Tuesday, December 4, 2012

Tahniah Radio SINAR FM Jemput Dayangku Intan PKR Sebagai Tetamu Istimewa....!!

Tahniah...! Iya sekalung ucapan tahniah buat Radio SINAR FM yang menjemput Dayangku Intan sebagai tetamu undangan mereka pada hari Sabtu 1 Disember 2012 pada satu segmen "Carta FULLAMAK Sinar" keudara selama dua jam dari 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Nama Dayangku Intan ini pada sekitar tahun 80an dikenali sebagai penyanyi fofular dengan lagu "Berpaut Di Dahan Cinta" dan pernah berduet dengan Jay Jay mempopularkan lagu "Kita Insan Biasa".

Namun begitu pada tahun ini, nama beliau semakin dikenali sebagai "icon" kepada juak juak murahan Pakatan Pembangkang. Dayangku Intan mengumumkan menyertai parti PKR dan rancak berceramah disana sini menghentam kerajaan BN dibawah pimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak.

Saksikan sebentar video klip dibawah ini...., Dayangku Intan membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan Najib..!





Manakala dibawah  ini pula saksikan pula rakaman dimana Dayangku Intan menyertai kempen Pembangkang yang membawa tajuk NAJIB LEMAS..., BN CEMAS...!

Dayang bergandingan dengan wakil parti rasis chauvanist DAP iaitu Adun Teratai Jenice Lee pada pentas Pembangkang untuk usaha mahu menumbangkan kerajaan BN dan merampas Putrajaya...!!

Pada hemat dan telahan Blog MIK, spesis seperti Dayangku Intan ini sebenarnya tidak boleh terima hakikat bahawa beliau sudah pupus ditelan zaman padahal masih "gian" nak menyanyi dan mendapat job agar boleh meneruskan sisa sisa hidup...

Buktinya..? Saksikan video klip dibawah ini apabila Dayang melepaskan giannya menyanyi sakan dipentas ceramah PAS. Pada minit ke 3;26 anda lihat sendiri bagaimana seorang Pak Lebai PAS ternganga apabila mendengar alunan suara Dayang yang masih mengancam...




Apakah tindakan Radio SINAR FM mengundang Dayangku Intan merupakan satu keputusan yang salah dalam ertikata "terlepas pandang" dimana mereka tidak peka bahawa penyanyi tersebut sudah rancak berkempen menentang kerajaan Najib habis-habisan..?

Ataupun tindakan tersebut sebagai usaha untuk mengembalikan artis artis yang menyokong Pembangkang agar kembali ke pangkuan menyokong kerajaan BN...?

2 comments:

  1. Aku rasa tindakan Sinar FM tu betul, Mama Qistina. Bukannya dia panggil untuk kempen politik kan?

    Biar artis yang lagi sekor tu sedar bahawa kalau memang ada bakat dan berkebolehan walau duduk dalam parti apa sekalipun, bakat anda akan terus dihargai. Ni, bila dah tak dapat jemputan tuduh orang lain melabelkan dia sebagai artis tak laku. Dah sampai kena cerai pun tak sedar bahawa itu dugaan Allah SWT kepada niat diri sendiri. hehehe

    GEMPAR! Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara? di TENDANG TERAJANG

    ReplyDelete
  2. Kalau sembang pasal politik, sebulan pun takkan habis sbb masing2 ada hujah yg nk dilontarkan. Ape pun sebagai pengundi, kita mestilah bijak membuat pilihan bersandarkan pertimbangan dan penilaian yg menyeluruh dari semua aspek. JOM MENGUNDI! :)

    ReplyDelete