Monday, June 18, 2012

Himpunan Hijau Mahu Berhimpun Di Depan Loji Lynas


Penganjur acara protes anti-Lynas, Himpunan Hijau berkata peserta 'Occupy Balok-Gebeng 24 jam' akan berkumpul di hadapan pintu pagar loji tersebut di acara kemuncak kempen berkenaan.

Menurut risalah publisiti kempen berkenaan, Himpunan Hijau akan menganjurkan konvoi sejauh 11 kilometer bermula daripada pantai Balok yang menjadi lokasi acara, sehinggalah ke loji berkenaan.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dalam satu kenyataan berkata, masyarakat kini amat marah dengan Lunyas dan membuat keputusan untuk menggagalkan projek tersebut walau apa jua yang berlaku.

Ketika dihubungi selepas itu, Wong berkata, Himpunan Hijau tidak akan memohon kepada pihak berkuasa untuk mengadakan konvoi berkenaan.

"Mereka sepatutnya tahu apa yang kita buat daripada laporan akhbar," katanya, merujuk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Konvoi berkenan dijadualkan bermula pada 10 pagi pada Ahad bermula dengan acara di pantai Balok selama dua hari.

No comments:

Post a Comment