PAS menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.
"Kita jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari raya Aidilfitri ini.
"Sudah tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Muktamar Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD) Maghribi di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13 tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang terbaik.
Dalam kenyataannya kelmarin itu, Muhyiddin juga turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan akan datang".
Mengulas lanjut, Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, banyak faktor yang akan menjadi pertimbangan rakyat untuk pulang kali kedua ke kampung termasuk soal kos yang terpaksa ditanggung dan cuti yang terpaksa diambil mereka.
"Jika berlaku, kesannya akan lebih teruk lagi berbanding dengan kesan PRU musim haji," katanya.
Sehubungan itu katanya, jika BN memanggil pilihan raya selepas cuti Aidilfitri, ianya sekaligus akan menyusahkan rakyat khususnya yang berada di perantauan.
Sebelum ini, PAS juga membantah keras jika PRU-13 kali ini dibuat di musim haji kerana ianya bakal menafikan hak hampir 30,000 rakyat negara ini yang pergi mengerjakan haji di Mekah untuk mengundi.
Awal bulan lalu, Najib ada membayangkan PRU-13 hanya akan diadakan selepas genap tempoh lima tahun penggal ini.
Bagaimanapun kenyataan terbaru dari Muhyiddin kelmarin seperti mengesahkan desas-desus bahawa PRU-13 berkemungkinan diadakan September atau penghujung tahun ini dan bukannya tahun hadapan.

JIKA CHONG WEI BERTANDING PRU13 MELAWAN CALON DAP
ReplyDeleteM. MANOHARAN, SUDAH TENTU CHONG WEI MENANG BESAR...sungai rapat online
Sekadar Pandangan....
Ramai juga rakyat Malaysia termasuk penulis marah dengan kenyataan YB DAP M.Monoharan yang memperlekehkan kekalanan DATUK LEE CHONG WEI (DLCW) di dalam temesya BADMINTON AKHIR OLIMPIK LONDON 2012. Perkataan `LEE CHONG AWAY ‘SERTA `PINGAT EMAS SELEPAS PR MENGUASAI PUTRAJAYA’ amat nakal dan `political’.
Blog Sungai Rapat (dan banyak blog lain) pun marah sehingga mengatakan jika jika DLCW bertanding PRU13 melawan calon DAP M.Monoharan, sudah tentu DLCW menang besar. Itu pun jika DLCW bersetuju bertanding atas tiket BN.
Cadangan itu baik dan sesuai dengan hasrat. BN yang sedang mencari `winnable candidate’ untuk memenangi pilihanraya. tetapi saya percaya wira negara ini yang sedang disanjung tinggi oleh rakyat malaysia ataupun popular, boleh bertukar kepada tidak popular dalam sekelip mata sahaja. Adakah DLCW boleh menghadapi situasi ini dimana beliau akan dikutuk, diboo dan difitnah.? Jika beliau kurang pengalaman dalam politik, saya tidak kuatir kerana ahli parlimen kelana jaya lagi teruk. Cakap Bahasa Malaysia pun hancur. YB paling bodoh di Malaysia tapi pandai ambil gambar dan video.
Apabila bercakap pasal calon pilihraya, saya ingin tahu percaturan BN dengan calon bebas yang pro BN. Andaikata kesemuanya mahu bertanding semula, apakah strategi BN dan DS Najib dalam hal ini. ambil contoh, YB Zul di Kulim. Adakah BN/UMNO akan memberi laluan dan menyokong YB Zul memenangi pilihanraya tersebut.? YB Ibrahim Ali di Pasir Mas. Beliau adalah penyokong BN/UMNO dan Melayu. Tak kan nak letak calon dari BN? YB Wee Choo Keong di Wangsa?
Saya mohon cadangan dan input dari tuan puan supaya ia dapat memberikan `idea’ kepada BN menguruskan masalah YB bebas pro BN ini.
Saya mulakan dengan sokongan saya supaya BN memberikan laluan kepada penyandang YB bebas pro BN melainkan mereka ingin bersara. Banyak kebaikannya (akan dibicara di halaman lain) dan menjanjikan kemenganan BN. Bakal calon BN setempat, bagaimanapun, harus memahami dan difahami oleh DS Najib sendiri. janji PR kalah.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com