Sayu hati LG baca news hari nie…!
Sampainya hati manusia ambik nyawa orang lain..? Begitu mudah..?? Kenapa pilih jalan penyelesaian dengan membunuh..??? Ya allah dunia diakhir zaman….
just because of jealousy manusia boleh hilang pertimbangan…? Nyawa jadik taruhan dan mainan..??
Kepada allahyarhamah Karimah, LG sedekahkan al fatehah semoga allah cucuri rahmat keatas rohnya… Sedihnya hati menyaksikan nasib ibu tunggal yang diseksa macam nie…!!
BUKIT MERTAJAM 4 Mei – Angkara cemburu, seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada, perut dan leher oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini hari ini.
Mayat Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja stesen minyak berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik salin pakaian di premis tersebut sekitar pukul 7.30 pagi ini.
Kira-kira tiga jam kemudian, tunang mangsa yang berusia 35 tahun pula dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini dipercayai akibat meminum racun.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kejadian dipercayai berlaku tidak lama selepas mangsa memasuki bilik berkenaan untuk menyalin pakaian kerana dijadual memulakan tugas pukul 7.30 pagi.
“Terdapat saksi di premis berkenaan ternampak suspek masuk dan keluar dari bilik berkenaan ketika mangsa hendak menyalin pakaian sejurus tiba untuk memulakan tugas….”
“Curiga kerana mangsa tidak muncul memulakan tugas walaupun sudah pukul 8 pagi, saksi pergi ke bilik berkenaan dan menemui mangsa terbaring berlumuran darah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Read more…, please click here
Aku geram betul dgn pembunuh kpd seorang gadis yg cantik spt arwah ini ...
ReplyDeletekalau hang jeles pun , putuskan lah tunang ..jangan la sampai pi bunuh !
Innalillah hi wainna lillah hiraji;un.
ReplyDeleteuntuk Allahyarham. (tiada perkataan Allahyarhamah ye...lain maksudnya tu)