Thursday, May 26, 2011

Thank You Datuk Seri Ismail Sabri...! Love U So Much....

LG nak wish thank u sangat kat ayah Dafi AF5 Baik Punyaa....!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri semalam dah buat official announcement harga petrol tak naik, kekal! Thank u jugak kepada our PM Datuk Sri Najib and all kabinet sebab faham masalah rakyat.

Orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang

Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

"Sebelum keputusan ini dibuat, kerajaan telah mengambil kira semua sudut termasuk keluhan rakyat supaya tidak menaikkan harga minyak.”

Tambah Ismail Sabri, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan spekulasi daripada pihak pembangkang tentang kenaikan harga minyak hingga mencetuskan suasana panik.

"Pengekalan harga bahan bakar itu tiada kena mengena dengan desakan pembangkang ataupun bagi menarik sokongan rakyat dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13...”

"Kerajaan yang ada hari ini ialah kerajaan yang prihatin pada nasib rakyat selaras dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

No comments:

Post a Comment