Tuesday, May 6, 2014

Hanya Di Kelantan.... Tahniah Kerajaan Pas

KOTA BHARUSindiket pengedaran dadah yang berjaya ditumpaskan polis Khamis lalu dipercayai menjadikan negeri ini sebagai tempat transit ketika membawa masuk dadah dari Thailand.

Dadah berkenaan kemudiannya akan dihantar ke Kuala Lumpur sebelum disimpan di bandar raya itu sebagai tempat simpanan utama.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya telah memantau sindiket dadah berkenaan sejak beberapa bulan lalu yang dipercayai mempunyai jaringan di Thailand, tenaga kerja di Kelantan dan beribu pejabat di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment