Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu meningkatkan usaha membanteras iklan
seks di sekitar bandar raya ini berikutan peningkatan iklan berkenaan
yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Iklan seks yang ditampal di sekitar pusat bandar raya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kerana bilangannya semakin bertambah.
Malah, pihak tidak bertanggungjawab juga kini semakin berani kerana tidak hanya menggunakan kertas pelekat, tetapi membuat semburan cat terus pada dinding.

Antara lukisan dalam iklan ialah 'volcano massage' yang dipercayai menawarkan urutan dan perkhidmatan seks.
Operasi menurunkan iklan haram yang dilakukan pegawai penguat kuasa MBSA itu hanya usaha sia-sia selagi tindakan tegas tidak dikenakan kepada pelaku kesalahan itu yang seolah-olah tidak gentar dengan undang-undang.

Iklan haram baru
ditampal setiap hari sama ada membabitkan iklan perumahan, perubatan
tradisional, sewa kereta, pinjaman wang dan sebagainya.
Kebanyakan iklan ditampal di kawasan tumpuan umum dan ini secara tidak langsung telah mencacatkan pemandangan bandar raya Shah Alam.

No comments:
Post a Comment