Sunday, May 11, 2014

Masak Laa Luu Ah Soh Teresa

Beberapa bekas Ahli DAP mengutuk tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok selepas ahli parlimen itu mengambil tindakan saman ke atas dua orang Ahli DAP yang memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan yang telah dilakukan Teresa.

Bekas Pembantu Teresa, Tony Tan Chee Chong berkata, tindakan terhadap Bekas Pengerusi DAP Cawangan Seputeh, Wong Choo Chieng itu merupakan satu bentuk ugutan dan Teresa tidak seharusnya mengambil tindakan itu sekiranya beliau tidak bersalah.

"SPRM telah memanggil ahli DAP tersebut untuk memberi keterangan, dan Teresa telah salah guna kuasa dan mengarahkan peguam beliau menghantar surat saman kepada saksi yang dipanggil oleh SPRM tersebut.

"Dia arahkan saksi terbabit menarik balik segala kenyataan, bolehkah begini? ini merupakan suatu ugutan, jika benar dia tidak buat salah kenapa Teresa perlu takut biarkan SPRM lengkapkan siasatan," katanya kepada pemberita semasa sidang media di Taman OUG di sini hari ini.

Tony menjelaskan, Teresa tidak layak dipilih menjadi ahli parlimen kerana membuat kenyataan palsu kepada media bahawa beliau telah menyaman bekas pembantunya itu sedangkan tiada sebarang notis saman diterima oleh Tony.


Katanya, Ahli Parlimen Seputeh itu sepatutnya mengambil tindakan saman ke atas dirinya yang mula mendedahkan salah laku Teresa dan bukan membuat ugutan kepada saksi yang dipanggil SPRM.

"Sekarang siapa yang berbohong, saya anggap beliau(Teresa) merupakan ahli parlimen yang bodoh, kenapa hendak kenyataan kepada sebuah akhbar Cina bahawa saya telah disaman sedangkan setakat ini saya masih tidak menerima sebarang notis saman dari peguam beliau.

"Jika benar beliau tidak bersalah, saya cabar dia saman saya, dan bukan mensasarkan kepada ahli DAP yang dipanggil menjadi saksi oleh SPRM, tindakan itu memalukan nama DAP dan saya desak beliau letak jawatan," ujarnya.

Choo Chieng sebelum ini mendedahkan, Teresa didakwa telah menyalahgunakan wang sebanyak RM300,000 dan wang berkenaan merupakan hasil kutipan yang dibuat untuk kegunaan parti.

Choo Chieng menyertai DAP Seputeh pada tahun 2000 sebelum dilantik menjadi Pengerusi Cawangan itu dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan DAP Parlimen Seputeh.

No comments:

Post a Comment