Monday, June 4, 2012

Bengongnya PAS Berhimpun Untuk Kemenangan DAP..?

KELMARIN, pemimpin dan penyokong Pas berkumpul di Stadium Darul Aman, Alor Setar bagi menyertai 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya'. - Sudah pasti matlamat perhimpunan itu adalah bagi membakar semangat ahli-ahli parti tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pas semakin menunjukkan keterujaan dan keghairahan mereka untuk menumbangkan UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya tersebut.

Sememangnya kita kagum dengan semangat Pas itu tetapi apakah himpunan yang diadakan di Alor Setar tersebut menguntungkan Pas? Apakah himpunan itu demi perjuangan politik Pas atau ia akan menjadi alat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ia kerana realitinya Pas tidak akan mampu berseorangan untuk ke Putrajaya kerana sejarah penglibatan parti itu dalam pilihan raya menunjukkan Pas tidak pernah bertanding dalam jumlah kerusi yang mencukupi bagi membolehkan ia memerintah.

Malahan Pas juga tidak pernah memenangi lebih daripada 30 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang disertainya.

Tambahan pula, apabila Pas mengikat hubungan politik dengan PKR dan DAP, kedua-dua parti itu sudah tentulah tidak akan membenarkan Pas dominan dalam pilihan raya umum nanti.

Oleh itu adalah jelas himpunan hijau yang diadakan hanya ilusi Pas sahaja untuk menawan Putrajaya dan kalau pun berjaya sudah pasti Pas tidak akan menjadi tonggak utama.

Ini memandangkan sudah ada ura-ura Pas hanya akan dibenarkan oleh PKR dan DAP bertanding tidak lebih 60 kerusi dalam pilihan raya akan datang, biar pun parti itu berhasrat bertanding 80 kerusi.

Parti yang akan meraih keuntungan besar hasil daripada kegigihan ahli dan penyokong Pas menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum nanti ialah DAP.

Pas akan menjadi 'kuda tunggangan' utama kepada DAP untuk meraih sokongan orang Melayu kerana DAP amat memahami PKR tiada kekuatan seperti mana Pas.

Sememangnya kita harus mengakui bahawa Pas mempunyai pengikut tegarnya tersendiri berbanding PKR malahan sejarah perjalanan politik Pas jauh lebih hebat daripada PKR hatta DAP sendiri...!

Tetapi malangnya, Pas sudah merelakan parti itu hanya menjadi 'pak turut' kepada PKR dan DAP sehingga ia akhirnya akan merugikan parti itu.

Pemimpin-pemimpin Pas boleh berhujah apa sahaja bagi menafikan fakta ini tetapi umum khususnya orang Melayu amat memahami siapa yang akan meraih keuntungan hasil perjuangan Pas untuk ke Putrajaya.

Hakikatnya, DAP tidak pernah melihat Pas sebagai sebuah parti yang perlu dihormati dan diberi tempat istimewa dalam pakatan pembangkang.

Sebab itulah, DAP lebih bersedia menyerahkan kerusi ketua pembangkang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim biar pun PKR memiliki kurang kerusi berbanding Pas.

Keadaan itu sudah membuktikan bahawa Pas hanyalah alat kepada DAP untuk meraih sokongan orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

No comments:

Post a Comment