatullah perjuangan.
Penentangan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh itu sebenarnya adalah lumrah pertentangan atau manifestasi perjuangan yang pasti berlaku di antara yang hak dan bathil. Kenapa harus kita hairan...?
Kenapa PAS tiba-tiba berkompromi dengan perjuangan yang bathil? Cuba tunjukkan bukti sejak zaman perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, jika ada terdapat mana-mana perjuangan hak dan bathil boleh bercampur dan secocok umpama aur dengan tebing..?
Cuba buktikan mana-mana penemuan baru atau invention yang boleh menyebabkan minyak dengan air boleh bercampur?
Titik persamaan tidak mungkin wujud di antara hak dan bathil. Tetapi titik persamaan inilah yang cuba diwujudkan oleh Anwar. Bukan bertujuan untuk mendaulatkan Islam, tapi untuk mendaulatkan kuasa untuk ke Putrajaya. Hakikatnya, ia tidak kena mengena dengan Islam.
PAS sedang berusaha berkompromi dengan DAP atau PAS sedang mengkompromikan kesucian Islam? Untuk apa dilakukan semua ini..?
Akhirat dijunjung, dunia dikendong, bererti "Maksud dijunjung dan keperluan dikendong". Ia memberi erti bahawa kepentingan "keperluan"(neccessity) tidak mungkin mengatasi kepentingan sesuatu maksud.
Mana satu yang lebih wajib...?
Ayat yang menyebut "setiap dari kamu (muslim) adalah bersaudara" yang lebih wajib diutamakan atau pun ijtihad PAS yang mendakwa "dibolehkan berkompromi dengan kafir DAP demi untuk menumbangkan UMNO yang menolak Islam" ?
Apa yang dilakukan oleh PAs hari ini ialah menterbalikkan keutamaan, di mana keperluan untuk ke Putrajaya dijunjung, manakala maksud sebenar ikatan persaudaraan sesama muslim yang amat dituntut oleh Allah dan rasulnya hanya dikendong.
PAS bimbang jika tidak berkompromi dengan DAP maka peluang untuk ke Putrajaya akan terjejas....
Maka PAS terpaksa mencampakkan saranan Allah dan rasul yang mewajibkan ikatan persaudaraan sesama muslim yang dikendongnya, demi untuk menyelamatkan hubungan dengan DAP agar tidak terjatuh daripada junjungannya.
Bukan Hasan Ali dan Ustaz Nasha saja, malahan sesiapa saja yang boleh menjadi penyebab kepada jatuhnya apa yang dijunjung di batu jemala PAS, pasti akan menerima nasib yang sama dengan mereka berdua ini.
Inilah rasmi perjuangan "PAS For ALL" ciptaan golongan erdogan PAS yang lebih totok assabiahnya dari UMNO...!
Posted by Kamarulzaman Kamdias

No comments:
Post a Comment