Utusan Online
Ahli Dewan Negara, Dato' S Nallakaruppan mengecam rancangan pakatan
pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan bagi memastikan isteri
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin
tidak menjadi saksi di mahkamah.
Nallakaruppan mendakwa, rancangan mengenai Himpunan Shamsidar itu
dijadual berlangsung pada 12 Januari depan iaitu beberapa hari sebelum
perbicaraan kes saman fitnah mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dengan dakwaan akti-viti biseksual.
Mereka hendak mengadakan demonstrasi jalanan bagi mengelirukan
proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah. Kenapa tidak mahu
Shamsidar menjadi saksi?
Saya kira semua rakyat akan berpeluang mendengar pendedahan yang
bakal berlaku apabila Shamsidar naik ke kandang saksi untuk memberi
keterangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Anwar memfailkan
saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan
Melayu (M) Bhd. pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan
oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar
biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di
muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.
Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan
sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes
saman tersebut dikekalkan.
Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23
Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi
membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.
Jelas Nallakaruppan, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar
melibatkan kepentingan awam dan Shamsidar perlu tampil menjadi saksi
bagi membuktikan kebenaran di mahkamah.
Anwar adalah seorang pemimpin politik yang bercita-cita hendak
menjadi Perdana Menteri, sudah tentu ia melibatkan kepentingan awam.
Saya berharap isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga dapat
hadir ke mahkamah untuk mendengar semuanya," katanya.
No comments:
Post a Comment