Heboh dan HANGAT bahan perbualan mutakhir ini…..!
Iya, sekarang ini sudah menjadi buah mulut rakyat Malaysia
bercerita, mereka berang dan panas hati dengan perlaksanaan Automated
Enforcement System [AES] yang kini digunapakai oleh pihak Jabatan Pengangkutan
Jalan [JPJ] di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Sistem AES mula beroperasi secara rasmi pada 23 September
2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan
kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan
kemudiannya saman akan dihantar secara pos…..
Inilah yang dikatakan Janji TIDAK Ditepati…!!
Dua minggu yang lalu YAB Perdana Menteri kita Datuk Sri Najib
membentangkan Bajet 2013.
Bersahut-sahutanlah suara suara yang manis bergema memuji lambung apa
yang dijanjikan oleh Najib.
Pelbagai bayaran yang bakal diterima, bermacam-macam jenis
“durian runtuh” juga menjadi juadah untuk RAKYAT….. Sayang seribu kali sayang,
masih ada juga sedikit kesilapan yang dilaksanakan oleh agensi agensi kerajaan
mengundang rasa benci RAKYAT..!
Apa tidaknya…?
Tangan kanan memberi, tangan kiri dihulurkan pula untuk meminta semula
apa yang sudah diberi…, tambah menyakitkan hati permintaan dari tangan kiri itu
melebihi dari apa yang sudah diberikan oleh tangan kanan.
Apa yang Najib mahu berikan…? BR1M sebagai contoh, dan
berapakah nilainya….? Mencecah RM1,000 setiap RAKYAT yang layak…??
TETAPI apa pula yang dihulurkan oleh pihak JPJ dibawah
Kementerian Pengangkutan bertopengkan perlaksanaan sistem AES…? Sekiranya satu saman bernilai RM300 maka
berapakah pula nilainya jika mendapat secara purata lima[5] hingga sepuluh [10]
saman dalam tempoh 6 bulan…?
Berbaloikah apa yang diberikan oleh Najib berbanding dengan
tindakan BODOH dan BANGANG sistem AES yang sudah pasti menyusahkan RAKYAT…??
Janganlah kerana kesilapan bodoh seperti ini akan mengundang
protes RAKYAT untuk tidak mengundi BN pada Pilihanraya ke 13 nanti…. Natijahnya
apabila diumumkan keputusan PRU ke 13, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri
dan Najib akan menjadi Ketua Pembangkang. Na’uzubillah…!
Kupasan dan ulasan yang bernas mengenai kebodohan pihak JPJ
dengan AESnya ada disini
waa aq boring toi kalau bab macam nih. berapa banyak daa kerajaan asyik nak takut2. biaq depa nak undi pembangkang lah. ..pasal dua tiga oghang bangang nak dereber laju gitu pun di layan..memang bodoh depa suka bayar saman..keh keh..cukup ambulan bawak tengkorak depa tu laju dah ler.
ReplyDeletetapi kalau depa naikkan had laju ke gak....misal kat lebuh raya leh 150 ker..tapi tak tau lah kalau moitor kapcai aku leh selaju tu...
AES tu pon kroni2 BN yg punye budak bangunkan, unless die dapat buktikan tidak la kan...dan bantuan duit BR1M tu datangnya dari mana ek? patut ar gula da naik harga... (owh tapi tu tuk pastikan org malaysia sihat)... RON97 da 3 hinggit da... tunggu masa je la kan tuk RON95... so dari pandangan aku la, dapat RM1K, pahtu aku kena tanggung semua kerugian sebab die bazir2kan duit cmtu, and kereta tetap kena beli mahal, n die tetap buat projek2 yg ntah macam mana die kire all the budget sampai servis printer bole inkjet bole jejak 52K setahun, im impress with the corruption...
ReplyDelete