Saturday, May 21, 2011

Pilihanraya Raya Memang Nampak Clear Dah Dekat.... Umno Tengah Check Report Card Semua Ketua Bahagian


LG tertarik dengan news pasal Secretary General Umno, Datuk Sri Tengku Adnan sekarang tengah sibuk nak buat checking report card semua Ketua Bahagian Umno....

Nampaknya macam dah dekat jer General Election. Boleh ker buat sekarang sebab tengok dari trend voters bukan melayu especially Chinese voters kat Sarawak dah hampehh.... Nie satu lagi yang penting harga petrol memang dah nak kena naik...!!! Amacam ??? Jangan berulang lagi tragedy 8 Mac 2008 sudah laa, lepas Pak Lah naik minyak terus buat general election, sudahnya hilang 5 negeri, parlimen pun hampehh takde 2/3 majoriti.


Ahli MT Umno Kena Serah Laporan Bahagian....

Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengarahkan semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang menjadi ‘bapa angkat’ kepada 195 bahagian UMNO supaya menyerahkan laporan pemantauan mereka untuk dianalisis ibu pejabat parti.

Surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan hasil mesyuarat jawatankuasa itu semalam yang dipengerusikan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, ia sebagai langkah persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Kita minta ahli-ahli MT yang jaga bahagian-bahagian ini menyediakan laporan situasi bahagian yang dipantau...”

“Ini meliputi janji-janji yang telah dibuat ketua bahagian kepada penduduk di bahagian masing-masing...”

“Selepas laporan dihantar ke Ibu Pejabat, kita akan buat analisis. Kalau ada kekurangan, kita akan lihat di mana lompangnya...antaranya bolehkah dirujuk kepada sektor tertentu dan dari segi parti, kalau masih ada percakaran dalam bahagian terbabit, kita akan panggil pihak berkenaan. Ini semua sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya.

Read more..., please click
here

No comments:

Post a Comment