Tuesday, June 12, 2012

Isu SCORPENE - Mahkamah Perancis TAK Tahu Menahu Pun Kisah Sepina Datuk Sri Najib...

Dulu tuduhan kapal selam scorpene timbul dan tak mahu tenggelam....

Akhirnya yang timbul ialah konspirasi SUARAM yang menjaja fitnah YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan disepina oleh mahkamah Perancis. Hakikatnya, Mahkamah Perancis sendiri tidak tahu menahu pun bab berita mereka mahu sepina Najib....!

Timbul dan kaitkan kematian Altantuya dengan Najib. Akhirnya si pemfitnah sohor RPK sendiri mengaku dia yang timbulkan dan rekayasa kisah sorong tarik akuan bersumpah si Balapetaka.

Timbulkan apa saja isu yang BN tak mampu beri pada rakyat. Kalau BN selama ini sediakan PTPTN, mereka bida sampai tahap beri pendidikan percuma. Akhirnya bila BN acah pelajar UNISEL tidak disediakan PTPTN bagai halilintar mereka bertempik dan terlolong BN main ugut, diskriminasi dan politikkan isu pendidikan.

Walhal merekalah yang mempolitikkan segala mak nika isu hingga bab kemudahan asas pun dipolitikkan. Isu air Selangor yang wajib diselesaikan demi rakyat, sehingga hari ini diheret menjadi isu politik berpanjangan.

Bergaduh sakan dengan YBK pasal premium tanah, akhirnya Selangor hilang sebuah UiTM. Impetus yang boleh menghidupkan kembali bandar mati rawang terlepas begitu saja demi mengutamakan nafsu politik puak.

Bagi pakatan, Reserve berbilion kerajaan negeri adalah bukti kecekapan urustadbir kerajaan pakatan. Sebarang kelemahan dan kerugian yang terjadi, itu adalah hasil peninggalan rasuah dan penyelewengan kerajaan terdahulu.

Inilah indoktrinasi yang diajar kepada rakyat sebagai strategi menutup kelemahan pentadbiran mengikut emosi pimpinan Khalid Brahim.

Bagi pakatan, politik itu pembangunan dan pembangunan itu politik. Pakatan tidak dapat membezakan antara pembangunan pendidikan rakyat dengan mempolitikkan isu pendidikan sehingga menjejaskan kepentingan rakyat terbanyak dan pelajar.

Bagi pakatan, melagakan hubungan dengan negara jiran juga politik. Menjejaskan nama baik negara sendiri di luar negara juga sebahagian dari politik. Mengapikan rakyat Indonesia supaya bergaduh tak pasal-pasal dengan Malaysia juga politik.

Mengapikan hak cina politik. Mengapikan hak india politik. Mengapikan hak melayu politik....Mengapikan hak masjid politik. ...! Mengapikan hak gereja politik....! Mengapikan hak temple politik....! Mengapikan hak pendidikan vernakular politik....! Mengapikan sekolah agama rakyat politik....! Mengapikan kesusahan rakyat politik...!

Bangun tidor politik. Makan politik. Minum politik. Macam bola Euro. Taubat,pakatan takkan berubah. Untung juga Pakatan berperangai macam ni. BN akan kaut undi silent majoriti/fence seaters yang meluat dengan politik, politik, politik ni....!!

Posted by Kamarulzaman Kamdias

1 comment:

  1. Kamarulzaman ni bodoh tongong dalam menulis..penilaian berat sebelah..mmmm entahlah biar Allah yang balas kebodohan orang2 macam nie..

    ReplyDelete