Sunday, May 22, 2011

Kalau Betul Pas Parti Islam.... Kenapa Kelantan Tak Buat Macam Di Aceh..????


Seramai 14 orang yang didapati melanggar peraturan ketat Islam di wilayah Aceh kerana berjudi disebat di khalayak ramai di Langsa, Aceh Timur, kelmarin.

Ketua jabatan jenayah umum di Pejabat Pendakwa Raya Langsa, Irvon berkata, setiap seorang pesalah itu disebat sebanyak enam kali di dataran Masjid Darul Falah.

Mengikut kanun 2003 atau undang-undang kecil Islam, kesalahan berjudi membawa hukuman maksimum 12 sebatan dan minimum satu sebatan.

Irvon berkata, kesemua pesalah ditahan oleh polis dari pelbagai kawasan di daerah ini kerana bermain nombor ekor.

Menurutnya, pada 12 Mei lalu, sekurang-kurangnya tujuh orang yang melanggar larangan berjudi turut disebat sebanyak 12 kali.

Kes lain termasuklah empat pegawai awam dari Aceh Besar yang ditahan pada Januari lalu kerana berjudi, tetapi pelaksanaan hukuman ditangguhkan kerana menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Syariah wilayah.

"Walaupun keempat-empat pegawai itu telah didapati bersalah, tetapi pelaksanaan hukuman mereka ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan," kata Irvon kepada Jakarta Globe.

Undang-Undang Syariah buat pertama kalinya dilaksanakan di Aceh pada Ogos 2003 selepas wilayah ini memperolehi pemerintahan autonomi sebagai sebahagian daripada perjanjian mengurangkan konflik pejuang pemisah

Ia bagaimanapun mendapat kritikan kerana dikatakan menyasarkan golongan wanita dan kumpulan minoriti. – AGENSI - [source of news
please click here]

LG rasa Pas bukan saja tak berjaya jadikan Kelantan sebagai role model of islamic state, tapi kat Kelantan pun sebenarnya banyak masalah moral & sosial.., tak percaya? Please
click here

5 comments:

  1. Terima kasih le.....Tapi aku nak soal balik jika Umno betul-betul parti Islam mengapa tak buat macam di Acheh??....sebab Umno yg mengetuai BN tentu ada kuasa di peringkat kerajaan pusat....Umno boleh menggunakan kuasanya di parlimen...FAHAMKE???
    Dulu TUn M dah bagi amaran jgn laksanakan undand-undang Islam di Kelantan ...jgn le buat soalan tak lojik hanya sebab dendam kpd PAS yg menguasai Kelantan....Dulu sebelum tahun 1990 Umno yg memerintah di Kelantan kenapa tak buat macam di Acheh....jawable dgn tenang tanpa hasutan marah oleh setan. Wassalam...pbsi

    ReplyDelete
  2. mainan semata mata
    lawyer Garang harap dapat berkongsi pautan ke arah politik yg lebih bebas.


    http://malaysianepic.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. cucukerinci,

    PAS tu pejuang ISLAM tapi kenapa perlu tanya UMNO.UMNO kan pejuang bangsa. Jadi PAS dah 20 tahun kat Kelantan setakat label je penuh buat apa.Kat Selangor terus tenggelam.Setakat jadi pak turut buat apa.Sebab tu tuhan takkan bagi PAS perintah Malaysia sampai sekarang.Islam tu gula2 saja yang penting kuasa dulukan?
    Layan video ni dulu..
    http://www.youtube.com/watch?v=Rf4do_weFLI

    ReplyDelete
  4. Setuju, ramai je yg kaitkn agama time cite psl mengundi. hakikatnya? tepuk dada tanya selera. come on la, kat KL ni, ramai sgt org2 dr negeri tu yg country shock! kalo betul cukup iman didada kenapa jd begitu? Sblum berniat nak ubah dunia, ubah la negara, kalo xmampu ubah negeri, kalo xmampu ubah kampung, kalo xmmpu, ubahlah keluarga. kalo xmampu gak ubah diri sendiri..

    Kalo dh berjaya takluk kelantan more than 20 years, kenapa xmampu nk ubah negeri tu? mari kita pk..pk..pk..

    ReplyDelete
  5. cuba peguam negara dan ahli kabinet bn luluskan anekmen undang2 islam yang kerajaan pas buat...cuba ingat cek det pernah cakap kalu kelantan kuatkuasakan jugak undang2 islam kat kelantan..pusat akan mengambil tindakan...

    ReplyDelete