Tuesday, August 28, 2012

Datuk Azeez & Papa Gomo Akan Dibekalkan Jaket Kalis Peluru Dalam Misi Bantuan Kemanusiaan ke ROHINGYA

Jaket kalis peluru akan dibekalkan kepada sukarelawan yang bakal mengikuti Misi Kemanusiaan Bantu Etnik Rohingya anjuran Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) bagi mengelak kejadian yang berlaku di Somalia berulang kembali.

Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memberitahu, setakat ini pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan jaket berkenaan dibekalkan kepada sukarelawan yang turut serta dalam misi tersebut.

Bagaimanapun katanya, jaket tersebut hanya akan dibekalkan kepada sukarelawan yang memasuki kawasan hitam dan merbahaya sahaja dimana ia dianggap boleh merisiko nyawa peserta tersebut.

Sebaliknya tambah beliau, sukarelawan yang ditempatkan di kem-kem yang dianggap selamat tidak akan dibekalkan jaket itu.

“Kita akan tingkatkan aspek keselamatan sukarelawan yang mengikuti misi ini sebab kita tidak mahu sejarah hitam yang berlaku di Somalia berlaku lagi.

“Atas sebab itu kita ada meminta bantuan PDRM dan ATM untuk menyediakan jaket keselamatan… dan ia akan digunakan oleh peserta yang memasuki kawasan berisiko tinggi.

“Selain itu insurans juga akan disediakan kepada setiap peserta misi ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Penerimaan Sumbangan dari Agensi Kerajaan dan Swasta untuk Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M kepada Etnik Rohingya pagi tadi.

Misi ini akan disertai 45 orang sukarelawan yang terdiri daripada doktor-doktor dari hospital kerajaan dan swasta, sukarelawan dan pihak media.

Datuk Abd Azeez, pasukan peninjau akan berlepas malam ini untuk mendapatkan maklumat, situasi keadaan kem-kem pelarian di sempadan Bangladesh dan Myanmar.

“Pasukan peninjau ini akan diketuai Mohd Farid Hassan, naib Pengerusi KP1M bagi tujuan koordinasi serta membuat persiapan pasutan utama pergi ke Bangladesh untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di khemah-khemah pelarian etnik Rohingya. Bantuan yang akan disalurkan adalah makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian.

"Saya akan mengetuai sendiri pasukan utama yang dijangka akan berlepas pada 31 Ogos ini bersama 40 sukarelawan lain yang terdiri daripada doktor dan pengamal media.

"Pasukan ini akan berlepas dari Pelabuhan Klang ke Pelabuhan Chittagong, Bangladesh bersama bantuan logistik sebanyak 450 tan berupa makanan, pakaian, minuman dan ubat-ubatan,” ujarnya kepada pemberita di Ibu Pejabat KP1M pagi tadi.

Tambahnya, bantuan ini akan ke Pelabuhan Cittagong dengan menggunakan kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia, sebaik tiba di Cittagong, pasukan ini akan menggunakan laluan darat ke kem utama di daerah Teknaf yang berada di perbatasan Myanmar.

“Terdapat dua kem utama di bawah naungan UNHCR yang terletak di Kutupalog dan Nayapara, di sempadan Bangladesh dengan jumlah pelarian seramai 30 ribu orang dan terdapat juga kem-kem penempatan yang tidak diiktiraf di sekitarnya dengan jumlah pelarian seramai 100 ribu orang.

"Di Myanmar juga terdapat 2 buah kem yang terletak di Maungdaw dan Bathidaung, kedua-dua kem ini juga di bawah naungan UNHCR.

"Apa yang akan KP1M akan laksakan di kem-kem tersebut ialah pemeriksaan kesihatan, pengagihan keperluan kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat dan berus gigi dan sebagainya manakala pek makanan pula berisi beras, gula, susu tepung, teh, kopi, biskut, Maggie, minyak masak dan sardine.

"Air mineral dan pakaian akan turut diagihkan dalam usaha kita meringankan beban pelarian etnik Rohingya ini,” tambahnya lagi.

Sumber - Blog Sahabat Gunung & Portal Perak Today

No comments:

Post a Comment