Saturday, January 15, 2011

Tak Lama Lagi Yb Derhaka Suhaimi Kena Tahan..?

LG heran kenaper lambat sangat nak tangkap Yb Sgor yang derhaka tu..??

Tengoklah semakin kurang hajar yb yb Pakatan nie sekarang... Semalam dah kecoh pulak story pasal Ronnie Liu tak respect orang islam bila dia kata "carry on" kalau nak kerja tempat jual arak.

Kalau pihak berkuasa very strict mestilah orang pun takut tak berani nak buat tak tentu pasal, setuju tak?

Namawee pun lepas..., sekarang nie nampak gaya Yb Suhaimi macam nak lepas jer kalau Datuk Hisham Menteri KDN suruh polis taici kat AG...

Kes Shuhaimi : Polis Bincang Dengan Peguam Negara

KUALA LUMPUR 14 Jan. - Polis sedang berbincang dengan Peguam Negara (AG) bagi melengkapkan siasatan kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berhubung tulisan dalam blognya yang dilihat menghina dan menghasut orang ramai menentang institusi raja baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sebarang bentuk tindakan yang diambil akan diketahui selepas perbincangan dengan pihak AG selesai.

"Pada masa ini polis masih menyiasat kes itu," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian amanat Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu kenyataan kontroversi Shuhaimi dalam blognya yang dianggap menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membabitkan pertikaian pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

sumber berita, Utusan Online

No comments:

Post a Comment