Rosmah Sasaran Fitnah..... Apakah Muslimah PAS Tidak Sedar Bahaya FITNAH...?
Meskipun senjata ini adalah senjata yang
paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang paling bahaya dan
berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan
berbanding letupan loji nuklear....
Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad
manusia bahkan ianya adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia
dan peradabannya..senjata tersebut adalah FITNAH
Firman Allah swt :
و الفتنة أكبر من القتل و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا
dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa
dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu
sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya
mereka mampu melakukannya.
Allah swt berfirman di dalam surah an Nuur ayat 11, bermaksud : Sesungguhnya
orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu
juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu
bahkan ia adalah baik bagi kamu. Melalui
sejarah tamadun moden hari ini juga dapat disaksikan bagaimana kuasa
manusia di dunia ini, biarpun mereka telah memiliki peluru berpandu,
jet pejuang, kereta perisai, bom nuklear dan 1001 jenis senjata canggih
termasuk pesawat tanpa pemandu, namun mereka tetap menggunakan senjata
tanpa nombor siri [fitnah] ini untuk menjatuhkan lawan mereka samaada
musuh mereka dalam persaingan ekonomi atau musuh mereka dalam
pergolakan politik.
Memang benar, lidah sebenarnya lebih bahaya
berbanding bom. Lidah juga lebih tajam daripada mata pedang kerana jika
seseorang itu dibunuh, habis di situ sahaja. Namun fitnah yang dilemparkan,
kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa keturunan.
Lima belas abad yang lalu
Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan kita bahawa akan datang suatu
masa dimana badai fitnah akan menyelimuti dunia sehingga mengancam iman
umat Islam.
Badai fitnah itu menjadikan dunia sedemikian gelapnya
sehingga seorang muslim rela menjual agamanya yang mahal demi memperoleh
kesenangan dunia yang murah. Sungguh suatu sikap yang hina dan
berbahaya.
Nabi SAW. bersabda: “Bersegeralah beramal sebelum datangnya fitnah
seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki diwaktu
pagi masih mukmin dan diwaktu petang telah menjadi kafir, dan diwaktu
petang masih beriman dan paginya menjadi kafir, ia menjual agamanya
dengan kesenangan dunia” (Riwayat Ahmad - 8493)
Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:“Celakalah bagi orang yang bercerita kepada kaum tentang kisah bohong
dengan maksud agar mereka tertawa. Celakalah dia... celakalah dia.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad).
Walaupun
fitnah sikap semula jadi manusia, namun Islam sebagai agama fitrah yang
telah diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW berusaha mengawal dan mengekang
perbuatan fitnah serta mengawal impaknya kepada masyarakat.
Dalam banyak ayat dalam
al-Quran dan Hadis, fitnah dikategorikan sebagai dosa besar, sikap orang
zalim, sikap orang munafik dan musuh Islam. Ini kerana fitnah juga
menjadi senjata golongan musyrik Makkah semasa menantang dakwah
Rasulullah.
Malah fitnah juga faktor kepada penghalang hidayah Islam dan
kebaikan yang universal.
Di dalam agama-agama lain perbuatan fitnah juga
diharamkan. Malah di dalam kerangka moral pemikiran sekular pasca
kebangkitan Eropah, isu fitnah dilihat sebagai perbuatan yang menyalahi
moral.
Seiring dengan itu pelbagai undang-undang dilahirkan demi
mengawal perbuatan fitnah dan juga mengurangkan implikasinya kepada
masyarakat.
Malangnya fitnah juga bukanlah sesuatu yang asing dalam budaya politik
islam dan Melayu. Seawal zaman Khalifah Sayidina Uthman, fitnah menjadi
punca keretakan dalam pemerintahan Islam,”
No comments:
Post a Comment