Tuesday, May 17, 2011

Now, The Message Is Very CLEAR..!!! Hakim Yakin Dengan Saiful..., Anwar Ibrahim Ke Penjara Sg Buloh!!

LG dah baca in details keputusan Hakim Zabidin dalam kes liwat Anwar – Saiful. Yang paling penting bila Yang Ariff Zabidin kata ada prima facie..., dan tersangat2 penting sekali bila Zabidin kata dia betul betul yakin dengan keterangan Saiful, tak nampak ada tokok tambah, yang nampak adalah kejujuran..!!!

Memang maut punya ayat boleh buat Anwar Ibrahim terbayang2 dah akan duduk diam balik kat sel Sungai Buloh...

Kalau ikut pandangan jujur LG, tujuan Hakim Zabidin panggil Anwar into bela diri hanya nak bagi peluang jangan nanti Anwar dengan pengikut2 dia dok kata Mahkamah tak adil..., tak bagi peluang bela diri! Biasalah they oLz nie pakar buat spekulasi ajak rakyat selalu salah faham, lepas tu benci kerajaan, benci polis, benci hakim!!

Satu lagi yang kita patut sedar dalam kes liwat Anwar – Saiful nie, langsung tak nampak belang Karpal Singh tunjuk terror, macam tak nak all out bela Anwar.., kenapa???

Cuba tengok sini apa kata Zabidin pada sudut performance defence team Anwar... “Tiada apa yang datang daripada pemeriksaan balas SP1 atau saksi-saksi lain yang boleh mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh SP1 adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya mendapati keterangan SP1 tidak terjejas....”

Nampaknya Anwar Ibrahim dah boleh tinggalkan wasiat kat semua Pkr leaders.., tak lama lagi dia nak masuk balik ke sel Sungai Buloh!

Baca keputusan Hakim Zaibidin;

Dalam penghakimannya, Hakim Mohamad Zabidin berkata, Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang jujur dan boleh dipercayai yang memberi keterangan tanpa segan silu atau menokok tambah berhubung kejadian liwat tersebut.

"SP1 (Saksi pendakwa pertama - Mohd. Saiful Bukhari) telah disoal balas dengan panjang lebar, SP1 secara konsisten menggambarkan dengan terperinci bagaimana tertuduh memasukkan zakarnya ke dalam dubur pengadu dengan bantuan cecair pelincir.

" Tiada apa yang datang daripada pemeriksaan balas SP1 atau saksi-saksi lain yang boleh mencadangkan bahawa apa yang diberitahu oleh SP1 adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Saya mendapati keterangan SP1 tidak terjejas.

" Saya mendapati SP1 adalah saksi yang bercakap benar dan tanpa segan silu atau menokok tambah dalam keterangannya semasa menjelaskan bagaimana dia diliwat oleh tertuduh pada masa dan tempat sebagaimana dalam pertuduhan, " ujarnya.

Beliau sebelum itu berkata, pihak pembelaan cuba menggambarkan pengadu sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai dengan mendakwa pemuda itu bukan penganut agama Islam yang baik, datang daripada keluarga yang berpecah-belah termasuk adik perempuannya yang telah kahwin lari selain pengkhianat kepada Barisan Nasional apabila mengundi PKR pada pilihan raya umum.

Hakim Mohamad Zabidin menegaskan fakta-fakta tersebut adalah tidak relevan dalam menentukan kredibiliti pengadu tetapi terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, mahkamah perlu meneliti hujahan peguam berhubung tingkah laku pengadu seperti tidak lari selepas diliwat sebaliknya makan dan minum bersama tertuduh, melakukan segala arahan tertuduh ketika kejadian, tidak membuat aduan kepada pengawal keselamatan dan tidak membuat laporan polis dengan serta-merta.

Menurutnya, pihak peguam mendakwa tingkah laku sedemikian menunjukkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari tidak boleh dipercayai, seorang penipu dan mencadangkan pihak pendakwaan menuduh pemuda itu di mahkamah mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu.

Hakim tersebut bagaimanapun berpendapat bahawa adalah tidak wajar untuk beliau menggunakan kegagalan Mohd. Saiful Bukhari melarikan diri, membuat aduan atau membuat laporan polis bagi menunjukkan bahawa kejadian liwat itu tidak berlaku.

Jelas beliau, tidak sukar untuk memahami kenapa pengadu berkelakuan sedemikian kerana dia ketika itu berusia 22 tahun, bukan pekerja biasa tetapi pembantu peribadi kepada tertuduh yang menjadi idola dan dianggap mempunyai karisma selain pengadu diberi layanan istimewa oleh tertuduh malah menghadiahkannya pakaian.

Selepas mendapati kredibiliti Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas dengan tingkah lakunya itu, menurut Hakim Mohamad Zabidin, soalan seterusnya adakah keterangan tertuduh yang mendakwa dia diliwat boleh diterima dan selamat untuk mahkamah memanggil tertuduh membela diri.

Utusan Online..., please click here

No comments:

Post a Comment