Tuesday, June 5, 2012

Konsert K-POP Hanya "Halal" Di Kelantan....?

Apa Salah K-POP?

Masih riuh rendah penyokong pembangkang khususnya dari PAS mempertikaikan penyertaan kumpulan artis K-pop dalam pertunjukkan pentas semasa Himpunan Jutaan Belia 2012 (HJB2012) anjuran Kementerian Belia & Sukan (KBS) minggu lalu.

Menurut mereka, persembahan oleh artis seksi dari Korea itu tidak sesuai dengan adat resam negara kita selain dianggap akan menggalakkan kemaksiatan serta menyemarakkan kerosakan akhlak di kalangan generasi muda hari ini.

Jika diterima bulat-bulat kata-kata mereka tentu saja kita beranggapan semua pengkritik itu sama sekali tidak akan membiarkan walau satupun kumpulan artis seksi atau jelik persembahannya seumpama k-pop menjejak kaki di negeri yang diperintah oleh parti pujaan mereka.

Realitinya tidaklah begitu, kuman di seberang laut kerap kelihatan dan gajah depan mata selalu kita lupakan. Lumrah alam biasanya begitulah....

Setahun yang lalu kira-kira seminggu sebelum datangnya bulan Ramadhan, satu konsert hiburan dari sebuah kumpulan artis wanita K-pop Korea juga ada dilangsung di Bandar cahaya i-City, Seksyen 7 Shah Alam - MTV World Stage Live in Malaysia 2011.

Manakala empat tahun dulu bertempat di Stadium Kelana Jaya sempena perlancaran majlis rasmi yang disokong kerajaan PR Selangor pula, sebuah kumpulan punk tempatan yang dinamakan Carburetors Dung buat pertama kalinya memecahkan rekod melondehkan seluar dalam dan punggung mereka kepada khalayak.

Tika itu tidak pula timbulnya kecaman ataupun kritikan membantah gerak tari yang meloyakan itu sebaliknya ada pemimpin pembangkang misalnya Naib Presiden PAS, Husam Musa meminta khalayak menghakimi anak-anak muda itu melalui senikata lagu yang mereka persembahkan berbanding tarian londeh memperlihatkan seluar dalam...!

Demikian halnya dengan kemunculan sebuah kumpulan wanita 'K-POP' (Kelantan-Pop) yang dianggotai oleh empat orang anak jati Kelantan yang bergaya seksi tetapi agak popular nyanyian lagunya hingga ada antaranya menjadi siulan ramai anak-anak muda Kelantan.

Sehingga kini tiada seorang pun pemimpin pembangkang khususnya dari pimpinan PAS negeri yang memprotes kemunculan 'K-POP' tersebut, kalau adapun komplen cumalah kata-kata penafian enggan mengaku yang keempat-empat wanita seksi dan tembam itu adalah anak kelahiran Kelantan.

Mana ada yang nak mengaku, itu biasalah. Apapun, jika dalam kes K-POP di I-City, tarian punggung di Kelana Jaya dan 'K-POP' Kelate.., kesemuannya dibiar lepas begitu sahaja tanpa kritikan dan cacian terhadap penganjurnya seolah-olah tiada apa silap pun, jadi apa pula salahnya dengan K-POP di program HJB 2012 anjuran KBS..?

Seksi? Tarian ghairah atau jelik..? Apa bezanya dengan 'K-POP' Kelantan dan K-POP di I-City?

Hakikatnya masing-masing ada kesalahannya, namun jika mahu mengkritik biarlah adil dan tidak bias. KBS sendiri pun menyedari pihaknya terlepas pandang isu penampilan artis luar negara tersebut malah tidak segan untuk merendah diri memohon maaf pada rakyat - satu keterbukaan yang wajar dihargai.

Tapi hingga kini tak pula kita kedengaran permohonan maaf dari kerajaan PR Selangor berikutan sokongannya terhadap konsert MTV World I-City kurang seminggu sebelum bulan puasa tahun lepas, walhal ia cukup-cukup menyentak sensitiviti orang Islam.

Apapun, masing-masing kita ada penilaian sendiri, adakala dek kerana perbezaan pandangan menyebabkan kita hanya nampak pada cacat cela pada kerajaan pusat saja hingga dengan sengaja menutup mata pada salah silap puak pembangkang. Bak kata pepatah, kuman berbikini di seberang laut boleh nampak tapi gajah berbogel depan mata buat tak tahu.

Rasanya belum terlewat untuk kita baca penjelasan dari KBS dalam isu ini, mana tahu kot-kot ada lagi kalangan pembaca yang masih memandang serong pada KBS setidak-tidaknya biarlah kebenaran perihal kos perbelanjaan K-pop yang sedang dimanipulasi pihak tertentu dapat diketahui.

Kenyataan Rasmi KBS...

KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN

PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak
menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop
daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.

Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh
Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang
tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.

“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.

“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.

KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.

Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.

Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.

Persembahan K-Pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.

1 JUN 2012

2 comments:

  1. Haram tetap haram! takrifan haram bukan letak pada kepala hotak UMNO atau PAS! apa perkara yang membawa lebih keburukan dari kebaikan memang salah dan berdosa. Jangan jadi bengong nak lawan kuasa Tuhan. Jangan membazir lebih-lebih lagi pada perkara yang di haramkan Allah s.w.t. Guna duit tu untuk bantu rakyat yang susah. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Ckap snang mu pakatan rakyat nape wk?..

    ReplyDelete