Saturday, May 10, 2014

Ini Macam Punya Melayu La Kita Mau.... TAK Takut Sama Itu Cinabeng

BANGI, 9 Mei – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan reaksi agresif daripada pihak bukan Islam terhadap kenyataannya sebelum ini hanyalah mahu menutup mulut orang Melayu supaya agenda mereka tidak tergugat.
“Orang  Cina dan India yang bertindak agresif mengeluarkan kenyataan dan ada yang membuat laporan polis, mereka  sebenarnya ingin menutup mulut orang Melayu.
“Mereka bimbang dengan pendedahan kita yang akan menjejaskan hasrat mereka untuk merubah identiti negara, menghapuskan hak Melayu, kedaulatan Melayu dan agama Islam,” tegasnya dalam satu sidang media yang diadakan di pejabat ISMA, hari ini.
Katanya, kenyataan mengenai kemasukan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British merupakan satu bentuk pencerobohan yang dikeluarkan sebelum ini adalah untuk  mengingatkan orang Cina supaya berhenti daripada keterlaluan dalam mencampuri urusan negara.
Ia juga sebagai peringatan kepada orang Melayu supaya bangkit mempertahankan hak dan membetulkan kesilapan lalu.
“Jadi saya menolak sama sekali tanggapan bahawa kenyataan itu bertujuan untuk menghasut.
“Sebaliknya itu merupakan satu seruan penting supaya merujuk ke belakang dalam rangka menggariskan masa depan agar orang bukan Islam tidak terus melampau dalam mencampuri urusan orang Islam.
“Jadi apa yang penting, kita mahu mereka menghormati orang Islam dalam menentukan masa depan negara yang kita imani,” ujarnya kepada pemberita.
 

No comments:

Post a Comment