Kira kira 60 pemuda Pakatan Rakyat berhimpun di perkarangan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan, membantah pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) Selangor.
Bantahan itu bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi. Ia diketuai ketua pemuda PKR Selangor, Khairul Anwar Zainuddin; ADUN Teratai, Jenice Lee yang juga ketua pemuda DAP Selangor dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridwan.Kumpulan ini juga membawa bersama buku undang-undang tubuh kerajaan Selangor sebagai 'hadiah' untuk diserahkan kepada Sidek.
Polis yang mengawal ketat sejak awal pagi hanya membenarkan tiga orang wakil masuk ke pejabat Perdana Menteri. Pembantu peribadi KSN, Rosli Laji menerima memorandum itu bagi pihak Sidek.
Ketiga-tiga mereka beredar kira-kira 16 minit kemudian dengan disambut laungan "reformasi", "hormati kerajaan negeri" dan "tolak Khusrin".
Read more…, click here

No comments:
Post a Comment